Tags:

Prof. Izzi Haji Ali Telah Kembali Ke Rahmatullah

By Hafiz.H Friday, June 24, 2016
PAKAR motivasi terkenal Profesor Madya Md Izuddin Ali atau lebih dikenali sebagai Prof. Izzi telah kembali ke rahmatullah pada 12.45 tengah hari tadi.
Allahyarham dilaporkan meninggal dunia akibat menghidap strok.

Berita duka ini dimaklumkan oleh anak saudaranya menerusi laman akaun Twitter, Fadednv.

Fadednv turut meminta orang ramai sedekahkan Al-Fatihah kepada allahyarham.

Menerusi semakan sumber di laman Twitter Prof Izzi. allahyarham ada memuat naik gambar melawat jenazah meninggal dunia pada hari pertama Ramadhan, iaitu 6 Jun lalu.


Menerusi kapsyen gambar tersebut, Prof. Izzi turut menulis “walau ramadhan akan ditempuhi, belum tentu melaluinya’ sekali gus memberi makna yang cukup mendalam.

Selain itu, Prof. Izzi turut berkongsi pesanan seorang ustaz pada 11 Jun lalu yang berbunyi “Tika Abu Talib nak mati, kiri kanan ada Abu Lahab & Abu Jahal serta di kaki ada Abu Sufian. Nabi SAW di kepala suruh beriman kepada Allah tapi dia enggan kerana lebih ikut kata-kata TIGA ABU ITU.. matilah dia dlm kafir… Moga kita tak tergolong orang seperti ni.

Allahyarham suatu ketika dahulu sangat popular dengan tagline ‘renung-renungkan dan selamat beramal’ dan sering muncul menerusi radio Hot FM.

Selain itu, Allahyarham juga merupakan seorang pensyarah Matematik di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Prof. Izzi Haji Ali Telah Kembali Ke Rahmatullah "