Tags:

Skandal 1MDB, Riza Aziz Dan 'Malaysian Official 1' Dalam 10 Point Paling Penting

By Hafiz.H Friday, July 22, 2016
1. Sebanyak AS$3.5 bilion (RM14.12 bilion) duit rakyat Malaysia telah 'dicuri'
Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Jabatan Keadilan AS (DOJ), dan Perkhidmatan Hasil Dalaman (agensi hasil cukai AS) telah mengetuai siasatan yang sangat teliti selama setahun.

Mereka membuat kesimpulan bahawa rakyat Malaysia telah dirompak. Wang rakyat dialihkan – dicuri – daripada dana kerajaan 1MDB melalui penipuan dan pengubahan wang haram.

2. Tiga lagi pegawai 1MDB didapati terlibat

Sementara nama mereka tidak disebut, jawatan mereka (CEO, dan lain-lain) dan terma-terma perkhidmatan disenaraikan.

Dalam sidang media Lynch, beliau menggunakan istilah “dicuri” berkali-kali.

Lynch juga menyebut “pegawai-pegawai Malaysia yang korup dan sekutu-sekutu mereka” terlibat dalam pengubahan wang haram, sebuah jenayah antarabangsa.

3. Nama Riza Aziz disebut berkali-kali sebagai salah seorang dalang di sebalik 'kecurian'
Riza Aziz.
Laporan itu menyebut Riza Aziz merupakan salah seorang yang terlibat dalam pengalihan wang daripada 1MDB.

Wang yang diperoleh digunakan untuk tujuan peribadi seperti membeli hartanah di New York, London, dan Beverly Hills - di mana ketiga-tiganya didiami oleh Riza Aziz - serta menghasilkan filem blokbuster Hollywood.

Sedia maklum bahawa Riza Aziz adalah anak tiri Najib.

4. Riza Aziz mempunyai hubungan kekeluargaan dengan ‘Malaysian Official 1’, yang juga dikaitkan dalam skandal ini.

'Malaysian Official 1' bagaimanapun tidak dinamakan. Menurut laporan, individu ini memainkan peranan penting dalam mengarahkan aktiviti 1MDB. Jabatan Keadilan juga merujuk kepada 'Malaysian Official 1' sebanyak 32 kali dalam laporan.

Jadi, siapakah 'Malaysian Official 1'?

5. Sebahagian wang digunakan untuk membayar hutang judi di Las Vegas dan menganjurkan parti mewah.
Jho Low (kiri), Riza Aziz bersama barisan pelakon filem 'Wolf of Wall Street'.


Jho Low didakwa mengeluarkan AS$1.15 juta daripada akaunnya di kasino Las Vegas pada 2012 untuk berjudi bersama beberapa individu.

Mereka termasuk Riza Aziz, Christopher 'Joey' McFarland; seorang pelakon utama filem 'The Wolf of Wall Street', dan bekas ketua pegawai pelaburan 1MDB.

Selain itu, wang turut dibelanjakan bagi membeli pegangan dalam EMI Music Publishing, membayar AS$35 juta jet pesawat Bombardier dan membeli lukisan Claude Monet.

6. Wang derma yang didakwa diterima dari putera Arab Saudi sebelum ini sebenarnya merupakan dana 1MDB

Mereka mendakwa 'Malaysian Official 1' menerima ratusan juta dolar daripada 1MDB yang disalurkan ke dalam akaun peribadinya.

Aliran wang tersebut dikatakan mempunyai banyak "cut-outs", salah satunya melalui putera Arab Saudi, yang kemudiannya dihantar kepada Najib.

Pembongkaran ini sedikit sebanyak menjelaskan dakwaan kerajaan Malaysia sebelum ini bahawa wang itu merupakan derma dari seorang putera Arab Saudi.

Tetapi menurut Jabatan Keadilan AS, wang itu sebenarnya berpunca daripada 1MDB.

7. Terdapat tiga fasa pemindahan wang: a. Good Star (AS$1 bilion) b. Aabar BVI (AS$1.367 bilion) c. Tanore (AS$1.26 bilion)

Good Star (AS$1 bilion)
Antara 2009 dan 2011, di bawah alasan pelaburan usaha sama antara 1MDB dan PetroSaudi International, pegawai-pegawai 1MDB menguruskan pemindahan lebih AS$1 bilion daripada 1MDB ke akaun bank Switzerland yang dipegang atas nama Good Star Limited.

Salah satu cara pegawai 1MDB melencongkan dana ini adalah dengan memberikan maklumat palsu kepada bank mengenai pemilikan Good Star.

Akaun Good Star itu sebenarnya dimiliki oleh Jho Low.

Aabar BVI (AS$1.367 bilion)
1MDB memperoleh dana melalui dua tawaran bon berasingan yang ditanggung oleh Goldman Sachs International pada 2012.

Sebaik sahaja 1MDB menerima hasil pengeluaran kedua-dua bon, pegawai-pegawai 1MDB memindahkan kira-kira AS$ 1,367 bilion ke akaun bank Switzerland milik entiti British Virgin Islands yang dipanggil Aabar Investments PJS Limited (Aabar BVI).

Aabar BVI telah dicipta dan dinamakan untuk memberi gambaran bahawa ia dikaitkan dengan Aabar Investments PJS (Aabar), anak syarikat IPIC, walaupun pada hakikatnya tiada hubungan antara Aabar BVI dengan Aabar atau IPIC.

Dana yang dialihkan itu juga dipindahkan ke tempat-tempat lain, antaranya akaun bank Singapura dikawal oleh Eric Tan yang merupakan sekutu Jho Low.

Tanore (AS$1.26 bilion)

Pada tahun 2013, pegawai-pegawai 1MDB telah melencongkan lebih AS$1.26 bilion yang diperoleh 1MDB melalui penawaran bon ketiga dari Goldman Sachs.

Hasil bon ini sepatutnya membiayai usaha sama antara 1MDB dengan syarikat pelaburan Abu Dhabi Malaysia (Admic).

Bagaimanapun, sehari selepas jualan bon, sebahagian besar daripada hasil itu sebaliknya dialihkan ke akaun bank Singapura yang dimiliki Tanore Finance Corporation, di mana Eric Tan adalah pemilik benefisial yang direkodkan.
8. Ini baru permulaan

Kerajaan AS akan meneruskan siasatan jenayah 1MDB. Individu-individu penting, bermula dengan Riza Aziz dan Jho Low akan diberi lebih perhatian. Buat masa ini, 'Malaysian Official 1' dilihat sebagai dalang utama dalam konspirasi ini.
9. Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali menegaskan tiada bukti menunjukkan wang daripada 1MDB digelapkan

"Setakat ini, tiada sebarang dakwaan jenayah dibuat terhadap mana-mana individu atas kesalahan menyalahgunakan dana 1MDB.
Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali.
"Pihak Pejabat Peguam Negara mengalu-alukan permohonan itu kerana ia sejajar dengan komitmen dalam kerjasama serta kolaborasi antarabangsa untuk memerangi rasuah serta kegiatan pengubahan wang haram.

"Hingga hari ini, pihak polis masih menjalankan siasatan terhadap 1MDB. Oleh itu, sebarang kenyataan serta maklumat berhubung perkara berkenaan adalah tidak wajar kerana akan menjejaskan siasatan," kata Apandi.

10. "Tak wajar buat apa-apa kesimpulan sehingga proses itu selesai," kata Najib
Rujukan: Says.com & Malaysiakini

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Skandal 1MDB, Riza Aziz Dan 'Malaysian Official 1' Dalam 10 Point Paling Penting "