Browsing "Older Posts"

Isteri Kedua Pelakon Ditahan Suspek Sindiket Penyeludupan Manusia

By Hafiz.H → Friday, July 29, 2016
KUALA LUMPUR: Isteri kedua pelakon Adi Putra, Nor Shahida Zolkifly, adalah antara yang ditahan polis berhubung siasatan sindiket penyeludupan warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sumber berkata, Nor Shahida ditahan di pejabatnya di Putrajaya pada Selasa lalu dalam operasi khas polis jam 4.30 petang.

Wanita itu sebelum ini pernah bertugas sebagai Penyelia Gred 27 di Kaunter Imigresen KLIA sebelum dipindahkan ke Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Putrajaya, susulan kenaikan gred kepada 32.
ISTERI kedua pelakon, Adi Putra, Nor Shahida Zolkifly, antara penjawat awam yang ditahan untuk siasatan polis berhubung kemasukan warga asing.


Selain wanita terbabit, dua kakitangan Imigresen yang pernah bertugas bersamanya di KLIA, turut ditahan bagi membantu siasatan kes sama.

Sementara itu, Adi Putra atau nama sebenarnya Adi atau Mohamed Hadi Putera Halim, 35, ketika dihubungi untuk mengulas perkembangan terkini membabitkan isterinya itu, berkata beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.

"Saya tidak begitu pasti (butiran siasatan) tetapi biarkan pihak berkuasa menjalankan dulu kerja mereka. Apapun, saya akan maklumkan kemudian," katanya ketika dihubungi menerusi mesej WhatsApp, semalam.

Adi bernikah dengan Nor Shahida, 33, pada 20 Jun lalu.

Semua suspek ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

Rujukan: BeritaHarian

Gadis Miliki Diploma Pilih Jadi Pencuci Tandas

By Hafiz.H → Thursday, July 28, 2016
Subang: “Biarlah orang nak mengata, saya tak patah semangat kerana saya suka jadi ‘cleaner’ (tukang cuci),” itu kata Ain Farhana Abdul Aziz, 23, graduan Diploma Geomatik Universiti Teknologi MARA (UiTM) berhubung kisahnya bekerja sebagai tukang cuci bersama ibunya yang sebelum ini viral di media sosial sejak kelmarin.
PEMBANTU Teknikal Rapid Rail, Ain Farhana Abdul Aziz, 23 (dari kanan) bersama ibunya Penyelia Tukang Cuci, Che Zubaidah Che Ismail, 58 ketika temubual bersama wartawan di Subang Depoh Rapid Rail Sdn Bhd. FOTO Nurul Shafina Jemenon
Biarpun tindakannya itu menjadi inspirasi segelintir generasi muda apabila ditawarkan pekerjaan tetap, namun sebelum itu dia menerima pelbagai tohmahan sesetengah pihak hanya kerana menjadi tukang cuci selepas tamat pengajian.

Tindakannya berhenti kerja sebagai pembantu teknikal di sebuah syarikat di Damansara juga mendapat kritikan kerana dikatakan sebagai merugikan.

Ain yang bekerja sebagai tukang cuci bersama ibunya selepas tamat pengajian April tahun lalu mengakui dia tidak boleh bertahan lama dengan pekerjaan baru di Damansara sebelum kembali menjadi tukang cuci di Rapid Rail Sdn Bhd, Depoh Subang sebulan kemudian.

Rujukan: HarianMetro


Cerita disebalik gadis pencuci tandas:

"Sebelum bekerja sebagai pembantu teknikal disini, saya bekerja sebagai pekerja pembersihan (cleaner) bersama ibu. Dalam sebulan saya boleh mendapat kira-kira RM900. Saya sering dilemparkan dengan komen negatif oleh rakan-rakan yang memberitahu bahawa saya tidak patut bekerja disini. Terutamanya apabila saya baru sahaja memperolehi Diploma Geomatik dalam bidang Sains (Geographical Information System) daripada UiTM Seri Iskandar, Perak.

Kemudian baru saya ditawarkan bekerja di Damansara sebagai Pembantu Teknikal untuk syarikat Acoustics. Saya bekerja disana kira-kira selama sebulan dan apabila mahu berhenti, majikan tidak membenarkan saya untuk berbuat demikian. Kata beliau, tarikh lahir saya padan dengan Feng Shui syarikat tersebut. Beliau sampai memberi tawaran untuk mendapatkankan saya sebuah kereta dan memberi sebarang amaun gaji yang saya minta. Masalahnya, saya tidak mempunyai mentor untuk belajar tentang kerja disitu. Dan kita tidak akan ikhlas untuk bekerja jika kita tidak gembira dengan keadaan dan tuntutan kerja di sesuatu tempat itu. Jadi, saya menolak kerja tersebut dan kembali menjadi cleaner di RapidKL.

Semua bos disitu terkejut apabila seorang graduan universiti bekerja sebagai cleaner – menyapu lantai, mencuci tandas dan mengutip sampah. Tetapi anda lihat, jika ibu saya boleh melakukan kerja jenis ini untuk hidup, apa yang buat anda fikir anda tidak boleh? Sekurang-kurangnya saya merasa apa yang ibu saya lalui setiap hari dalam dunia pekerjaannya bagi memberikan saya pendidikan sehingga ke universiti.

Suatu hari ibu saya datang kepada saya dan berkata bahawa bos mahu saya terus bekerja di sini. Saya pergi menjalani temuduga tersebut, dan saya bertuah dan amat bersyukur menjadi Pembantu Teknikal, di sini hari ini . Saya bekerja dalam pentadbiran yang mengendalikan kerja-kerja penambahbaikan berat dan ringan kereta api, dan merupakan peralihan lengkap dari belajar GPS dan satelit, serta perlu mengetahui alatan seperti break caliper, mesin-mesin, PCU (Passenger Communications Unit), EHU, dan juga memegang sepana!

Saya mempunyai rakan-rakan dalam senarai anugerah dekan dan pelajar cemerlang, namun kesemuanya masih belum mendapat pekerjaan. Mereka sentiasa bertanyakan saya bagaimana saya mendapat kerja tersebut. Selain daripada rahmat Tuhan, ia benar-benar bergantung kepada usaha dan kesanggupan untuk belajar. Anda perlu keluar dari zon selesa anda dan teruskan pencarian. Anda perlu menyesuaikan diri dengan situasi, persekitaran dan orang-orang baru."

8 Tahun Tidur Dengan Yamaha RXZ Dalam Bilik Bimbang Dicuri

By Hafiz.H →
Shah Alam: Sebut saja RXZ, motosikal itu kini menjadi buruan sehingga harga ditawarkan ‘luar biasa’ menjangkau RM10,000 berbanding harga asalnya yang lebih rendah daripada itu.

Ditambah dengan aksesori rim GTO atau AR, harganya pasti melambung.

Tidak keterlaluan dikatakan pada masa kini, pemilik motosikal itu boleh berbangga memiliki motosikal yang sering disebut sebagai legenda sepanjang zaman.

Justeru, dek kerana RXZ begitu istimewa, selain terlalu sayang dan risau dicuri, pemilik motosikal Yamaha RXZ Mohd Hilmi Mohd Isli, 27, sanggup tidur bersama dengan motosikal kesayangan di dalam biliknya di Meru, Klang, sejak lapan tahun lalu.
Harith Nurshidi (kanan), Hilmi (dua dari kanan) bersama peminat motor Yamaha RXZ di Dataran Shah Alam.


