Tags:

Isteri Berpakat Dengan Kekasih Warga Asing Untuk Bunuh Suami

By Hafiz.H Wednesday, May 4, 2016
SUBANG JAYA - Seorang wanita tempatan sanggup bersengkongkol dengan dua lelaki warga asing untuk membunuh suaminya selepas mendakwa mangsa sering memukulnya sebelum ini.

Difahamkan, isteri mangsa mempunyai hubungan sulit dengan seorang daripada suspek sejak tiga tahun lalu tanpa diketahui suaminya.

Wanita berusia 40 tahun itu dikatakan sering mengadu kepada suspek mangsa yang berusia 37 tahun kerap pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan memukulnya.
Mohammad Azlin (dua, kiri) menunjukkan kapak dan parang yang dirampas polis selepas menahan isteri mangsa dan dua lelaki warga asing.


Disebabkan simpati dengan nasib ‘kekasihnya’, warga India berusia lingkungan 20-an itu sanggup datang dari Masai, Johor bersama rakannya untuk menyerang mangsa kira-kira jam 11.30 malam, 24 April lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, mangsa diserang kedua-dua suspek sehingga terpaksa menerima 30 jahitan di kepala.

“Mangsa ditetak menggunakan kapak dan parang secara bertubi-tubi di ruang lif pangsapuri Permai Court, Taman Puchong Permai di sini,” katanya.

Mohammad Azlin berkata, berdasarkan siasatan pihaknya menahan tiga suspek termasuk isteri mangsa selepas mempercayai wujudnya pembabitan wanita itu dalam kes terbabit.

Dua lagi yang ditahan masing-masing lelaki warga India dan Sri Lanka.

Menurutnya, kejadian bukan bermotif samun semata-mata namun lebih kepada niat membunuh mangsa.

Namun mangsa tidak meninggal dunia dalam kejadian itu dan sudah dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan.

“Isteri mangsa ditahan di rumah didiaminya pada 26 April manakala dua lagi suspek ditahan pada 27 April lalu di sebuah hotel di Puchong. Polis merampas kapak dan parang dipercayai digunakan ketika serangan terhadap mangsa,” katanya hasil pemeriksaan tiada laporan polis pernah diterima daripada isteri mangsa yang mendakwa dia pernah dipukul sebelum ini.

Rujukan: SinarHarian

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Isteri Berpakat Dengan Kekasih Warga Asing Untuk Bunuh Suami "