Tags:

Isu vaksin: IM Ammar Sekali Lagi Memohon Maaf, Buang Gelaran Imam Muda

By Hafiz.H Thursday, June 23, 2016
SEORANG finalis Imam Muda musim kedua, Ammar Wan Harun, dikritik netizen selepas memuat naik satu status yang bernada sindiran berhubung kematian seorang kanak-kanak yang tidak diberikan vaksin.
Ammar akui kesilapan kerana agak kasar dan tidak sensitif dalam usaha memberi pemahaman kepada masyarakat.


Dalam status itu, Ammar menyelar tindakan sesetengah pihak yang menghebohkan isu kematian seorang kanak-kanak yang didakwa tidak diberikan vaksin.

"Tak tahu pula malaikat maut tak cabut nyawa budak yang diberikan vaksin," tulisnya.

Status itu turut mendapat kritikan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, yang menyifatkan ia sebagai satu tindakan tidak bertanggungjawab terutamanya daripada seseorang yang memegang gelaran yang dihormati.

Namun dalam status terakhir di Facebook sebelum dinyahaktifkan, Ammar meminta maaf sambil mengakui apa yang terjadi adalah kesilapannya kerana tidak membuat penjelasan terperinci tentang apa sebenarnya yang dimaksudkan.
Keratan permohonan maaf Ammar.
Status yang dimuat naik itu, kata Ammar, bertitik tolak daripada perasaan marah apabila ada sesetengah orang Islam yang seolah-olah menyalahkan vaksin seratus peratus atas kematian kanak-kanak itu.

Tambah Ammar, dia bukan anti-vaksin kerana anaknya sendiri dibekalkan dengan suntikan vaksin. Sebaliknya, sindiran itu sekadar satu cara untuk memberi pemahaman kepada masyarakat bahawa vaksin hanya asbab kematian, dan apa yang berlaku kepada kanak-kanak itu sudah ditakdirkan.

Dalam permohonan maaf itu, Ammar juga memaklumkan telah membuang gelaran Imam Muda yang diterimanya, dan meminta agar orang ramai tidak membabitkan rakan-rakan seperjuangan yang menyertai pertandingan itu.

Sementara itu, netizen tidak ketinggalan mengkritik golongan yang dikenali sebagai anti vaksin ini. Pemikiran sedemikian dianggap ramai sebagai mundur dan mementingkan diri.

Rujukan: AstroAwani

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Isu vaksin: IM Ammar Sekali Lagi Memohon Maaf, Buang Gelaran Imam Muda "