“Celik mata, saya mesti tengok motosikal saya terlebih dulu sebab itu saya sanggup menyimpannya di dalam bilik,” katanya.

Menurut Hilmi, dia menghabiskan ribuan ringgit untuk memastikan motosikalnya kekal seperti baru.

“Barang gantian motosikal ini sukar diperoleh menyebabkan kos menyelenggara motosikal ini sangat tinggi.

“Misalnya seperti badan motosikal itu kosnya mencecah RM15,000,” katanya.

Menurut Hilmi, motosikal ini dianggap ‘vintage’ kerana ia legenda sepanjang zaman.

“Motosikal ini unik, jimat minyak, tetapi kelajuan boleh diubah suai sehingga 240 kilometer sejam.

“Setiap tahun kumpulan kami Harshaw Nysofact mengadakan konvoi membabitkan penyertaan 50 hingga 70 motosikal,” katanya.

Menurut Hilmi, pernah satu ketika seorang daripada rakannya dikepung sekumpulan lelaki yang ingin melarikan motosikal itu.

“Rakan kami tertinggal di belakang, tiba-tiba sekumpulan lelaki bermotosikal mengepungnya sebelum melarikan motosikal RXZ Catalyzer yang bernilai lebih RM15,000,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pemilik RXZ, Harith Nurshidi Kamarol Bahri, 28, berkata, dia generasi kelima yang memiliki RZX jenis Bosh.

“Pelbagai jenis RXZ yang digilai penggemar motosikal seperti saya antaranya Catalyzer, Millenium, Energy, 5 Speed dan Bosh.

“Saya kini memiliki RXZ Bosch keluaran tahun 1992 yang diwarisi daripada datuk saya. Motosikal ini diturunkan dari generasi ke generasi menyebabkan saya lebih menghargai peninggalan ini.

“Harga pasaran motosikal ini boleh mencecah hingga RM20,000. Kadangkala motosikal lama ini sering meragam (rosak), tetapi ia perkara biasa dan saya tidak pernah mengeluh untuk membaiki,” katanya .

Menurut Harith, dia pernah ditawarkan RM20,000 jika bersetuju menjual motosikalnya.

“Ramai yang bertanya sama ada saya mahu jual motosikal kesayangan saya ini. Bukan sedikit jumlah wang yang ditawarkan, malah boleh membeli ‘super bike’.

“Biarpun ditawarkan harga tinggi tetapi motosikal kesayangan turun temurun ini akan sentiasa saya jaga dan mungkin diwarisi anak saya,” katanya.

Rujukan: HarianMetro

Buruh Indonesia Maut Jatuh Tingkat 35, Mayat Tersangkut Di Tingkat 8

By Hafiz.H → Wednesday, July 27, 2016
KUALA LUMPUR - Seorang buruh warga Indonesia yang sedang melakukan kerja pembinaan maut selepas terjatuh dari tingkat 35, Bangunan Erica, Jalan Kampung Abdullah Hukum, Bangsar, di sini hari ini.


Menurut jurucakap bomba, pihaknya berjaya menurunkan mayat mangsa yang tersangkut di tingkat 8 rangka bangunan pembinaan berkenaan kira-kira pukul 11 pagi tadi.
"Pada pukul 9.50 pagi, kita menerima panggilan kecemasan khidmat kemanusiaan bantuan daripada pihak ambulans Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang menyatakan terdapat mangsa jatuh dan tersangkut di kawasan pembinaan.

"Kita tiba di lokasi pada pukul 10.08 pagi dan terus melakukan kerja-kerja penyelamatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah jurucakap itu, usaha menurunkan mangsa melibatkan 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah.

Rujukan: Kosmo

4 Rahsia Isi Minyak Yang Anda Tidak Tahu

By Hafiz.H →
1. Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu sejuk

Kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu panas di siang hari yang mana ianya mempunyai wap yang berlebihan. Jika anda mengisi minyak di waktu tengah hari, akan kelihatan wap petrol keluar dari tangki minyak anda.

2. Isi minyak dengan perlahan-lahan

Cara ini adalah supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas akan membazirkan minyak anda. Kawal picu dengan menarik secara separuh penuh. Ini dapat mengurangkan wap keluar bersama-sama petrol.


3. Isi minyak semasa tangki separuh penuh

Ini kerana semakin banyak baki minyak dalam tangki semakin kurang kapasiti ruang udara yang dipenuhi wap sekaligus anda akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum.

4. Isi minyak petrol ikut liter

Amalkan pengisian minyak dalam lliter, bukannya ringgit.

Contoh:
Pergi ke kaunter, cakap nak isi 20 liter. pastu bayar RM46. ini lebih baik daripada isi RM40, kerana jumlah minyak yang masuk adalah 15.7894737 liter. Sedangkan nozzle hanya menyukat sehingga 2 tmpt perpuluhan sahaja.

p/s : Jangan lupa untuk matikan enjin kereta dan elakkan penggunaan handphone semasa mengisi minyak serta jangan lupa kunci kereta semasa mengisi minyak untuk mengelakkan kes kecurian yang sering berlaku di stesen minyak.

Kredit: SinarFM

RISDA Mahu Tanam, Eksport Ketum Ke Luar Negara

By Hafiz.H →
Kuala Nerus: RISDA akan memohon kepada kerajaan untuk mendapatkan kebenaran menanam pokok ketum berikutan mendapat permintaan tinggi daripada syarikat farmasi di luar negara.

Pengerusi RISDA Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, pihaknya akan merayu untuk mendapatkan kelulusan itu bagi tujuan eskport sahaja.
Pemadam Daerah Hulu Selangor bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) memusnahkan pokok ketum.


Menurutnya, daun ketum mendapat permintaan tinggi dari Amerika Syarikat dan Eropah kerana tanah di negara ini lebih sesuai bagi tanaman itu.

Katanya, di luar negara, tumbuhan berkenaan didakwa mempunyai nilai perubatan tinggi, terutama ketika musim sejuk.

"Buat masa ini kita tidak mampu memenuhi permintaan mereka kerana daun ketum menyalahi undang-undang negara ini.

"Jika ia dapat memberi hasil kepada pekebun, tidak salah kerajaan memberi kebenaran dengan syarat untuk tujuan eksport sahaja," katanya selepas majlis Konvensyen GAP RISDA Negeri Terengganu 2016 di sini, hari ini.

Rujukan: HarianMetro

Akta Baru Majlis Keselamatan Negara Dijangka Memperkuatkan Kuasa Najib

By Hafiz.H →
KUALA LUMPUR: Kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan bertambah kuat mulai Isnin ini dengan kuasa baharu di bawah Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN), di sebalik rancangan mengadakan perhimpunan menuntut beliau meletak jawatan susulan dakwaan berjuta ringgit daripada syarikat milik kerajaan disalurkan ke dalam akaun peribadinya.

Akta MKN yang berkuat kuasa pada 1 Ogos membolehkan Najib menetapkan sesuatu kawasan sebagai “kawasan keselamatan” di mana beliau boleh membenarkan pasukan keselamatan memeriksa mana-mana individu, kenderaan atau bangunan tanpa memerlukan waran.

