Tags:

Smash Datuk Lee Chong Wei Terpantas Di Dunia 408km/j

By Hafiz.H Friday, May 13, 2016
KUALA LUMPUR - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kini memegang rekod pukulan smash paling kencang sejak September tahun lalu apabila melakukan pukulan tersebut dengan kepantasan 408 kilometer sejam (km/j) ketika menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong 2015 yang berlangsung di Coliseum Hung Hom ketika itu.

Menurut Persekutuan Badminton Dunia (BWF), kelajuan pukulan yang dilakukan oleh Chong Wei itu telah direkod dan diukur dengan menggunakan teknologi Hawk Eye yang telah diguna pakai dalam beberapa kejohanan utama sejak September tahun lalu.

Bagaimanapun, rekod yang dipegang pemain yang menduduki ranking kedua dunia ketika ini diekori rapat oleh bintang Denmark, Jan O Jorgensen yang berjaya melakukan catatan 407km/j pada aksi separuh akhir Terbuka Malaysia 2016 April lalu.


CHONG WEI memiliki smash selaju 408km/j yang dilakukan pada Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong yang berlangsung di Coliseum Hung Hom, September tahun lalu.
Sementara itu, pemenang lima kali Kejohanan Dunia, Lin Dan hanya berjaya merekodkan pukulan smash paling laju iaitu 401km/j ketika beraksi pada Terbuka Jepun yang juga berlangsung pada September tahun lalu.

Dalam pada itu, pemain perseorangan wanita Thailand yang menghuni ranking kedua dunia ketika ini, Ratchanok Intanon pula dinobatkan sebagai pemegang rekod pukulan smash paling laju bagi kategori wanita apabila mencatat kepantasan 372km/j juga pada Terbuka Malaysia 2016.

Rujukan: Kosmo

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Smash Datuk Lee Chong Wei Terpantas Di Dunia 408km/j "