5 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Lagenda Tinju Muhammad Ali

By Hafiz.H Monday, June 6, 2016
Berita tentang pemergian lagenda tinju, Muhammad Ali, 74, ahad lalu diratapi segenap pelusuk dunia terutama sekali peminat sukan tinju. 
Muhammad Ali difahamkan telah mengalami masalah pernafasan sejak beberapa hari sebelumnya. Malah sumber mengatakan beliau telah mula berulang - alik ke hospital sejak tahun 2014 selepas mengalami radang paru -paru dan sekali lagi dimasukkan ke hospital pada 2015 kerana jangkitan saluran kencing.

Walaupun beliau seorang yang dikenali tetapi tidak ramai yang mengetahui kisah tentang ahli tinju terkenal ini. Disini kami kongsikan beberapa perkara yang anda tidak tahu tentang Muhammad Ali sebagai seorang Muslim.

1. Memeluk Islam pada Tahun 1964.
Nama sebenar Muhammad Ali adalah Cassius Marcellus Clay Jr. Sumber mengatakan beliau telah melalui sebuah fasa 'pencarian' dan mula mendalami Islam pada tahun 1964. Ketika itu, beliau menggelarkan dirinya 'Cassius X'.

Muhammad Ali akhirnya menemui hidayah dan memeluk Islam pada usia sekitar 30an dengan menggunakan nama Muhammad Ali.

2. Dipenjarakan Kerana Enggan Berkhidmat Untuk Tentera
Dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun disebabkan US Department of Justice menyabitkan kesalahan terhadap Muhammad Ali kerana beliau enggan berkhidmat dalam pasukan tentera AS untuk menyertai Perang Vietnam pada tahun 1967.

Tetapi kemudiannya beliau dilepaskan pada tahu 1971 atas permohonan rayuan. Akibat insiden tersebut, lesen peninju beliau digantung selama 3 tahun.

Muhammad Ali dikatakan berkeras tidak mahu berkhidmat dalam peperangan tersebut kerana beliau sudah mempraktikan ajaran Islam dan secara prinsip beliau tidak mahu terlibat dalam sebarang keganasan dan penindasan di perang Vietnam.

3. Satu -satunya Nama 'Walk Of Fame' Yang Diabadikan Pada Dinding


Muhammad Ali membuat keputusan untuk bersara setelah dinobatkan sebagai ahli gusti pertama yang menjuarai Heavyweight Championship sebanyak 3 kali.

Sejak itu, bermulalah pembabitan beliau dalam Muhammad Ali Parkinson Center, Make – A – Wish Foundation dan Special Olympics.

Beliau juga pernah dipilih sebagai United Nations Messenger of Peace dan turut pernah dianugerahkan Presidential Medal Of Freedom oleh Presiden Us, George Bush pada tahun 2005.

Independent.co.uk melaporkan beliau telah memecahkan tradisi dengan menjadi satu- satunya bintang ‘Walk Of Fame’ yang diabadikan namanya di dinding bukan terukir di lantai seperti 2500 selebriti yang lain. Ini kerana beliau membawa nama Nabi Muhammad SAW.

4. Pertahanan Islam Di Amerika
Walaupun namanya dikenali sebagai seorang peninju, namun ramai yang mengaguminya kerana kelantangannya beliau dalam menyuarakan dalam racism, peperangan, anti – keagamaan di Amerika.

Beliau pernah mengeluarkan kenyataan mengkritik Donald Trump kerana mengesyorkan pengharaman Muslim ke negara tersebut.

“Kita sebagai Muslim perlu berdiri menentang mereka mempergunakan Islam untuk agenda peribadi,” katanya.

5. Menarik Balik Gelaran 'The Greatest' 
Pernah membanggakan diri dengan memberi gelaran ‘The Greatest’ untuk menambah keyakinan dan rasa percaya pada dirinya. Walaupun kedengaran seperti bangga diri namun beliau sebenarnya adalah seorang yang rendah hati, penyayang dan sangat aktif dalam aktiviti kemanusiaan.

Muhammad Ali menarik balik gelaran tersebut atas anjuran ulama. Tidak lama selepas itu beliau disahkan mengidap penyakit Parkinson’s selama 32 tahun di mana kesannya menjadikan beliau tidak dapat bergerak dan bertutur dengan baik.

“Aku pernah menakluki dunia. Tapi itu tidak memberi kepuasan kepada aku. Tuhan menganugerahkan penyakit ini untuk mengingatkan ‘The Greatest’ sebenar bukanlah aku tetapi Dia.

Rujukan: SinarFM

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " 5 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Lagenda Tinju Muhammad Ali "