Ia juga membenarkan penyiasat mengabaikan sebarang penyiasatan formal berhubung pembunuhan dilakukan polis atau tentera di dalam sesuatu “kawasan keselamatan”.
Ini kerana Akta Majlis Keselamatan Negara yang memberikan kuasa meluas mengisytiharkan sesuatu kawasan sebagai zon darurat akan berkuat kuasa 1 Ogos ini.


Parti pemerintah menyokong undang-undang itu sebagai cara menangani soal keselamatan di negara majoriti Islam itu, yang sudah lama berdepan dengan sekumpulan kecil Islamis radikal.
Tetapi pengkritik berkata undang-undang yang memberikan kuasa meluas itu mengancam hak asasi dan demokrasi, malah ia kini boleh menjadi alat mendiamkan pengkritik susulan skandal 1MDB.

“Kebimbangan di kalangan badan sivil dan lain-lain ialah MKN boleh digunakan bagi menentang apa-apa sahaja yang kerajaan tidak puas hati,” kata Wan Saiful Wan Jan, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), dan menambah kuasa itu boleh digunakan ketika perhimpunan jalanan.

“Ia memang memberikan kuasa penuh kepada PM mengisytiharkan zon darurat…,” katanya.
Akta itu diluluskan pada sesi Parlimen Disember lalu di kala Najib dibidas pembangkang berhubung skandal berbilion ringgit melibatkan 1MDB, syarikat yang diilhamkan beliau sendiri.
Akta itu bagaimanapun diluluskan tanpa mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong, walaupun istana pernah mencadangkan beberapa perubahan.

Tekanan ke atas Najib meningkat minggu lepas selepas Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memfailkan saman yang mendakwa salah laku bernilai AS$$3.5 bilion melibatkan 1MDB.
Saman itu bertujuan menyita aset yang didakwa dilesapkan daripada 1MDB sebanyak AS$1 bilion dan dianggap penyiasat AS sebahagian “konspirasi antarabangsa mengubah wang”.
Saman itu tidak menamakan Najib, tetapi sekadar memberi jolokan “Malaysian Official 1″ yang dituduh menerima AS$700 juta daripada wang yang dilesapkan.

Najib yang menafikan terlibat berkata Malaysia akan bekerjasama dengan mana-mana siasatan antarabangsa ke atas 1MDB.
Pilihan raya umum (PRU) pada 2013 menyaksikan parti pemerintah hilang undi popular, dan PRU akan datang perlu diadakan menjelang 2018.

MKN mula berkuat kuasa ketika dakwaan kerajaan cuba menghalang kebebasan bersuara.
Sejak kebelakangan ini, pentadbiran Najib menggunakan Akta Hasutan dan undang-undang lain bagi menangkap pengkritik, memenjara pemimpin pembangkang dan menyekat kebebasan media dengan menggantung permit akhbar dan menyekat internet.

“Kemungkinan MKN digunakan untuk bertindak terhadap pergerakan masyarakat sivil akan bertambah di kala ruang untuk PM dirasakan lebih sempit,” kata Pengarah Eksekutif Suaram, Sevan Doraisamy.

Pakatan pembangkang Malaysia merancang menganjurkan perhimpunan anti-Najib pada 30 Julai. Bersih 2.0, yang menganjurkan protes disertai 200,000 orang tahun lalu, turut merancang perhimpunan pada tarikh yang belum ditetapkan.

Sementara perhimpunan dibenarkan di bawah Akta Perhimpinan Aman, MKN masih boleh mengisyhtiharkan sesuatu kawasan – bangunan, jalan raya atau bandar – sebagai “kawasan keselamatan” yang mengharamkan sebarang protes.

Isnin lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran polis tidak akan membenarkan perhimpunan yang mendesak Najib dijatuhkan.
Sekumpulan dikenali “Baju Merah” daripada Umno berazam mahu mengadakan protes sebagai tindak balas terhadap perhimpunan anti-Najib.

Kumpulan itu berhimpun pada September lepas, dalam insiden yang bertukar ganas selepas peserta merobohkan halangan pihak berkuasa dan bertempur dengan polis.

“Saya rasa mereka (kerajaan) amat resah mengenai 1MDB dan reaksi orang ramai,” kata aktivis Datuk Ambiga Sreenevasan, yang menambah rakyat juga resah dengan Akta MKN.

Rujukan: Freemalaysiatoday

Elak Hati Anak Keras Seperti Batu, Didik Ikut Cara Nabi

By Hafiz.H → Tuesday, July 26, 2016
Niat kita ingin mendidik, tanamkan disiplin, betulkan apa yang sila. Tetapi, rupa-rupanya dalam masa yang sama mungkin cara yang kita fikir sedang mendidik itu sebenarnya sedang menjadikan hati anak kecil itu keras seperti kerasnya batu.

Sedih, frust rasanya. Kenapalah selalu terlebih-lebih dalam menegur dan mendidik anak. Nada terkasar, ayat keras, kenapalah tak boleh kawal emosi dan tak mampu bersabar?

"Sayang, maafkan mama yang selalu lupa awak kecil lagi..."

Allahurabbi, kita ini umat nabi, sayang nabi tetapi kita tak ikut cara nabi.

Diriwayatkan oleh Ahmad dari Anas r.a, ia berkata:


"Aku menjadi pembantu Nabi s.a.w selama sepuluh tahun. Tidaklah beliau memberiku perintah, lalu aku lama mengerjakannya atau tidak aku kerjakan sama sekali melainkan beliau tidak mencelaku. Apabila ada salah satu anggota keluarga beliau yang mencelaku, beliau bersabda,

"Biarkanlah dia. Kalau dia mampu, pasti dilakukannya."

Nota kaki: Anas r.a waktu itu seorang anak kecil.

Cara Rasul itu menumbuhkan perhatian mendalam dan rasa malu pada diri anak kecil bernama Anas.

Terbukti kan, cara penuh kasih sayang itu tidak sia-sia. Susah nak faham tetapi itulah yang nabi ajar dan buktikan.

Jom teladani Rasul yang tidak mencela apatah lagi menengking anak kecil. Jangan kita keraskan hati lembut itu dengan kata-kata kita sendiri.

Sumber: Dr Siti Ujila

Kredit: Pixelmedia

Ibu Mertua Bos F1 Diculik, Penculik Tuntut Wang Tebusan RM148.82juta

By Hafiz.H →
SAO PAULO 26 Julai - Ibu mertua pemimpin Formula Satu, Bernie Ecclestone telah diculik di Sao Paulo dan penjenayah menuntut 120 juta reais (RM148.82 juta) sebagai wang tebusan, menurut laporan dalam sebuah majalah berita utama Brazil.

Aparecida Schunck, ibu isteri Ecclestone, Fabiana Flosi, dilarikan pada Jumaat, Veja dan pertubuhan berita lain melaporkan.

Media itu tidak memberikan butiran lanjut dan polis tempatan tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan laporan itu.
Bernie Ecclestone


Ecclestone yang majalah Forbes menganggarkan bernilai AS$3.1 bilion (RM12.63 bilion) - di samping keluarganya - dan seorang lelaki yang paling berkuasa dalam sukan itu, mengahwini Flosi pada 2012, tiga tahun selepas menemuinya pada Grand Prix Brazil.

