Browsing "Older Posts"

Wanita Pandu Kelisa Maut Dihempap Cangkuk Kren Dekat Pavilion

By Hafiz.H → Friday, August 26, 2016
Kuala Lumpur: Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandunya dihempap cangkuk kren pembinaan di Jalan Raja Chulan berhampiran pusat beli-belah Pavilion, kira-kira 7 malam, semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.21 malam.


Katanya, sebaik tiba seorang wanita didapati tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Kejadian berlaku akibat cangkuk kren pembinaan di kawasan berkenaan terjatuh dan menghempap kereta yang dipandu mangsa.

"Anggota bomba menggunakan peralatan hidraulik untuk mengeluarkan mangsa," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Rujukan: HarianMetro

Wartawan Dakwa Temui Resepi Rahsia Ayam Goreng KFC

By Hafiz.H → Thursday, August 25, 2016
CHICAGO: Apakah resipi KFC sudah bukan rahsia lagi?

Sebuah akhbar Amerika Syarikat mendakwa ia mungkin tidak sengaja menemui resipi campuran rempah ratus yang selama ini dirahsiakan restoran ayam goreng itu.
Anak saudara Sanders, Joe Ledington, 67.
Menurut Chicago Tribune, ramuan utama ayam goreng KFC ialah lada putih yang mengeluarkan aroma lebih berbanding lada biasa.

Penemuan itu berlaku ketika wartawan akhbar itu membuat liputan di Corbin, sebuah bandar di Kentucky, negeri kelahiran pengasas KFC, Harland Sanders, dan tempat di mana ayam goreng KFC pertama kali disajikan 75 tahun lalu.

Wartawan tersebut bertemu dengan anak saudara Sanders, Joe Ledington, 67, yang masih tinggal di bandar itu.


Ayam goreng yang dicuba menggunakan resepi rahsia yang didakwa terbongkar (kiri) dan ayam goreng KFC yang dibeli dari restoran francais popular itu. Ayam goreng yang dihasilkan menggunakan resipi itu dikatakan “tidak dapat dibezakan” dengan ayam goreng yang dibeli daripada KFC.
Ketika membelok-belok sebuah buku coretan milik keluarganya, Ledington membuka halaman yang tertera di atasnya resipi tulisan tangan, lapor akhbar itu.
“Ia merupakan resipi asli berupa 11 rempah ratus yang selama ini dirahsiakan,” Ledington memberitahu akhbar itu.

Bagaimanapun, beliau kemudian mendakwa tidak begitu yakin mengenai kesahihan resipi itu.

Sementara itu, syarikat KFC masih menegaskan rahsianya selamat.

“Pelbagai pihak pernah membuat dakwaan sebegini dan tidak satu pun yang tepat — begitu juga (dakwaan) ini,” katanya dalam satu kenyataan.

KFC kerap menekankan kerahsiaan resipinya, yang menurutnya dikawal rapi dalam peti keselamatan malah memerlukan kawalan senjata ketika untuk diangkut.

Bagaimanapun, pelbagai resipi yang dimuat naik dalam internet mendakwa berjaya meniru rasa ayam goreng KFC.

Dan walaupun dakwaan Chicago Tribune itu tidak benar, ia mungkin hampir.

Ini kerana akhbar itu mencuba resipi tersebut dan membandingkannya dengan Resipi Ayam Goreng Asli KFC.

Ia mendapati ayam goreng yang dihasilkan menggunakan resipi itu “tidak dapat dibezakan” dengan ayam goreng yang dibeli daripada KFC.

Bagaimanapun, ia dipersoalkan sebuah akhbar di Louisville, Kentucky, bandar yang menempatkan ibu pejabat KFC yang menyelia syarikatnya di 18,000 lokasi seluruh dunia.

“Paprika terlebih sangat,” kata seorang wartawan Courier-Journal. “Dalam isu ini, saya setuju dengan KFC.”

Rujukan; Freemalaysiatoday

Proton Wira Model Paling Banyak Dicuri Di Malaysia

By Hafiz.H →
PETALING JAYA: Proton Wira merupakan jenama kereta utama yang menjadi sasaran pencuri kenderaan di Malaysia, menurut Persatuan Insuran Am Malaysia (PIAM), lapor The Star.

Ketua Pegawai Eksekutif PIAM, Mark Lim turut memberitahu, dengan purata 60 kenderaan dilarikan setiap hari di seluruh negara, Malaysia menduduki tangga ke-6 antara negara yang paling banyak mengalami kecurian kenderaan.


Katanya, ia menyebabkan jumlah pembayaran yang besar dibuat syarikat insurans, yang menerima tuntutan RM2.41 bilion pada 6 bulan pertama tahun ini.

