Tags:

Polis Tahan Remaja Curi Motor Tersentuh Ibu Bapanya Hidup Daif, Hulur Bantuan RM4,000

By Hafiz.H Thursday, June 30, 2016
Alor Setar: Penahanan seorang juvana kerana mencuri motosikal di rumahnya mungkin membawa hikmah kepada keluarga remaja itu apabila anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menghulurkan sumbangan Aidilfitri selepas tersentuh melihat kedaifan keluarganya.
Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin (kiri) menyerahkan bantuan raya kepada Amron Burha, 48, (dua kiri) yang tinggal bersama isteri dan dua anaknya di Kampung Alor Tebuan, Langgar.
Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, pada 10 Jun lalu, anggotanya menahan remaja berusia 17 tahun di rumahnya di Kampung Alor Tebuan kerana mencuri motosikal sebelum tersentuh melihat kedaifan keluarga terbabit.

"Selepas melihat kedaifan mereka, kami mengambil keputusan untuk membantu keluarga ini dengan gotong-royong membersih dan membaiki rumah yang hampir reput serta dikelilingi reban ayam dan burung.

“Kami turut memberi sumbangan makanan dan keperluan asas kepada mereka.

"Kami harap bantuan ini dapat mengurangkan beban mereka dan meraikan Aidilfitri lebih selesa. Selepas ini, kami akan bantu tiga lagi keluarga yang menghadapi masalah sama," katanya di Kampung Alor Tebuan di sini, hari ini.
Asa Ahmad, 49, di depan rumah pusaka dihuni bersama suami, Amron Burha, 48, dan dua anaknya. Rumah itu hanya boleh didiami di bahagian bawah manakala bahagian atas sudah reput.


Seramai 30 anggota IPD Kota Setar membersih rumah keluarga itu selain dibantu masyarakat setempat. Semua sumbangan bernilai hampir RM4,000 hasil sumbangan dan kutipan pegawai dan anggota IPD Kota Setar.

Bapa remaja itu, Amron Burha, 48, berkata dia bersama isteri, Asa Ahmad, 49, serta tiga anak lelaki berumur 14 hingga 18 tahun sudah biasa dengan kehidupan serba kekurangan namun keadaan mereka bertambah susah apabila dia tidak dapat bekerja selepas sakit.
Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin (kiri) mengetuai rombongan anggota IPK Kota Setar menyerahkan sumbangan bernilai hampir RM4,000 kepada Amron Burha.
"Sebelum ini saya memperoleh RM12 sehari hasil menjual ikan namun sejak enam bulan lalu, saya terlantar di rumah selepas kaki membengkak akibat kencing manis. Kini, dua anak mengambil tugas menyara keluarga dengan mengambil upah membuat bendang dan memotong rumput.

"Anak-anak terpaksa berhenti belajar sejak tahun lalu kerana tidak mampu. Duit yang ada digunakan sepenuhnya untuk membeli makanan dan keperluan keluarga namun ia tidak mencukupi walaupun menerima bantuan bulanan RM150 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya.

Amron berkata, sepanjang Ramadan ini, mereka bersahur dan berbuka dengan apa yang ada.

Rujukan: HarianMetro

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Polis Tahan Remaja Curi Motor Tersentuh Ibu Bapanya Hidup Daif, Hulur Bantuan RM4,000 "