Ecclestone yang kini 85 tahun, menceraikan isterinya selama 25 tahun ketika itu, peragawati Croatia, Slavica Radic untuk mengahwini warga Brazil yang muda itu.

Pasangan itu kini tinggal di England.

Menculik menjadi lumrah di Brazil sedekad lalu dengan beberapa orang dilarikan setiap hari, selalunya dengan wang tebusan hanya beberapa ratus dolar.

Satu tindakan keras oleh polis termasuk pembentukan sebuah divisyen anticulik khas, mengurangkan angkanya dengan banyak dan jenaya itu menjadi semakin jarang.

Brazil ketika ini berada di tengah-tengah krisis ekonomi terburuk dalam hampir seabad.

Janda Tak Mengaku Culik Gadis Untuk Dijadikan Pelacur

By Hafiz.H →
Kuala Terengganu: Seorang ibu tunggal kepada tiga anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, atas tuduhan menculik dan mengurung seorang gadis secara paksa untuk dijadikan pelacur.

Tertuduh, Wanirahanim A Razak, 24, dari Kuantan, Pahang mengangguk faham ketika dua pertuduhan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan (KK) kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya dengan sulit dan salah dan Seksyen 372 (1) (b) KK kerana menyalahguna mana-mana orang bagi tujuan persundalan yang dibaca bersama Seksyen 34 KK.
Wanirahanim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.


Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas menculik mangsa, Noraini Abdul Razak yang ketika kejadian berusia 18 tahun dan mengurung mangsa secara salah dan rahsia di bilik sebuah hotel di Kuala Ibai, jam 11.15 pagi pada 3 Oktober 2012.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang bekerja di sebuah salon kecantikan di Kuantan didakwa mengikut Seksyen 365 KK yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Selain itu, tertuduh turut didakwa bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas menahan secara salah mangsa dengan niat untuk digunakan sebagai pelacur di alamat, masa dan hari sama.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 372 (1)(b) KK itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan dengan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Sebaik pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, Hakim Rofiah Mohamad menetapkan 6 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Rujukan: HarianMetro

Penjawat Awam Perlu Bayar Sendiri Tabung Pencen Mereka

By Hafiz.H →
KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) Wan Kamaruzaman Wan Ahmad memberi kenyataan mengejutkan hari ini apabila berkata, penjawat awam mungkin perlu membayar sendiri tabung persaraan mereka, sama seperti pekerja swasta menyalurkan pendapatan mereka kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Dalam kenyataan disiarkan akhbar The Sun, Wan Kamaruzaman dilaporkan berkata skim pencen semasa penjawat awam yang dipanggil “manfaat pasti” agak sukar untuk dikekalkan dan alternatif yang ada ialah skim jenis KWSP yang digelar “sumbangan pasti”.


Menerusi skim sekarang penjawat awam tidak perlu membuat caruman sendiri sebaliknya ia dibayar oleh majikan termasuk badan berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Ianya membolehkan mereka mendapat separuh daripada gaji terakhir untuk seumur hidup setelah bersara pada usia 60 tahun, dan terus disumbangkan kepada pasangan selepas mereka meninggal dunia.

Walau bagaimanapun skim semasa ini membuatkan kerajaan menanggung liabiliti sehingga RM300 bilion malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pernah mengakui ianya sukar dikekalkan untuk jangka panjang.

Menerusi skim “sumbangan pasti” kerajaan dapat mengurangkan bebanan bagi liabiliti pencen yang sentiasa bertambah, jelas Wan Kamaruzaman.

KWAP yang beroperasi di Cyberjaya, mengendalikan operasi pencen penjawat awam setelah kesemua jabatan pencen awam yang sebelum ini berada di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diserap di bawahnya sejak November 2015.

Selain itu pengubahsuaian yang dibuat ke atas Akta Dana Persaraan 2007 awal tahun lepas turut menyaksikan KWAP mengambil alih operasi pembayaran pencen bulanan kepada 700,000 pesara kerajaan.

Rujukan: Mynewshub

Cara-Cara Menurunkan Suhu Tubuh Bila Demam

By Hafiz.H → Monday, July 25, 2016
Mandikan anak ketika demam, rata-rata katakan boleh dan segelintir kata harus mandikan anak-anak ketika demam. Tapi anda perlu tahu cara-cara mandikan anak ketika demam.

Gunakan kain tuala kecil di basahkan dgn AIR PANAS SUAM (Tapid Sponging) lalu diletak di dahi, perut, leher, ketiak & celah paha. Air hangat suam ni bantu pembuluh darah di kulit mengembang lalu membuka pori-pori & mudahkan mengeluarkan panas dr dlm tubuh.


Adalah satu KESILAPAN jika anda: 

1. Menggunakan air sejuk, air AIS, atau KETUL AIS...sebab hal ni bukannya menurunkan suhu tubuh tapi MENINGKAT lagi suhu badan, air yg dingin menyebabkan pembuluh darah dikulit mengecut sehingga panas yang dibawa darah ke kulit terhalang.

2.Apa tah lagi bila DEMAM ada yang suruh mandikan anak dengan AIR SEJUK. Kesian si anak lagi mengigil serta lagi naik demamnya. Kalau nak buat eksperimen...hihihi jika kita emak ayah DEMAM....cuba pi terus MANDI AIR SEJUK......Pijak lantai bilik air pun dah mengetar...apatah lagi MANDI AIR SEJUK!! Klu PERIOK YANG PANAS JIKA DIBASUH AKAN BERASAP...Biar periok tu sejuk dulu...baru basuhkan....bukan??

3. Hindari menyelimuti Si Comel yg demam atau memakaikan baju yg tebal seperti jaket atau pakaian ketat yang dapat meningkatkan suhu badan. Sebaiknya gunakan pakaian yang tipis & longgar, yang dapat menyerap peluh sehingga suhu badan Si Comel menurun ke normal.

4.Demam paksa badan mengeluarkan cairan lebih banyak...seperti peluh dan kencing. Maka rajin-rajinlah menyusu atau beri air yang banyak kepada bayi anda untuk elak dehidrasi. Lagi banyak cairan diberi maka lagi banyak cairan keluar melalui urin yang juga menolong menurunkan suhu badan yg panas!!.

5. Kalau nak dimandikan juga bayi/kanak yang panas di BOLEHKAN! tapi air yang digunakan harus air yang hangat suam, JANGAN air SEJUK. Dengan begitu tubuh jadi segar & nyaman. Setelah mandi, keringkan tubuh dgn kain tuala & terus cepat tutup badan dgn pakaian.

6. Anak tak perlu makan ubat jika ia demam tapi boleh main, makan minum seperti biasa. Hanya jeram jelum anggota badannya dengan air panas suam. Ubat diberikan jika suhu badannya mencapai lebih dr 38 °C. Klu bayi/anak anda DEMAM PERPANJANGAN lebih 2 hari..dan kelihatan lesu, hilang selera mkn minum, panas kejang, susah bernafas, muncul bintik merah atau biru di tangan, muntah, cirit,...ini tabda INFEKSI KUMAN/VIRUS yg tubuh bayi/kanak TAK DAPAT MELAWAN....segeralah bawa ke doktor.

Sumber:DrRich DrRahim

Penjawat Awam Main Pokemon Go Akan Dipotong Gaji

By Hafiz.H →
Jakarta: Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama memberi amaran memotong gaji penjawat awam yang bermain permainan di telefon bimbit termasuk Pokemon Go ketika bertugas.

