Tags:

Najib Umum Rombakan Kabinet 3.15 Petang Ini

By Hafiz.H Monday, June 27, 2016
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan rombakan Kabinet pada jam 3.15 petang di Putrajaya, hari ini.

Ia berikutan lima kekosongan jawatan, iaitu tiga menteri dan dua timbalan menteri.

Pengumuman tersebut juga dijangka akan dibuat dalam sidang media khas Kabinet di pejabatnya.


Portal Astro AWANI pada Ahad telah melaporkan tentang spekulasi berhubung rombakan Kabinet yang dijangka diumumkan minggu ini.

Pada awalnya, rombakan tersebut dikatakan dijadualkan diumum selepas Hari Raya Aidilfitri.

Bagaimanapun menurut sumber rapat, rombakan itu dipercepatkan.

Ia susulan beberapa perkembangan kebelakangan ini yang antaranya, kekosongan portfolio Menteri Perladangan dan Komoditi, selepas penyandangnya Datuk Douglas Unggah Embas, dilantik sebagai Timbakan Ketua Menteri Sarawak 1.

Najib juga perlu mencari pengganti bagi kekosongan yang ditinggalkan Datuk Seri Wahid Omar dan Datuk Seri Idris Jala di Jabatan Perdana Menteri.

Selain itu, dua lagi kekosongan portfolio dua timbalan menteri masing-masing di Kementerian Perladangan dan Komoditi serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Ia susulan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnoon dalam nahas helikopter di Sebuyau Mei lalu, dan pelantikan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Menteri Besar Kedah.

Sumber juga memaklumkan kemungkinan berlaku pertukaran portfolio kalangan menteri-menteri kanan.

Rujukan: AstroAwani

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Najib Umum Rombakan Kabinet 3.15 Petang Ini "