Tags:

"Saya Emak Yang Tidak Bercita-cita Tinggi..."

By Hafiz.H Wednesday, May 4, 2016
Jika ibu lain berusaha apa saja untuk memastikan anak mendapat kecemerlangan di sekolah, ibu ini pula berbeza.
Dalam perkongsian Norhayati Berahim, katanya dia mungkin satu-satunya ibu yang tak terkejar-kejar memasukkan anak ke sekolah asrama penuh malah dia juga mungkin satu-satunya ibu yang tak memasukkan anak ke kelas tambahan pada hari Sabtu di sekolah.

Alasannya tak dinafikan ada kebenarannya. Baca catatan beliau yang mendapat banyak respon dan perkongsian daripada netizen.

Saya emak yang tidak bercita-cita tinggi...
Tak terkejar kejar mahu memasukkan anak ke sekolah asrama penuh terkenal.
Tak bermimpi anak jadi orang besar atau kaya raya...

Sebab itu bila ada kelas tambahan hujung minggu hari Sabtu di sekolah
Saya mungkin salah seorang atau satu-satu ibu bapa yang tak mahu masukkan anak ke kelas tambahan itu.


5 hari anak berada di sekolah sepanjang hari.
2 hari anak bersama saya untuk menjalankan pelbagai aktiviti
Masakan waktu 2 hari itu mahu direbut dari saya.

Anak anak hidup di dunia ini bukan hanya dikerah belajar sahaja..
Mungkin mata pelajaran yang dia belajar akan dilupa bila dewasa nanti

Tetapi silaturrahim dengan keluarga di kampung, menjaga kesihatan, merendahkan diri membantu orang lain, bergaul dengan jiran setempat , pelajaran agama adalah pelajaran seumur hidup yang saya harus terapkan untuk anak-anak sepanjang saya masih bernafas.

Saya tidak mahu anak menjadi mangsa sistem pelajaran yang lebih memikirkan material. Seringkali kita akan dengar perkataan ini...
"Hesy..tak belajar nanti nak jadi apa? Nak jadi tukang kutip sampah tepi jalan?"
Andai ditakdirkan anak jadi tukang kutip sampah, jangan lupa anak ini telah berbuat bakti lebih banyak dari orang lain. Tak ada orang kutip sampah menderita semua orang, menderita bumi ini...

Setiap pekerjaan tak kira apa kerjanya. Bekerjalah dengan dedikasi, tekun dan amanah. Kita selalu fokus dan tekankan kepada anak-anak apa pekerjaaan yang harus dia lakukan untuk berjaya tetapi kita jarang fokuskan apa yang harus dia lakukan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja supaya dia menjadi pekerja yang berjaya. Sebab itu ramai pekerja sudah hilang sifat jujur dan amanah. Rasuah bermaharajalela..

Sumber: Facebook Norhayati Berahim

Kredit: Vanillakismis

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " "Saya Emak Yang Tidak Bercita-cita Tinggi..." "