Basuki atau lebih dikenali sebagai Ahok berkata, bermain permainan di telefon bimbit boleh menyebabkan penjawat awam lalai dengan tanggungjawab mereka.
SEKUMPULAN pemain berehat selepas memburu Pokemon di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta. - Jakarta Post


“Sekiranya kami menangkap penjawat awam yang bermain permainan di telefon bimbit ketika bertugas kami akan potong gaji mereka.

“Mudah untuk mengesan mereka yang bermain Pokemon Go kerana mereka perlu sentiasa berlegar-legar,” katanya.

Menurutnya, dia memantau setiap penjawat awam melalui Penunjuk Prestasi Utama (KPI) mereka.

“Sekiranya KPI penjawat awam itu rendah, pihak pentadbiran akan memberi lebih banyak tugasan untuk meningkatkan prestasi mereka,” jelasnya.

Menteri Perubahan Birokratik dan Pentadbiran Indonesia, Yuddy Chrisnandi mengeluarkan arahan mengharamkan semua penjawat awam bermain Pokemon Go di kawasan bangunan kerajaan.

Polis dan Tentera Negara Indonesia juga melarang anggota mereka serta orang awam bermain permainan itu di kawasan larangan.

Pihak berkuasa sebelum ini bimbang permainan itu boleh digunakan pihak tertentu untuk tujuan mengintip. - Agensi

Rujukan: HarianMetro

Siapa Sebenarnya Malaysian Official 1?

By Hafiz.H → Friday, July 22, 2016
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Rumah mewah, jet peribadi dan karya seni adalah antara 17 aset yang dimohon untuk dirampas oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dalam saman sivil difailkan di Los Angeles, kelmarin.

Saman sivil itu mempersoalkan bagaimana harta itu didakwa dibeli di Amerika Syarikat (AS), Switzerland dan United Kingdom daripada dana 1MDB.

Dana itu didakwa digunakan untuk membeli estet mewah di AS, membayar perbelanjaan perjudian di kasino Las Vegas, memperoleh lebih AS$200 juta dalam hasil seni, melabur dalam projek utama pembangunan hartanah di New York, dan membiayai produksi filem Hollywood.

Saman itu turut menamakan Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low, Tan Kim Loong, serta pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem al-Qubaisi dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny dalam dakwaan penyelewengan dana tersebut.


Dalam dokumen 136 halaman itu turut mendakwa sebanyak AS$731 juta disalurkan dari 1MDB ke dalam akaun bank milik Malaysian Official 1. Namun, ia tidak menyatakan siapakah Malaysian Official 1 yang dimaksudkan itu.

Sebaliknya, ia hanya menyatakan Malaysian Official 1 sebagai pegawai berpangkat tinggi dalam Kerajaan Malaysia yang turut memegang jawatan yang berkuasa dengan 1MDB.

“Dalam semua masa yang relevan dengan aduan itu, Malaysian Official 1 adalah 'pegawai awam' sebagai istilah yang digunakan dalam 18 U.S.C. § 1956 (c)(7) (B)(iv) dan ‘penjawat awam’ sebagai istilah yang digunakan dalam Seksyen 21 Kanun Keseksaan Malaysia,” kata dokumen itu.

Peguam Negara AS, Loretta E Lynch berkata, Najib tidak dinamakan dalam tindakan undang-undang yang difailkan DOJ itu.

Menurut Lynch, ini kerana aduan adalah hanya untuk merampas aset 1MDB.

“Perjanjian kami hanya untuk merangka aduan seperti yang kami lakukan dalam hal pelucutan hak sivil. (Dan) ia adalah aduan terhadap wang atau aset sebenar berbanding terhadap individu. Kami tidak mempunyai pengumuman berhubung sesiapa yang tidak dinamakan. Jadi, ini akan jadi aduan yang bertujuan untuk menyita dan merampas aset tertentu yang dinyatakan,” katanya.

Rujukan: SinarHarian

Skandal 1MDB, Riza Aziz Dan 'Malaysian Official 1' Dalam 10 Point Paling Penting

By Hafiz.H →
1. Sebanyak AS$3.5 bilion (RM14.12 bilion) duit rakyat Malaysia telah 'dicuri'
Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Jabatan Keadilan AS (DOJ), dan Perkhidmatan Hasil Dalaman (agensi hasil cukai AS) telah mengetuai siasatan yang sangat teliti selama setahun.

Mereka membuat kesimpulan bahawa rakyat Malaysia telah dirompak. Wang rakyat dialihkan – dicuri – daripada dana kerajaan 1MDB melalui penipuan dan pengubahan wang haram.

2. Tiga lagi pegawai 1MDB didapati terlibat

Sementara nama mereka tidak disebut, jawatan mereka (CEO, dan lain-lain) dan terma-terma perkhidmatan disenaraikan.

Dalam sidang media Lynch, beliau menggunakan istilah “dicuri” berkali-kali.

Lynch juga menyebut “pegawai-pegawai Malaysia yang korup dan sekutu-sekutu mereka” terlibat dalam pengubahan wang haram, sebuah jenayah antarabangsa.

3. Nama Riza Aziz disebut berkali-kali sebagai salah seorang dalang di sebalik 'kecurian'
Riza Aziz.
Laporan itu menyebut Riza Aziz merupakan salah seorang yang terlibat dalam pengalihan wang daripada 1MDB.

Wang yang diperoleh digunakan untuk tujuan peribadi seperti membeli hartanah di New York, London, dan Beverly Hills - di mana ketiga-tiganya didiami oleh Riza Aziz - serta menghasilkan filem blokbuster Hollywood.

Sedia maklum bahawa Riza Aziz adalah anak tiri Najib.

4. Riza Aziz mempunyai hubungan kekeluargaan dengan ‘Malaysian Official 1’, yang juga dikaitkan dalam skandal ini.

'Malaysian Official 1' bagaimanapun tidak dinamakan. Menurut laporan, individu ini memainkan peranan penting dalam mengarahkan aktiviti 1MDB. Jabatan Keadilan juga merujuk kepada 'Malaysian Official 1' sebanyak 32 kali dalam laporan.

Jadi, siapakah 'Malaysian Official 1'?

5. Sebahagian wang digunakan untuk membayar hutang judi di Las Vegas dan menganjurkan parti mewah.
Jho Low (kiri), Riza Aziz bersama barisan pelakon filem 'Wolf of Wall Street'.


Jho Low didakwa mengeluarkan AS$1.15 juta daripada akaunnya di kasino Las Vegas pada 2012 untuk berjudi bersama beberapa individu.

Mereka termasuk Riza Aziz, Christopher 'Joey' McFarland; seorang pelakon utama filem 'The Wolf of Wall Street', dan bekas ketua pegawai pelaburan 1MDB.

Selain itu, wang turut dibelanjakan bagi membeli pegangan dalam EMI Music Publishing, membayar AS$35 juta jet pesawat Bombardier dan membeli lukisan Claude Monet.

6. Wang derma yang didakwa diterima dari putera Arab Saudi sebelum ini sebenarnya merupakan dana 1MDB

Mereka mendakwa 'Malaysian Official 1' menerima ratusan juta dolar daripada 1MDB yang disalurkan ke dalam akaun peribadinya.

