Tags:

Tapak Tangan Terbelah, Putus 3 Jari Main Mercun

By Hafiz.H Friday, June 10, 2016
KUALA KANGSAR: Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun putus tiga jari manakala tapak tangan kanannya terbelah akibat bermain mercun di Kampung Sayong Lembah di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, Adam Haikal Mohd Sabri, 11, dikatakan tidak sempat membaling mercun yang sudah dinyalakan, menyebabkannya meletup di tangan.

Nenek mangsa, Noriah Mohd Salleh, 64, berkata mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar menggunakan ambulans sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping, kira-kira jam 9 malam tadi.


"Adam selesai menjalani pembedahan kira-kira jam 2 pagi tadi dan hanya tinggal dua jari iaitu jari telunjuk dan ibu jari.

"Dia masih dirawat di Hospital Taiping," katanya ketika dihubungi, pagi ini.

Noriah berkata, Adam Haikal menonton televisyen di rumahnya sebelum seorang rakan dipercayai mengajaknya bermain di kawasan Pesisiran Sayong sementara menunggu waktu berbuka puasa.
Katanya, orang ramai di tempat kejadian dikatakan menasihatkan mereka supaya tidak bermain mercun selepas balingan pertama menghasilkan bunyi yang kuat.

"Tidak lama kemudian, letupan mercun kedengaran buat kali kedua dan disusuli jeritan Adam yang ditemui dalam keadaan berlumuran darah di tangannya," katanya.

Rujukan: BeritaHarian

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Tapak Tangan Terbelah, Putus 3 Jari Main Mercun "