Tags:

Cikgu-cikgu Gempar Ular Sawa Berlingkar Depan Bilik Guru

By Hafiz.H Friday, July 1, 2016
SHAH ALAM - Guru-guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam digemparkan dengan kehadiran seekor ular sawa yang ditemui berlingkar di hadapan bilik guru sesi pagi sekolah tersebut.
Guru-guru SMK Seksyen 9 Shah Alam mengambil peluang bergambar bersama ular sawa yang ditemui berlingkar di perkarangan sekolah itu.


Reptilia sepanjang empat meter itu bagaimanapun berjaya ditangkap oleh seorang kontraktor kebersihan sekolah tersebut yang dikenali sebagai Nihar.

Ular sawa yang tidak diketahui dari mana datangnya itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Bomba Bukit Jelutong untuk tindakan selanjutanya.

Kehadiran ular sawa yang mengejutkan warga SMK Seksyen 9 itu dikongsi di laman facebook sekolah berkenaan.

Rujukan: Malaysiagazette

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Cikgu-cikgu Gempar Ular Sawa Berlingkar Depan Bilik Guru "