Tags:

Wanita Terpaksa Nyanyi Lagu Negaraku Buktikan Diri Rakyat Malaysia

By Hafiz.H Thursday, May 12, 2016
PETALING JAYA: Gara-gara gagal menunjukkan kad pengenalan ketika ditahan polis trafik, seorang wanita terpaksa menyanyi lagu Negaraku bagi membuktikan dirinya adalah warganegara Malaysia.

Menurut laporan China Press, ketika kejadian pada awal bulan ini, polis meminta wanita berusia 25 tahun itu menunjukkan kad pengenalannya semasa melalui satu sekatan jalan, kerana mereka mengesyaki dia adalah warga asing.

Walaupun dia ada menunjukkan lesen memandunya, namun polis tidak menerimanya dan mahu wanita itu menyanyikan lagu Negaraku bagi membuktikan dirinya bukan warga China atau Vietnam.
Hiasan


Menurut sumber, wanita itu berbohong dengan mengatakan kad pengenalannya hilang pada hari kejadian, walhal difahamkan dia kehilangan Mykadnya dua bulan lalu dan tidak membuat laporan polis untuk memohon kad pengenalan baru.

Polis trafik itu bagaimanapun melepaskan wanita berkenaan, meskipun dia tidak dapat menyanyi lagu Negaraku dengan lengkap.

Wanita itu yang tidak berpuas hati kemudiannya memuat naik kejadian itu ke Facebook dan mendapat pelbagai komen yang menyatakan dia patut bersyukur kerana tidak dikenakan tindakan gara-gara tidak mempunyai kad pengenalan.

Catatan itu kemudiannya dipadamkan wanita terbabit.

Mengulas kejadian itu, Ketua Trafik Pasukan Cawangan Bukit Aman, SAC Mahamad Akhir Darus berkata, SOP polis trafik tidak menyatakan rakyat perlu menyanyi lagu Negaraku untuk membuktikan diri adalah warganegara Malaysia.

Sebaliknya beliau berkata, polis trafik berhak memilih dan menentukan cara tersendiri ketika berdepan pesalah lalu lintas.

“Polis trafik itu tidak salah dalam kes ini, cuma mereka ada cara tersendiri untuk menghadapi situasi sedemikian,” katanya kepada akhbar berbahasa Cina itu.

Rujukan: Freemalaysiatoday

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Wanita Terpaksa Nyanyi Lagu Negaraku Buktikan Diri Rakyat Malaysia "