Tags:

Salahguna Lorong Kecemasan: Denda RM2000, Penjara 1 Tahun

By Hafiz.H Saturday, June 11, 2016
KUALA SELANGOR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dan akan terus mengheret mana-mana individu yang menyalahgunakan lorong kecemasan ke mahkamah serta merta. 

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pesalah akan dihadapkan ke mahkamah mengikut Kaedah 9 dan 53 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak kurang setahun.


"Sebelum ini mereka hanya dikenakan saman sebanyak RM300 sahaja. Tetapi kita melihat jumlah saman itu agak rendah dan tidak memberikan kesedaran kepada mereka.

"Sebab itu kita memandang perkara ini serius sekali gus mengambil tindakan mahkamah yang membolehkan mereka disaman maksimum RM2,000 atau penjara setahun," katanya memetik dari Harian Metro.

Mengulas mengenai 91 buah kenderaan yang telah dikenal pasti menyalahgunakan lorong kecemasan di KM228 Lebuhraya PLUS, Melaka, bulan lalu sehingga menghalang laluan ambulans, Ismail mendedahkan sebanyak 7 pemilik kenderaan telah memberikan keterangan kepada pihaknya dan akan didakwa di mahkamah kerana kesalahan itu.

"Seramai 84 pemilik kenderaan yang terbabit diberikan tempoh sehingga 16 Jun ini untuk memberi keterangan. Jika gagal berbuat demikian, tindakan mahkamah akan terus diambil terhadap mereka," katanya.

Rujukan: Pixelmedia

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Salahguna Lorong Kecemasan: Denda RM2000, Penjara 1 Tahun "