Aliran wang tersebut dikatakan mempunyai banyak "cut-outs", salah satunya melalui putera Arab Saudi, yang kemudiannya dihantar kepada Najib.

Pembongkaran ini sedikit sebanyak menjelaskan dakwaan kerajaan Malaysia sebelum ini bahawa wang itu merupakan derma dari seorang putera Arab Saudi.

Tetapi menurut Jabatan Keadilan AS, wang itu sebenarnya berpunca daripada 1MDB.

7. Terdapat tiga fasa pemindahan wang: a. Good Star (AS$1 bilion) b. Aabar BVI (AS$1.367 bilion) c. Tanore (AS$1.26 bilion)

Good Star (AS$1 bilion)
Antara 2009 dan 2011, di bawah alasan pelaburan usaha sama antara 1MDB dan PetroSaudi International, pegawai-pegawai 1MDB menguruskan pemindahan lebih AS$1 bilion daripada 1MDB ke akaun bank Switzerland yang dipegang atas nama Good Star Limited.

Salah satu cara pegawai 1MDB melencongkan dana ini adalah dengan memberikan maklumat palsu kepada bank mengenai pemilikan Good Star.

Akaun Good Star itu sebenarnya dimiliki oleh Jho Low.

Aabar BVI (AS$1.367 bilion)
1MDB memperoleh dana melalui dua tawaran bon berasingan yang ditanggung oleh Goldman Sachs International pada 2012.

Sebaik sahaja 1MDB menerima hasil pengeluaran kedua-dua bon, pegawai-pegawai 1MDB memindahkan kira-kira AS$ 1,367 bilion ke akaun bank Switzerland milik entiti British Virgin Islands yang dipanggil Aabar Investments PJS Limited (Aabar BVI).

Aabar BVI telah dicipta dan dinamakan untuk memberi gambaran bahawa ia dikaitkan dengan Aabar Investments PJS (Aabar), anak syarikat IPIC, walaupun pada hakikatnya tiada hubungan antara Aabar BVI dengan Aabar atau IPIC.

Dana yang dialihkan itu juga dipindahkan ke tempat-tempat lain, antaranya akaun bank Singapura dikawal oleh Eric Tan yang merupakan sekutu Jho Low.

Tanore (AS$1.26 bilion)

Pada tahun 2013, pegawai-pegawai 1MDB telah melencongkan lebih AS$1.26 bilion yang diperoleh 1MDB melalui penawaran bon ketiga dari Goldman Sachs.

Hasil bon ini sepatutnya membiayai usaha sama antara 1MDB dengan syarikat pelaburan Abu Dhabi Malaysia (Admic).

Bagaimanapun, sehari selepas jualan bon, sebahagian besar daripada hasil itu sebaliknya dialihkan ke akaun bank Singapura yang dimiliki Tanore Finance Corporation, di mana Eric Tan adalah pemilik benefisial yang direkodkan.
8. Ini baru permulaan

Kerajaan AS akan meneruskan siasatan jenayah 1MDB. Individu-individu penting, bermula dengan Riza Aziz dan Jho Low akan diberi lebih perhatian. Buat masa ini, 'Malaysian Official 1' dilihat sebagai dalang utama dalam konspirasi ini.
9. Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali menegaskan tiada bukti menunjukkan wang daripada 1MDB digelapkan

"Setakat ini, tiada sebarang dakwaan jenayah dibuat terhadap mana-mana individu atas kesalahan menyalahgunakan dana 1MDB.
Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali.
"Pihak Pejabat Peguam Negara mengalu-alukan permohonan itu kerana ia sejajar dengan komitmen dalam kerjasama serta kolaborasi antarabangsa untuk memerangi rasuah serta kegiatan pengubahan wang haram.

"Hingga hari ini, pihak polis masih menjalankan siasatan terhadap 1MDB. Oleh itu, sebarang kenyataan serta maklumat berhubung perkara berkenaan adalah tidak wajar kerana akan menjejaskan siasatan," kata Apandi.

10. "Tak wajar buat apa-apa kesimpulan sehingga proses itu selesai," kata Najib
Rujukan: Says.com & Malaysiakini

'Kereta Perisai' Zawara Coffee Ditahan

By Hafiz.H → Wednesday, July 20, 2016
PUTRAJAYA: Polis menahan dua lelaki selepas didapati memandu sebuah kenderaan perisai mirip milik Angkatan Tentera Malaysia, berserta dua pelancar roket tiruan di atas kenderaan itu di Jalan Semarak Api di Cyberjaya dekat sini, semalam. 


Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, berkata dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, polis yang membuat rondaan di kawasan itu menahan kenderaan berkenaan selepas mendapat aduan orang awam bagi tujuan pemeriksaan.

Katanya, polis kemudian menahan dua lelaki masing-masing berusia 28 dan 24 tahun, sebelum membawa mereka ke Balai Polis Cyberjaya untuk tindakan lanjut.
"Hasil siasatan mendapati dua lelaki berkenaan menjual kopi dan kenderaan itu diubah suai sebagai 'food truck' bagi menjual minuman itu.

"Kenderaan itu bukanlah kenderaan tentera sebenar dan pelancar roket itu juga adalah palsu," katanya ketika dihubungi, pagi ini.

Abdul Aziz berkata, dua lelaki itu dibebaskan dengan ikat jamin semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana mengubah suai kenderaan.

Rujukan: BeritaHarian

Isu Saman Kerana Tampal 'Sticker' Pada Cermin Kereta, Ini Jawapan PDRM

By Hafiz.H →
Viral baru-baru ini di media sosial apabila gambar surat saman seorang pemilik kereta yang didakwa telah melakukan kesalahan menampal sticker pada cermin kenderaannya tersebar.
Surat saman yang dikeluarkan pada 17 Julai 2016 di Jasin, Melaka itu menyatakan bahawa pemilik kereta berkenaan telah melakukan kesalahan menampal sesuatu di cermin keretanya.

Berdasarkan gambar, sticker yang dimaksudkan itu adalah sticker larangan merokok, makan dan sebagainya yang menjadi trend pemilik kereta masa kini.

Hal ini telah mengakibatkan orang ramai menjadi marah dan mempersoalkan di bawah akta dan seksyen mana yang menyebabkan pemilik kenderaan tersebut perlu disaman.


Bagaimanapun, menurut laporan Harian Metro, saman itu dikeluarkan bukanlah disebabkan sticker seperti yang diperkatakan tetapi disebabkan oleh plastik warna hitam yang ditampal pada cermin kereta yang menjadikan cermin tersebut gelap.

"Sticker (pelekat) yang dimaksudkan dalam saman itu adalah yang menjadikan cermin kereta gelap. Dia tampal plastik warna hitam. Bukannya pelekat seperti yang diviralkan itu," tegas Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Negeri Melaka, Deputi Superintendan Mohd Sham Abdullah.
Tambahnya lagi, pemilik kenderaan tersebut juga jelas dengan surat saman tersebut tetapi perkara tersebut telah diviralkan oleh rakannya yang tidak tahu cerita sebenar.

"Kita kalau pasal 'sticker' (pelekat) langsung tidak pernah saman, pakailah pelekat kelab kereta ke, kelab golf ke, tak pernah saman. Yang kita saman tampal plastik yang jadikan cermin gelap," katanya ketika dihubungi.

