Tags:

Luangkan Masa Bersama Keluarga Sementara Mereka Masih Ada - Najib

By Hafiz.H Saturday, May 14, 2016
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya meluangkan masa bersama keluarga sebanyak yang mungkin sementara mereka masih ada.

Perdana menteri berkata meskipun tidak boleh bersemuka namun kecanggihan teknologi seperti telefon, WhatsApp dan Skype mungkin boleh digunakan untuk berhubung.


"Hakikatnya, di penghujung kehidupan kita, tidak ada seorang pun yang ingin meluangkan sedikit lagi masa di pejabat.

"Sebaliknya, kita semua ingin meluangkan setiap saat bersama keluarga kita," katanya menerusi catatan terbaharu mengenai hubungan kekeluargaan dalam blog beliau, www.najibrazak.com, hari ini.

Dalam catatan itu, Najib mengakui beliau jarang bertemu keluarga berikutan jadual tugasannya yang padat akhir-akhir ini dengan pelbagai lawatan, pertemuan bersama rakyat, mesyuarat, pelancaran projek dan yang terbaharu Pilihan Raya Negeri Sarawak.

"Kalau boleh saya sangat ingin meluangkan lebih masa bersama-sama dengan anak-anak, isteri dan keluarga saya. Namun, sebagai seorang perdana menteri, rakyat juga merupakan keluarga besar yang perlu saya berikan sepenuh perhatian," kata beliau.

Najib berkata kebajikan ibu bapa yang sudah menjangkau usia juga perlu dijaga walaupun anak-anak sibuk dengan pelbagai urusan.

"Saya sangat bertuah kerana ibu saya masih dikurniakan umur yang panjang dan sihat. Alhamdulillah. Anak-anak saya juga sudah dewasa dan ceria. Keluarga saya kekal bahagia," katanya.

Rujukan: Bernama

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

2 comments to ''Luangkan Masa Bersama Keluarga Sementara Mereka Masih Ada - Najib"

ADD COMMENT