Tags:

Pasangan Bergaji Rendah Punca Perceraian Di Malaysia

By Hafiz.H Friday, May 6, 2016
SHAH ALAM – Perolehan pendapatan atau gaji yang rendah boleh menyumbang kepada punca perceraian pasangan berkahwin di negara ini.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), N Gopal Krishnam berkata, setiap pasangan berkahwin akan memerlukan sumber kewangan yang kukuh untuk memenuhi keperluan dan perbelanjaan rumah tangga.

Beliau tidak menolak wujud konflik berterusan antara pasangan sekiranya majikan hanya membayar gaji rendah kepada individu terbabit.
Hiasan


“Kita kena faham yang zaman sekarang, kita hidup dalam tekanan di sekeliling kita. Statistik menunjukkan yang 65 peratus keluarga di negara ini berpendapatan isi rumah di bawah RM3,500 ke bawah.

“Macam mana kita nak bayar rumah, kereta, dan dalam masa yang sama menanggung perbelanjaan dan keperluan seharian kita dengan gaji yang begitu rendah?” soalnya menerusi wawancara khas bersama Sinar Online.

Menurutnya lagi, mereka yang berpendapatan sederhana juga tidak terlepas dengan tekanan hidup sekiranya dibebani hutang.

“Semasa mereka kahwin, mereka sudah berhutang dengan bank (menerusi pinjaman peribadi). Mereka terpaksa berbuat demikian kerana mereka tidak ada simpanan.

“Dan bagaimana mereka mahu menyimpan jika pendapatan yang diperoleh tidak mencukupi?” soalnya lagi.

Jelasnya lagi, pihak majikan perlu lebih bertimbang rasa dalam soal pemberian gaji berikutan kos keperluan dan sara hidup yang kian meningkat pada masa kini.

Katanya, sekiranya pendapatan yang diperoleh oleh salah seorang atau kedua pasangan tidak mencukupi dalam memenuhi keperluan harian, ia boleh menjejaskan hubungan sosial dan kehidupan keluarga individu terbabit.

Rujukan: SinarHarian

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Pasangan Bergaji Rendah Punca Perceraian Di Malaysia "