Tags:

Rafizi Dedah Video - Pegawai Rosmah Bawa Puluhan Beg Dalam Jet

By Hafiz.H Friday, June 10, 2016
Untuk hari ketiga berturut-turut, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli terus mendedahkan mengenai perjalanan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan jet peribadi untuk ke Istanbul, Turki.
Kali ini, beliau berkongsi video dua minit yang kononnya menunjukkan Rosmah menaiki pesawat milik Emirates Airline dengan pegawainya membawa beg ke dalam pesawat.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Kangsar, Rafizi mempersoalkan jumlah pegawai yang mengiringi isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam lawatan itu serta kandungan beg berkenaan.


Menurut ahli parlimen Pandan itu, beliau tidak pasti bilangan beg yang dibawa itu dan menyoal mengapa ia idak diletakkan di kawasan bagasi yang ditetapkan tetapi terpaksa diangkut sendiri ke dalam pesawat berkenaan.

"Memandangkan ia sebuah pesawat peribadi, jet itu mempunyai ruang mencukupi untuk bagasi besar tanpa menjejaskan keselesaan di dalam pesawat.

"Apa guna menyewa jet peribadi mewah tetapi ruang mewah dipenuhi dengan beg-beg besar?" soalnya.

"Apa kandungan beg besar itu? Jika ia penuh dengan pakaian, adakah ia begitu berharga sehingga tidak boleh disimpan di ruang bagasi yang sepatutnya?" katanya.
Rafizi, yang telah didakwa oleh perdana menteri dan isteri sebelum ini, berkata, beliau menjangkakan akan diheret lagi ke mahkamah berhubung dakwaan terbarunya.

"Saya akan tunggu saman itu, kita akan bertemu di mahkamah," katanya.

"Dia boleh saman saya, (dia) boleh cakap apa sahaja, tetapi dengan media sosial, itu adalah soalan yang orang ramai akan tanya selepas melihat video ini," katanya.

Sementara itu, mengulas jawapan pegawai khas Rosmah, Datuk Rizal Mansor bahawa isteri perdana menteri “tidak menginap atas awan selama dua bulan”, Rafizi berkata penerbangan pergi-balik dari Subang ke Istanbul akan menelan perbelanjaan RM1.5 juta.

"Dan ini hanya satu perjalanan, bagaimana jika dia pergi 10 kali? Jutaan (ringgit) dibazirkan dalam dua bulan.

"Jika RM86 juta adalah terlalu besar, maka beri kita jumlah (sebenar). Asas kiraan saya adalah RM60,000 dibelanjakan sejam," katanya.

Rafizi pada Rabu lalu mendedahkan Rosmah menggunakan pesawat peribadi ke Istanbul untuk menerima Anugerah Kebajikan Kanak-kanak 3G bagi pihak program awal kanak-kanak PERMATA.

Rujukan: Malaysiakini

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Rafizi Dedah Video - Pegawai Rosmah Bawa Puluhan Beg Dalam Jet "