Benarkah Makan Lewat Malam Membuatkan Anda Gemuk?

By Hafiz.H Friday, July 15, 2016
Ramai antara kita yang sudah mendengar, makan lewat malam, badan akan menjadi gemuk.

Mitos ini sebenarnya sudah lama wujud, malahan ada yang berani bersumpah mengatakan bahawa makan pada lewat malamlah penyebab utama berat badan mereka naik.
Berdasarkan satu keputusan penyelidikan di Barat, mereka mendapati bahawa tubuh badan tidak memproses makanan secara berbeza pada waktu yang berlainan, dan ini menjadikan ungkapan tadi adalah mitos yang ternyata palsu.

Penyelidik mengatakan bahawa jumlah kalori dan juga kekerapan senamanlah yang mempengaruhi kesan keatas berat badan anda.

Walau bagaimanapun, ramai orang cenderung untuk makan terlalu banyak dan memilih makanan berkalori tinggi seperti makanan ringan pada waktu malam, yang mana kedua-duanya menyebabkan pertambahan berat badan.

Berdasarkan satu kajian oleh saintis di Oregon Health and Science University yang mengkaji tabiat pemakanan dan corak kenaikan berat badan bagi monyet rhesus (yang mana dianggap amat sesuai untuk menjadi contoh yang berguna dalam mengkaji obesiti manusia), mereka mendapati bahawa monyet yang  makan kebanyakan makanan mereka pada waktu malam tidak menghadapi risiko lebih tinggi untuk penambahan berat badan jika dibandingkan dengan monyet yang makan pada waktu siang.

Keterangan ini membuktikan kenyataan para pakar kesihatan dan organisasi, termasuklah National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases (NIDDK), iaitu jumlah pengambilan kalorilah yang mempengaruhi peningkatan atau penurunan berat badan anda, dan bukan waktu makan anda.


Punca Utama

Adalah dikenalpasti bahawa corak pemakanan mereka yag suka makan lewat malam inilah yang membawa kepada pengambilan kalori tambahan dan juga kenaikan berat badan.

Ada antara mereka yang makan meskipun tidak benar-benar lapar, namun kerana tabiat dan juga merasa bosan, letih dan tertekan, mereka memilih untuk makan.

Tambahan pula, snek lewat malam mereka kebiasaannya tidak sihat dari segi kesihatan seperti biskut, cip cokelat, pizza, ais krim dan sebagainya yang amat menggalakkan kenaikan berat badan dengan pantas.

Selain itu, ada antara mereka yang makan lewat malam ini adalah mereka yang sangat lapar kerana jarak waktu makan tengahari yang begitu jauh apabila dibandingkan dengan waktu malam.

Oleh itu, secara semulajadi, mereka akan memilih hidangan bersaiz besar.

Akhir sekali, makanan berkalori tinggi seperti makanan segera adalah lebih menarik berbanding menyediakan makanan seimbang yang jauh lebih sihat ketika anda sedang penat dan sekadar ingin berehat di hadapan televisyen.

Cadangan Untuk Mengatasi Masalah Ini

Pelbagai teknik telah dicadangkan untuk mengehadkan jumlah pengambilan kalori setiap hari.

Memulakan hari dengan sarapan pagi akan melonjakkan metabolisme anda dan juga membantu anda membuat pilihan makanan yang lebih baik sepanjang hari kerana anda tidak akan menjadi lapar.

Oleh kerana kebanyakan makanan berkalori tinggi  biasanya dimakan pada waktu lewat malam walhal anda tidak benar-benar memerlukannya, digalakkan untuk makan makanan berprotein tinggi dan serat ketika makan malam agar anda merasa kenyang sepanjang malam.

Jadi ini dapat mengelakkan anda makan terlalu banyak makanan berkalori tinggi ketika lewat malam.

Selain itu, digalakkan untuk makan hanya di meja makan atau meja dapur anda sahaja.

Tabiat makan ketika anda sedang sibuk dihadapan komputer atau televisyen hanya akan menyebabkan anda tidak peka dengan jumlah kalori yang dimakan.

Pada masa sama, sebelum anda memilih untuk makan sebelum tidur, fikirkan samada ianya benar-benar perlu untuk anda lakukan.

Kesimpulan

Makan lewat malam sebagai punca kenaikan berat badan hanya benar apabila anda makan banyak makanan berkalori tinggi dan kurang beraktiviti secara fizikal di siang hari, dan ini tidak ada kaitan dengan waktu bila anda makan.

Walau bagaimanapun, mereka yang makan pada lewat malam cenderung untuk memilih makanan berkalori tinggi meskipun mereka tidak benar-benar memerlukannya.

Jika anda salah seorang daripada orang-orang ini, elakkan makan selepas makan malam bagi mencegah pertambahan berat badan.

Namun, jika anda terlepas makan malam, tidak ada sebab untuk anda tidak makan makanan berkhasiat pada lewat malam!

Rujukan: Saudari.com

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Benarkah Makan Lewat Malam Membuatkan Anda Gemuk? "