Tags:

Mengapa Anak Pertama Sebenarnya Anak Terindah Dan Paling Istimewa?

By Hafiz.H Tuesday, June 14, 2016
Anak itu adalah anugerah, amanah dan ujian dari Allah SWT

Anak adalah satu anugerah dan amanah yang diturunkan oleh Allah SWT kepada hambanya. Kelahirannya juga boleh dianggap satu ujian untuk pasangan yang mendambakan kebahagiaan dalam melayari bahtera perkahwinan.

Mungkin bagi yang sudah berkahwin, perasaan saat pertama kali menimang cahaya mata adalah satu perasaan yang amat sukar digambarkan. Lahirnya satu tubuh berserta roh baru untuk menyerikan lagi segenap alam kehidupan berumah tangga.

Bagaimanapun, mungkin ada di antara kita yang agak mengabaikan anak pertama setelah melahirkan anak yang kedua dan seterusnya. Ya, mungkin kita sendiri tidak sedar tapi kita telah melakukannya.
Gambar: Instagram @fynjamal
Ketahuilah bahawa anak pertama itu adalah anugerah terindah dan istimewa buat pasangan berumah tangga. Apa sebabnya? Mari kita ikuti nukilan Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria yang menceritakan keistimewaan anak pertama.

ANAK PERTAMA YANG INDAH YANG ISTIMEWA

Apabila kita hamil anak kedua dan seterusnya, maka anak pertama akan jadi sasaran kemarahan kita. Letih melayan macam2 karenah yg menyakitkan hati. Maka kita tengking2 dan marah, kita cubit dan pukul. Kemudian di malam hari kita mula sebak melihat wajah di kecil, mula menyesal dan taubat, lalu berharap dan berjanji kita tak buat lagi. Namun di lain hari, kita lupa dan mengulangi....

Ingatlah bahawa yang pertama itu yg paling istimewa. Dialah tempat kasih pertama tercurah, Dialah peneman tatkala sunyi dan lara. Dialah penghibur tiada pengganti. Dialah yg pertama menghuni rahim mulia ini.
Sudah2lah kita marahkan dia kerana kita yg tersilap mendidik...Kita yg salah...kita yg belum pandai.....

Ingatlah sentiasa, si kecil ini adalah ujian untuk membawa kita ke syurga mahupun neraka... Dia permata hati , pengikat kasih syg, melaluinya Allah salurkan rezeki tak putus2, Allah kuatkan semangat dan sabar kita, Allah buatkan kita rajin usaha dan yakin dgn janji Allah...


Gambar: Dipetik dari Facebook Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria
Menurut Ustazah Noor Laila, ajarilah anak mengenai tauhid, takut dan beriman kepada Allah SWT. Pujuk, tegur, dan doakanlah mereka dengan kasih sayang.

Ajarlah dia tentang tauhid, membesarkan Allah. Ajarkan dia
Takut hanya kepada Allah
Mohon apa sahaja hanya kepada Allah
Syaitan musuh yang nyata. Jangan ikut syaitan 
Buat baik Allah syg
Orang yang Allah syg, akan masuk syurga
Sayang adik, kasihan adik, maafkan adik...
Rajin belajar, Allah suka
Syukur walau dapat sedikit, orang yg syukur, Allah akan tambah lagi banyak
Pujuk dia dgn kasih syg, doakan dia dengan kasih syg, tegur dia dgn kasih syg, tegas bukan tengking, tegas bukan kasar, tegas bukan cubit sakit2, tampar wajahnya...Allah....kasihani dia....
Gambar: Dipetik dari Facebook Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria
"Sayangi dia sepenuh hati. Sayangi dia kerana Allah. Sayangi dia bukan kerana dia baik dan dengar kata.... Tapi sayangi dia kerana dia permata pertama anugerah terindah dari Allah"

Dia anak pertama, dahulu dia tiada, kita harap dia ada, lalu bila Allah beri dia kepada kita, mengapa kita tak jaga baik2, mengapa mudah geram dan marah?Adakah dia menyenangkan kita atau menyusahkan kita? Jika menyusahkan, bukankah lebih baik jika Allah ambil dia semula??? Senang hati, tentu kita boleh tersenyum lebar kan....?

Wahai ibu & ayah,
Dia anak, dia penuh karenah, itulah ujian. Bukan menghukum, mendenda tak henti2, lalu memujuk ambil hati semula...Berdoalah dgn doa surah Al Furqan ayat 74.

Sayangi dia sepenuh hati. Sayangi dia kerana Allah. Sayangi dia bukan kerana dia baik dan dengar kata.... Tapi sayangi dia kerana dia permata pertama anugerah terUBAT dan teruslah TAUBAT kerana kita ibu & bapa mulia yg penuh kasih sayang, bukan kaindah dari Allah, melaluinya kita belajar mengenal kasih tuhan....Uruskan dia dgn sabar.TAUBAT dan teruslah TAUBAT kerana kita ibu & bapa mulia yg penuh kasih sayang, bukan kasar dan bengis....

Kredit: SaysSeismik

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Mengapa Anak Pertama Sebenarnya Anak Terindah Dan Paling Istimewa? "