Tags:

Wanita 80 Tahun Mati Terjun Bangunan Kerana Tak Tahan Sakit Tua

By Hafiz.H Monday, June 6, 2016
KUALA LUMPUR - Seorang warga emas berusia 80-an bertindak terjun dari tingkat lima rumah pangsa kerana tidak lagi tahan dengan sakit tua yang dialaminya.

Difahamkan, warga emas itu sudah lama sakit dan sering mengadu kepada jiran-jiran tidak mampu menanggung kesakitan itu lagi dan pernah menyuarakan hasrat mahu membunuh diri.

Menurut laporan China Press, kejadian itu berlaku di PPR Kampung Baru Air Panas, Setapak di ibu negara pada jam 10 malam Ahad lalu.
Mangsa bertindak menutup matanya dengan kain sebelum terjun dari tingkat lima, selepas suami dan anaknya tidur.


Wanita itu dilaporkan tinggal di tingkat tiga rumah pangsa itu bersama suami serta anaknya.

Mangsa bertindak menutup matanya dengan kain sebelum terjun dari tingkat lima, selepas suami dan anaknya tidur.

Anak mangsa yang berusia 57 tahun dan bekerja sebagai pemandu teksi memberitahu ibunya adalah seorang periang walaupun sakit.

“Disebabkan masalah pendengaran ibu mula memakai alat bantu pendengaran, sejak itu beliau muram dan mungkin sebab itu juga beliau tertekan,” katanya yang dilaporkan akhbar berbahasa Cina itu.

Menurutnya, beliau tidak sempat menghalang ibunya membunuh diri kerana langsung tidak tahu mangsa telah keluar rumah disebabkan sedang tidur sebelum memulakan kerja syif awal pagi.

Rujukan: Freemalaysiatoday

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Wanita 80 Tahun Mati Terjun Bangunan Kerana Tak Tahan Sakit Tua "