Tags:

PM DS Najib Akui Impikan Kenderaan Canggih Seperti The Beast Milik Presiden Amerika

By Hafiz.H Thursday, June 9, 2016
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengakui beliau mengimpi mahu memiliki kereta limusin canggih 'The Beast' seperti kepunyaan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.
Pada 2014 dan November 2015, ketika kunjungan Obama ke Malaysia, Najib sempat berpengalaman menaiki kereta itu.

“Ia lebih selesa dari kereta Proton saya. Dua orang boleh duduk berhadapan kamu dan boleh mengadakan perbincangan aktif.


“Saya juga rasa selamat kerana kereta itu kalis peluru... Kereta yang sangat istimewa dan saya impikan boleh memiliki satu,” katanya pada sesi dialog bersama Ketua Pegawai Eksekutif Catcha Group, Patrick Grove di Persidangan Wild Digital di Kuala Lumpur, hari ini.

Model semasa kereta presiden Amerika Syarikat itu adalah berdasarkan kereta Cadillac yang unik dan dilengkapi dengan pelbagai peralatan keselamatan.

Kereta yang boleh memuatkan sekurang-kurangnya tujuh penumpang itu juga mempunyai satelit ketenteraan dan boleh menghubungi mana-mana pihak di seluruh dunia.

Rujukan: Malaysiakini

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " PM DS Najib Akui Impikan Kenderaan Canggih Seperti The Beast Milik Presiden Amerika "