Oleh itu, pihaknya meminta agar anggota yang terbabit dengan isu ini supaya membuat laporan polis dan menasihatkan orang ramai supaya jangan viralkan perkara tanpa mengetahui fakta sebenar. Dapatkan pengesahan daripada pihak polis adalah lebih baik.

Rujukan: SaysSeismik

SPRM Pulau Pinang Tahan Pegawai Kanan ICU JPM

By Hafiz.H → Monday, July 18, 2016
ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Pulau Pinang hari ini menahan seorang pegawai kanan Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Pulau Pinang bagi siasatan kes salah guna kuasa.

Sumber berkata pegawai kanan itu ditahan di pejabatnya kira-kira pukul 12 tengah hari sebelum dibawa ke pejabat SPRM Pulau Pinang, di sini untuk diambil keterangan.
Pihak SPRM telah menjalankan siasatan berhubung kes itu sejak tahun lepas sebelum menahan pegawai kanan berkenaan hari ini.


Lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa membabitkan satu projek membekalkan pakaian seragam bernilai kira-kira RM25,000 pada tahun 2013 ketika pegawai kanan berkenaan bertugas di sebuah lagi jabatan kerajaan, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pihak SPRM telah menjalankan siasatan berhubung kes itu sejak tahun lepas sebelum menahan pegawai kanan berkenaan hari ini.

Sumber itu berkata kes pegawai kanan berkenaan disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang Datuk M.Samarajoo ketika dihubungi Bernama mengesahkan tangkapan pegawai kanan itu.

Rujukan: AstroAwani

Jangan Marah Anak Bila Mereka Sepahkan Barang Mainan

By Hafiz.H →
Lazimnya, si kecil lebih suka menyepahkan barang mainan mereka. Lagi nampak bersepah, lagi mereka gembira. Kenapa begitu? Ibu bapa tak ajar anak mereka berkemas ke? Jom kita tengok sikit dalam perbincangan perkembangan awal kanak-kanak. 

Sebenarnya sejak usia bayi lagi, anak kecil akan berfikir bahawa jika benda itu ada di depan mata, maka ia wujud. Jika tidak, ia tidak wujud. Sebab itu bila kita sorok atau ambil barang mainan mereka, mereka akan cepat bertindak balas sama ada melalui tangisan atau sebagainya.


Sama juga dengan keberadaan kita. Bila kita ada di depan mata, mereka okay. Tetapi bila kita 'hilang' seketika untuk ke dapur atau ke tandas, maka gegak gempitalah suasana rumah kita dengan tangisan mereka.

Siapa yang jaga baby, mereka akan tahu betapa peritnya kehilangan nikmat boleh masuk tandas seorang-seorang. Mereka bukan buat-buat atau mengada-ngada, tetapi ia adalah reaksi yang original. Pada fikiran mereka, kita memang telah tiada!

Fenomena ini dipanggil sebagai Object Permanence. Ia akan berterusan sehingga menginjak ke fasa pertama tahap Pra-operasi Kognitif (sekitar 2 ke 3 tahun). Buat dan cakaplah bagaimana sekali pun, mereka akan tetap menganggap kita tiada bila kita tidak dapat dilihat.

Berbalik kepada rumah bersepah tadi. Bagi anak-anak ini, permainan mereka 'ada' bila ia dapat dilihat. Lagi banyak dapat dilihat, maka lagi banyaklah permainan yang mereka ada (kata fikiran mereka).

Jadi, ibu bapa, fahamilah corak pemikiran mereka. Jangan kita jadikan alasan nak mengajar anak pandai mengemas untuk memenangkan keputusan kita. Ya, ia memang perlu diajar, tetapi kena tepat pada masanya. Jangan awal sangat, berikan ruang kepada mereka untuk menikmati usia kanak-kanak mereka dengan kepuasan mereka.

Solusinya? Terpulang, kalau saya, saya akan sediakan satu bilik khas untuk anak saya. Dia nak sepahkan ke, kemas ke, campak ke, saya nak tengok mereka menikmati zaman toddler mereka. Sampai masa nanti saya akan ajar.

Artikel diatas telah ditulis oleh seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Nur Firdaus I-Trec.

Perkongsian yang dimuatnaik pada 15 Julai ini telah dikongsi ribuan netizen dengan jumlah Shares mencecah 8601 setakat ini.

Semoga perkongsian beliau menjadi panduan dan manfaat khusunya kepada ibu bapa.

Kredit: Pixelmedia

Apakah Hukum Pakai Telekung Berwarna Warni Ketika Solat?

By Hafiz.H →
Zaman sekarang kan dah semakin maju. Tidak kira pakaian, makanan , dan sebagainya, rata-rata sudah banyak hilang ciri-ciri keasliannya.
Walaupun zaman semakin moden, kita sebagai pengguna haruslah mengambil tahu apa yang patut dan tidak patut diguna pakai,

Jangan sekadar terpengaruh semata-mata, nak ikut trend tak salah, tapi kena bijak. Kalau bercakap dari segi agama, telekung solat pun dah bermacam-macam warna dah dikeluarkan.

Ada warna hitam, hijau dan sebagainya. Sah ke tak solat jika kaum wanita guna telekung warna lain selain putih?

Nak tahu, jom kita dengar penjelasan daripada Ustaz Azhar Idrus dalam video ini.




Kredit: SinarFM

Misteri Pekerja R&R Pergi Balik Kerja Kini Terbongkar

By Hafiz.H →
Persoalan tentang bagaimana pekerja R&R pergi dan pulang bekerja menjadi trending akhir - akhir ni di laman sosial. Seperti yang kita lebuhraya kebiasaanya hanya mempunyai satu hala dan jika kita terlepas simpang itu bermakna kita perlu membuat pusingan U-Turn di perhentian yang seterusnya.
Disebabkan perkara ini ramai yang tertanya - tanya bagaimana pekerja R&R pulang dan pergi. Adakah mereka travel ke daerah lain setiap hari semata - mata untuk pergi dan balik kerja?


Beberapa kajian dan temubual dengan telah dibuat untuk merungkai misteri ini dan ini lah jawapan mereka.

1. Melawan arus sehingga ke plaza tol dengan menaiki motor.
Masuk plaza tol untuk pergi dan pulang bekerja tetapi terpaksa menunggang motor berlawanan arus sehingga ke plaza tol. Tetapi teknik kebiasaanya hanya dilakukan oleh mereka yang duduk berdekatan dengan plaza tol.

Tetapi jika jauh ini pula jawapanya..
2. Laluan rahsia @ jalan belakang

Setiap R&R mempunyai jalan belakang yang menghubungkan R&R dan jalan kampung bagi memudahkan pekerjanya datang dan pulang bekerja. Tetapi keadaan jalan mungkin berbeza - beza mengikut tempat.
Rujukan: SaysSeismik
Kredit: Sinar

Benarkah Makan Lewat Malam Membuatkan Anda Gemuk?

By Hafiz.H → Friday, July 15, 2016
Ramai antara kita yang sudah mendengar, makan lewat malam, badan akan menjadi gemuk.

Mitos ini sebenarnya sudah lama wujud, malahan ada yang berani bersumpah mengatakan bahawa makan pada lewat malamlah penyebab utama berat badan mereka naik.
Berdasarkan satu keputusan penyelidikan di Barat, mereka mendapati bahawa tubuh badan tidak memproses makanan secara berbeza pada waktu yang berlainan, dan ini menjadikan ungkapan tadi adalah mitos yang ternyata palsu.

