Tags:

'Kereta Perisai' Zawara Coffee Ditahan

By Hafiz.H Wednesday, July 20, 2016
PUTRAJAYA: Polis menahan dua lelaki selepas didapati memandu sebuah kenderaan perisai mirip milik Angkatan Tentera Malaysia, berserta dua pelancar roket tiruan di atas kenderaan itu di Jalan Semarak Api di Cyberjaya dekat sini, semalam. 


Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, berkata dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, polis yang membuat rondaan di kawasan itu menahan kenderaan berkenaan selepas mendapat aduan orang awam bagi tujuan pemeriksaan.

Katanya, polis kemudian menahan dua lelaki masing-masing berusia 28 dan 24 tahun, sebelum membawa mereka ke Balai Polis Cyberjaya untuk tindakan lanjut.
"Hasil siasatan mendapati dua lelaki berkenaan menjual kopi dan kenderaan itu diubah suai sebagai 'food truck' bagi menjual minuman itu.

"Kenderaan itu bukanlah kenderaan tentera sebenar dan pelancar roket itu juga adalah palsu," katanya ketika dihubungi, pagi ini.

Abdul Aziz berkata, dua lelaki itu dibebaskan dengan ikat jamin semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana mengubah suai kenderaan.

Rujukan: BeritaHarian

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

1 comment to '''Kereta Perisai' Zawara Coffee Ditahan"

ADD COMMENT
  1. Kereta Perisai? No lah..ni bukan kenderaan perisai.. Ni adalah Kenderaan utiliti tentera. Ada 2 version.. 4WD dan 6WD keluaran Austria. Nama kenderaan ni adalah PINZGAUER. Tentera Malaysia dh x guna kenderaan ni..

    ReplyDelete