Tags:

Malaysia Negara Ke 30 Paling Aman Di Dunia

By Hafiz.H Thursday, June 9, 2016
KUALA LUMPUR: Malaysia ditempatkan di tangga ke-30 dalam edisi terbaharu Indeks Keamanan Dunia (GPI) terbitan Institute for Economics and Peace (IEP).

Indeks itu juga meletakkan Malaysia pada tangga kelima di kalangan 19 negara di rantau Asia Pasifik.

Ia menjelaskan, kestabilan yang dinikmati Malaysia dikatakan hasil daripada kestabilan negara jiran, yang rata-rata tidak banyak berubah sejak sedekad lalu, walaupun ketegangan mula dirasai di Laut Cina Selatan disebabkan pertindihan tuntutan di Spratlys.


Bagaimanapun, laporan itu menyebut, keganasan menyebabkan ekonomi Malaysia rugi sehingga AS$30 bilion tahun lalu, iaitu 4% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Di peringkat global, laporan itu mendapati jurang perbezaan semakin besar antara negara paling aman dan paling tidak aman.

Tahap keamanan bertambah baik di sebanyak 81 negara, sementara 79 negara dikatakan merosot.

Seperti tahun lalu, Asia Barat terus jatuh dalam indeks tahun ini, dan merupakan rantau paling tidak aman di dunia, dan kejatuhan paling teruk dialami di Yaman, Libya dan Bahrain.

Ini diikuti benua India, di mana kemerosotan keamanan dicatat di Afghanistan, Nepal, Bangladesh dan India.

Ini merupakan edisi ke-10 indeks GPI, yang menilai 163 negara dan wilayah berdasarkan 23 perkara berkait keamanan dan kestabilan.

Rujukan: Freemalaysiatoday

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Malaysia Negara Ke 30 Paling Aman Di Dunia "