Tags:

'Tak Apa Nak.. Pak Cik Ambil Untung Sikit Je, Lepas Duit Makan Pun Dah Berbaloi'

By Hafiz.H Tuesday, June 14, 2016
Sering kita lihat warga tua yang menjaja barang perniagaan mereka kan? Kadang - kadang tu terkesan dan terlintas di hati kenapa warga emas ini terpaksa bekerja sebegini rupa. Mana keluarga terdekat dan anak - anak mereka.

Tetapi jangan lah kita cepat buruk sangka, mana tahu kehidupaan mereka memang daif dan hidup bersendirian. Dan kita sebagai manusia kalau boleh cuba lah support dengan membeli barang yang dijual, kalau tak mampu beli banyak mungkin beli sikit pun tak apa.

Disini kami ada satu perkongsian tentang pakcik yang menjual hanya untuk cari duit makan je, sayu hati bila tengok wajah pakcik ni.  So lepas ni sama - sama lah kita tanam dalam jiwa untuk sentiasa membantu dan tolong warga yang susah. Kadang - kadang kita terlupa, dalam setiap rezeki kita itu ada rezeki orang lain.


Pembeli : Assalamulaikum.. Pakcik baru berniaga kat sini ke? Sebab saya tak pernah nampak pun sebelum ni..

Pakcik : Tak ada la lama sgt nak.. Baru je lagi..

Pembeli : Oh patut la tak pernah nampak pun sebelum ni.. Hmm pakcik tempeyek kacang ni 1 berapa pakcik?

Pakcik : RM1.50 nak..

Pembeli : Haaa RM1.50??!! Pakcik biar betul?? Ada untung ke berniaga mcm ni?? Tak boleh macam ni sebab murah sangat.. Tu belum lagi kos pembungkus, penat lelah pakcik apa semua..

Pakcik : Tak apa nak.. Pakcik amik untung sikit sikit lepas duit makan pun dah berbaloi bagi pakcik..

Buat orang orang Melawati/Kemensah/Wangsa Maju/keramat/Ampang.. Kalau teringgin nak makan Tempeyek,Kuih Bahulu dan macam macam lagi termasuk juga biskut raya. Boleh beli kat pakcik ni.. Dia berniaga di Taman Melawati berhadapan dengan kedai 7Eleven

Mari kita sama sama ringankan beban pakcik ini.. Sebarkan dan selamat berpuasa semua.

Sumber dipetik dari Facebook Muhammad Azwan

Rujukan: SinarFM

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " 'Tak Apa Nak.. Pak Cik Ambil Untung Sikit Je, Lepas Duit Makan Pun Dah Berbaloi' "