Tags:

Apa Hukum Letak Mas Kahwin RM15,000

By Hafiz.H Friday, June 3, 2016
SHAH ALAM - "Ayah sebagai wali, ibu bukan wali, kalau ibu tidak setuju pun sah nikah, dia (ibu) tidak ada kena mengena dengan sah atau tidak sah nikah, cuma janganlah kalau sudah berjanji kita tidak tepati," demikian penjelasan Ustaz Azhar Idrus, ketika ditanya mengenai apakah hukum bakal suami yang berpakat dengan bakal isteri melanggar perjanjian membawa wang mas kahwin tanpa pengetahuan ibu pengantin perempuan pada majlis akad nikah.
Azhar Idrus berkata, dalam hal ini jangan bertindak mengecilkan hati ibu, walaupun ibu tiada kuasa (menjadi wali) dalam perkahwinan.

"Walaupun ibu tidak boleh menjadi wali jangan buat benda yang mengecilkan hati ibu, kalau rasa tinggi sangat cakap molek-molek dengan ibu," katanya ketika memberi penjelasaan mengenai persoalan apakah hukumnya apabila ibu meletakkan mas kahwin RM15,000 tetapi waktu nikah si lelaki bawa mas kahwin RM8,000, hasil perbincangan bakal isteri dan bakal suami mereka sudah setuju jadi RM8,000 sahaja,tetapi si ibu tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.

Azhar Idrus berkata demikian, ketika menjadi panel dalam Program Bersama Ustaz Azhar Idrus, Aku, Ramadan dan Facebook di Dewan Sultan Muhammad ke V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam baru-baru ini.


Menggulas lanjut, Azhar Idrus berkata, yang menyebabkan nikah itu tidak sah ialah apabila dimajlis akad nikah itu, apabila ditanya RM10,000 dijawab RM8,000 ketika akad.

"Jadi dalam kes ini nikah sah yang penting masa akad itu, bila akad RM10,000 jawab RM10,000, yang tidak sah akad nikah itu apabila ditanya RM15,000 dijawab RM8,000 ini tidak sah, sebab berlawanan...jadi kalau mu berjanji tunaikanlah janji, memang dalam al-Quran tidak sebut hantaran tapi mas kahwin, hantaran adat, jadi adat bukan agama, cuma kita kena tunaikan kalau berjanji, jangan menyalahi janji...buat apa berjanji kalau tidak mampu," katanya.

Dalam pada itu, Azhar Idrus menyarankan agar ibu bapa memudahkan urusan perkahwinan dan meletakkan kadar yang mampu kepada anak-anak mereka yang ingin berkahwin.

"Janganlah letak tinggi sangat, letaklah pada harga yang patut," katanya.

Rujukan: SinarHarian

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Apa Hukum Letak Mas Kahwin RM15,000 "