Tags:

Jika Bukan Kerana Kasih Sayang Mungkin Saya Sudah Gila Ameng Spring

By Hafiz.H Wednesday, June 15, 2016
Setelah sekian lama akhirnya Wan Aminuddin 48 atau dikenali sebagai Ameng dibebaskan untuk pulang bagi menyambut Ramadan dan Aidilfitri bersama keluarga tercinta.
Ameng kelihatan sebak dan mengalirkan air mata sewaktu melihat isteri dan anaknya yang menyambut di pintu utama Penjara Kluang kira-kira jam 12.15 tengahhari semalam.

"Saya menyesal dan insaf. Sebak rasanya melihat kesetiaan isteri dan anak yang menyayangi saya sepenuh hati dan tidak pernah melupakan saya.

"Jika bukan kerana kasih sayang tidak berbelah bahagi mereka, mungkin saya sudah gila dan hilang semangat meneruskan kehidupan.


"Hidup dan mati saya selepas ini hanya untuk keluarga. Saya akan membahagiakan mereka dan berjanji menjadi suami dan ayah yang baik bagi membalas pengorbanan serta kesusahan ditanggung disebabkan saya," katanya.

Sebelum ini Ameng telah dijatuhkan hukuman penjara 8 tahun, 10 sebatan oleh mahkamah Sesyen Melaka pada 12 April 2011. Walaubagaimanapun hukuman terhadap Ameng telah dipendekkan atas sebab kelakuan dan disiplin yang baik ditunjukkan olehnya. Setiap kejadian ada hikmahnya, Semoga Ameng berubah menjadi insan yang lebih baik di masa akan datang, InshaAllah.

Rujukan: SinarFM

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Jika Bukan Kerana Kasih Sayang Mungkin Saya Sudah Gila Ameng Spring "