Tags:

Bawa Pulang Mayat Anak Dengan Motor Kerana Kereta Jenazah Mahal

By Hafiz.H Wednesday, July 13, 2016
Sepasang suami isteri di Bali, Indonesia terpaksa membawa pulang mayat batu mereka dengan hanya menggunakan motosikal disebabkan terlalu miskin dan tidak mampu membayar kos pengangkutan ambulans hospital. 


Mayat bayi terbabit digendong di riba ibunya sepanjang perjalanan ke rumah mereka di Banjar Yeh Kori, Karengasem yang mengambil masa lebih kurang 3 jam. - Laman portal berita JPNN.com

Pasangan terbabit perlu membayar Rp1 juta (Rm304.39) sekiranya mahu menggunakan kereta jenazah untuk membawa mayat anak mereka pulang.

Bayi pasangan petani dari Karangasem, Wayan Sujana, 45, dan Wayan Sari, 40, meninggal dunia setelah menjalani pembedahan di hospital di Denpasar.


Bayi lelaki tersebut, yang merupakan anak ketiga mereka, meninggal dunia akibat sesak nafas setelah dirawat di hospital selama 45 hari.

Rujukan: SinarHarian

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Bawa Pulang Mayat Anak Dengan Motor Kerana Kereta Jenazah Mahal "