Tags:

Akta Baru Majlis Keselamatan Negara Dijangka Memperkuatkan Kuasa Najib

By Hafiz.H Wednesday, July 27, 2016
KUALA LUMPUR: Kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan bertambah kuat mulai Isnin ini dengan kuasa baharu di bawah Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN), di sebalik rancangan mengadakan perhimpunan menuntut beliau meletak jawatan susulan dakwaan berjuta ringgit daripada syarikat milik kerajaan disalurkan ke dalam akaun peribadinya.

Akta MKN yang berkuat kuasa pada 1 Ogos membolehkan Najib menetapkan sesuatu kawasan sebagai “kawasan keselamatan” di mana beliau boleh membenarkan pasukan keselamatan memeriksa mana-mana individu, kenderaan atau bangunan tanpa memerlukan waran.

Ia juga membenarkan penyiasat mengabaikan sebarang penyiasatan formal berhubung pembunuhan dilakukan polis atau tentera di dalam sesuatu “kawasan keselamatan”.
Ini kerana Akta Majlis Keselamatan Negara yang memberikan kuasa meluas mengisytiharkan sesuatu kawasan sebagai zon darurat akan berkuat kuasa 1 Ogos ini.


Parti pemerintah menyokong undang-undang itu sebagai cara menangani soal keselamatan di negara majoriti Islam itu, yang sudah lama berdepan dengan sekumpulan kecil Islamis radikal.
Tetapi pengkritik berkata undang-undang yang memberikan kuasa meluas itu mengancam hak asasi dan demokrasi, malah ia kini boleh menjadi alat mendiamkan pengkritik susulan skandal 1MDB.

“Kebimbangan di kalangan badan sivil dan lain-lain ialah MKN boleh digunakan bagi menentang apa-apa sahaja yang kerajaan tidak puas hati,” kata Wan Saiful Wan Jan, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), dan menambah kuasa itu boleh digunakan ketika perhimpunan jalanan.

“Ia memang memberikan kuasa penuh kepada PM mengisytiharkan zon darurat…,” katanya.
Akta itu diluluskan pada sesi Parlimen Disember lalu di kala Najib dibidas pembangkang berhubung skandal berbilion ringgit melibatkan 1MDB, syarikat yang diilhamkan beliau sendiri.
Akta itu bagaimanapun diluluskan tanpa mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong, walaupun istana pernah mencadangkan beberapa perubahan.

Tekanan ke atas Najib meningkat minggu lepas selepas Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memfailkan saman yang mendakwa salah laku bernilai AS$$3.5 bilion melibatkan 1MDB.
Saman itu bertujuan menyita aset yang didakwa dilesapkan daripada 1MDB sebanyak AS$1 bilion dan dianggap penyiasat AS sebahagian “konspirasi antarabangsa mengubah wang”.
Saman itu tidak menamakan Najib, tetapi sekadar memberi jolokan “Malaysian Official 1″ yang dituduh menerima AS$700 juta daripada wang yang dilesapkan.

Najib yang menafikan terlibat berkata Malaysia akan bekerjasama dengan mana-mana siasatan antarabangsa ke atas 1MDB.
Pilihan raya umum (PRU) pada 2013 menyaksikan parti pemerintah hilang undi popular, dan PRU akan datang perlu diadakan menjelang 2018.

MKN mula berkuat kuasa ketika dakwaan kerajaan cuba menghalang kebebasan bersuara.
Sejak kebelakangan ini, pentadbiran Najib menggunakan Akta Hasutan dan undang-undang lain bagi menangkap pengkritik, memenjara pemimpin pembangkang dan menyekat kebebasan media dengan menggantung permit akhbar dan menyekat internet.

“Kemungkinan MKN digunakan untuk bertindak terhadap pergerakan masyarakat sivil akan bertambah di kala ruang untuk PM dirasakan lebih sempit,” kata Pengarah Eksekutif Suaram, Sevan Doraisamy.

Pakatan pembangkang Malaysia merancang menganjurkan perhimpunan anti-Najib pada 30 Julai. Bersih 2.0, yang menganjurkan protes disertai 200,000 orang tahun lalu, turut merancang perhimpunan pada tarikh yang belum ditetapkan.

Sementara perhimpunan dibenarkan di bawah Akta Perhimpinan Aman, MKN masih boleh mengisyhtiharkan sesuatu kawasan – bangunan, jalan raya atau bandar – sebagai “kawasan keselamatan” yang mengharamkan sebarang protes.

Isnin lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran polis tidak akan membenarkan perhimpunan yang mendesak Najib dijatuhkan.
Sekumpulan dikenali “Baju Merah” daripada Umno berazam mahu mengadakan protes sebagai tindak balas terhadap perhimpunan anti-Najib.

Kumpulan itu berhimpun pada September lepas, dalam insiden yang bertukar ganas selepas peserta merobohkan halangan pihak berkuasa dan bertempur dengan polis.

“Saya rasa mereka (kerajaan) amat resah mengenai 1MDB dan reaksi orang ramai,” kata aktivis Datuk Ambiga Sreenevasan, yang menambah rakyat juga resah dengan Akta MKN.

Rujukan: Freemalaysiatoday

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Akta Baru Majlis Keselamatan Negara Dijangka Memperkuatkan Kuasa Najib "