Penyelidik mengatakan bahawa jumlah kalori dan juga kekerapan senamanlah yang mempengaruhi kesan keatas berat badan anda.

Walau bagaimanapun, ramai orang cenderung untuk makan terlalu banyak dan memilih makanan berkalori tinggi seperti makanan ringan pada waktu malam, yang mana kedua-duanya menyebabkan pertambahan berat badan.

Berdasarkan satu kajian oleh saintis di Oregon Health and Science University yang mengkaji tabiat pemakanan dan corak kenaikan berat badan bagi monyet rhesus (yang mana dianggap amat sesuai untuk menjadi contoh yang berguna dalam mengkaji obesiti manusia), mereka mendapati bahawa monyet yang  makan kebanyakan makanan mereka pada waktu malam tidak menghadapi risiko lebih tinggi untuk penambahan berat badan jika dibandingkan dengan monyet yang makan pada waktu siang.

Keterangan ini membuktikan kenyataan para pakar kesihatan dan organisasi, termasuklah National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases (NIDDK), iaitu jumlah pengambilan kalorilah yang mempengaruhi peningkatan atau penurunan berat badan anda, dan bukan waktu makan anda.


Punca Utama

Adalah dikenalpasti bahawa corak pemakanan mereka yag suka makan lewat malam inilah yang membawa kepada pengambilan kalori tambahan dan juga kenaikan berat badan.

Ada antara mereka yang makan meskipun tidak benar-benar lapar, namun kerana tabiat dan juga merasa bosan, letih dan tertekan, mereka memilih untuk makan.

Tambahan pula, snek lewat malam mereka kebiasaannya tidak sihat dari segi kesihatan seperti biskut, cip cokelat, pizza, ais krim dan sebagainya yang amat menggalakkan kenaikan berat badan dengan pantas.

Selain itu, ada antara mereka yang makan lewat malam ini adalah mereka yang sangat lapar kerana jarak waktu makan tengahari yang begitu jauh apabila dibandingkan dengan waktu malam.

Oleh itu, secara semulajadi, mereka akan memilih hidangan bersaiz besar.

Akhir sekali, makanan berkalori tinggi seperti makanan segera adalah lebih menarik berbanding menyediakan makanan seimbang yang jauh lebih sihat ketika anda sedang penat dan sekadar ingin berehat di hadapan televisyen.

Cadangan Untuk Mengatasi Masalah Ini

Pelbagai teknik telah dicadangkan untuk mengehadkan jumlah pengambilan kalori setiap hari.

Memulakan hari dengan sarapan pagi akan melonjakkan metabolisme anda dan juga membantu anda membuat pilihan makanan yang lebih baik sepanjang hari kerana anda tidak akan menjadi lapar.

Oleh kerana kebanyakan makanan berkalori tinggi  biasanya dimakan pada waktu lewat malam walhal anda tidak benar-benar memerlukannya, digalakkan untuk makan makanan berprotein tinggi dan serat ketika makan malam agar anda merasa kenyang sepanjang malam.

Jadi ini dapat mengelakkan anda makan terlalu banyak makanan berkalori tinggi ketika lewat malam.

Selain itu, digalakkan untuk makan hanya di meja makan atau meja dapur anda sahaja.

Tabiat makan ketika anda sedang sibuk dihadapan komputer atau televisyen hanya akan menyebabkan anda tidak peka dengan jumlah kalori yang dimakan.

Pada masa sama, sebelum anda memilih untuk makan sebelum tidur, fikirkan samada ianya benar-benar perlu untuk anda lakukan.

Kesimpulan

Makan lewat malam sebagai punca kenaikan berat badan hanya benar apabila anda makan banyak makanan berkalori tinggi dan kurang beraktiviti secara fizikal di siang hari, dan ini tidak ada kaitan dengan waktu bila anda makan.

Walau bagaimanapun, mereka yang makan pada lewat malam cenderung untuk memilih makanan berkalori tinggi meskipun mereka tidak benar-benar memerlukannya.

Jika anda salah seorang daripada orang-orang ini, elakkan makan selepas makan malam bagi mencegah pertambahan berat badan.

Namun, jika anda terlepas makan malam, tidak ada sebab untuk anda tidak makan makanan berkhasiat pada lewat malam!

Rujukan: Saudari.com

Asal Usul Kampung Imam Lapar Di Hulu Terengganu

By Hafiz.H → Wednesday, July 13, 2016
Benarkah ada peristiwa berlakunya kejadian imam yang lapar di Terengganu sehingga memungkinkan satu tempat diperuntukkan dengan kejadian berkenaan?
Apa yang pasti, nama Kampung (Kg) Imam Lapar di Mukim Telemong, Kuala Berang, memang wujud dan menjadi tanda tanya terutama bagi orang luar dari kampung itu dan luar Terengganu kerana nama kampung itu seperti benar-benar menggambarkan sejarah kampung itu mempunyai imam yang hidupnya sentiasa dalam kelaparan.

Kampung Imam Lapar terletak kira-kira 23 kilometer dari Kuala Terengganu dan kira-kira 22 kilometer dari Kuala Berang. Lokasinya juga tidak sukar untuk dicari kerana terletak di tepi jalan utama antara Kampung Besah dan Kampung Kuala Telemong.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung itu, Samad Rani, berkata ia bermula dengan kisah dua pedagang, mereka menaiki perahu dari muka Kuala Sungai Telemong menyusuri sungai itu untuk mudik ke hulu dengan membawa barangan seperti beras dan ikan masin untuk dijual kepada penduduk kampung di sepanjang tebing sungai itu.

Katanya, setibanya di kampung itu yang ketika itu tiada nama, mereka berdua singgah di Pengkalan Rengas Sembilan dan menaiki tebing untuk mencari makanan kerana lapar.


“Pedagang itu ke surau yang terletak di tepi tebing pengkalan berkenaan untuk mencari rumah bagi mendapatkan makanan dan api, tetapi mendapati imam sedang khusyuk menghafaz al-Quran.

“Mereka dikatakan sempat menyatakan kepada imam bahawa mereka lapar sebelum beredar kembali menaiki perahu menyusuri sungai itu. Mungkin imam tidak sedar ada orang datang dan memberitahu imam, dia lapar kerana khusyuk membaca al-Quran ketika itu,” katanya.

Menurutnya, bagaimanapun, akibat terlalu lapar, dua pedagang itu dikatakan singgah pula di satu lagi jeti dan ke surau yang terbukti surau sama. Imam itu masih lagi menghafaz al-Quran, lalu mereka terus beredar.

“Kemungkinan peristiwa itu diceritakan oleh pedagang itu kepada orang lain bahawa dia memberitahu imam, lapar tetapi imam itu terus ‘laper’ (menghafaz) al-Quran.

“Jadi, dari situlah kemungkinan itulah asal usulnya nama Kampung Imam Lapar ini. Yang pasti bukan imam itu yang lapar, tetapi pedagang itu yang lapar. Sukar dipastikan sejauh mana benarnya cerita itu saya dengar cerita ini daripada arwah bapa,” katanya yang mendakwa kisah itu berlaku lebih 100 tahun lalu.

Rujukan: Teganukita