Menurut statistik PIAM, kereta Proton merupakan jenama yang paling banyak dilarikan tahun lalu, dengan 1,214 buah Proton Wira dicuri.

Menurut statistik PIAM, kereta Proton merupakan jenama yang paling banyak dilarikan tahun lalu, dengan 1,214 buah Proton Wira dicuri.

Ia diikuti Toyota Hilux (595 buah), Proton Iswara (552), Perodua Kancil (550), Proton Waja (538), Perodua Myvi (379), Proton Saga (318), Proton Satria (238), Nissan Vanette (208) and Honda Civic (200).

Rujukan: Freemalaysiatoday

Tiga Beranak Termasuk Seorang Pemimpin Politik Maut Dikelar Ahli Keluarga

By Hafiz.H →
MELAKA TENGAH - Tiga beranak termasuk seorang pemimpin politik di Tangga Batu maut dipercayai dikelar oleh seorang lelaki disyaki ahli keluarganya di sebuah rumah di Kampung Bertam Malim, hari ini.


Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa Mariah Baharin, 62, maut bersama suami dan anak lelaki berusia 70 dan 22 tahun dipercayai diserang suspek berusia 26 tahun yang juga menetap di rumah tersebut.

Ketua Polis Melaka, Datuk Ramli Din berkata, terdapat tiga lagi ahli keluarga di rumah tersebut ketika kejadian yang kemudian dihantar ke Hospital Melaka termasuk dua daripadanya cedera parah.

"Kesemua mangsa maut dan yang mendapatkan rawatan di hospital mengalami kecederaaan di bahagian tengkuk ke atas dipercayai dicederakan suspek menggunakan senjata tajam.

"Kita sedang memburu suspek dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh," katanya.

Rujukan: SinarHarian

Gaji RM5,000 Sekadar Cukup Makan

By Hafiz.H → Wednesday, August 24, 2016
BERPENDAPATAN lebih RM5,000 mungkin disifatkan mewah, namun tidak untuk mereka yang berkeluarga.

Hakikat itu terpaksa dihadapi seorang eksekutif sebuah syarikat pembekal barangan am di ibu negara.

Hisyam Malik, 36, yang mempunyai dua cahaya mata hasil perkongsian hidup selama 11 tahun bersama isterinya, mengakui gajinya sekadar cukup makan, setelah menolak perbelanjaan dan komitmen setiap bulan.

Menurutnya, isterinya sudah tidak bekerja sejak lima tahun lalu untuk memberi tumpuan kepada anak-anak yang sedang membesar.


“Isteri hanya kerja biasa-biasa saja dan gaji tidaklah banyak mana. Kalau dia kerja pun, dapat gaji terpaksa berhabis untuk bayar pengasuh dan kos ke tempat kerja pun agak tinggi. Jadi saya minta dia berhenti untuk tumpu kepada anak-anak.

“Memang ‘sakit’ apabila semua perbelanjaan yang selama ini ditanggung dengan dua pendapatan, terpaksa saya tanggung seorang. Walaupun tidak banyak bahagian pendapatan isteri yang digunakan, ia tetap jadi kos tambahan buat saya.

“Tapi taklah saya anggap ia sebagai beban sebab ia tanggungjawab yang saya perlu lakukan. Tapi percayalah, jika tidak sabar, bukan mudah nak hadapi,” katanya.

Hisyam berkata, anak sulungnya berusia sembilan tahun, manakala yang kedua baru genap setahun.

Katanya, kedua-dua anaknya itu, masing-masing mempunyai kos yang perlu dilaburkan.

“Kakak pergi sekolah pagi dan petang dengan bas sebab kedudukan rumah yang agak jauh dari sekolah. Yang adik, macam biasalah, belanja susu dan lampin pakai buang saja sudah berapa? Semua tu termasuk dalam belanja rumah.

“Bila tolak semua perbelanjaan, adalah baki dalam RM500 untuk simpan. Tu pun kadang-kadang tak dapat simpan sebab dah ‘tarik’ untuk minggu-minggu akhir bulan,” katanya.

Ditanya sama ada dia berhasrat untuk berhijrah ke desa, Hisyam berkata, perkara itu ada difikirkan, namun tidak mungkin dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Saya kerja di tempat sekarang sejak tamat diploma dan sudah selesa. Sekarang bukan senang untuk dapat kerja, kalau di luar bandar, mungkin tidak dapat gaji sebanyak itu sebab sekarang semua orang mahu ‘cut’ kos. Tidak ambil yang berpengalaman kerana akan ‘demand’ tinggi.

“Insya-ALLAH, saya yakin dapat tanggung semua. Komitmen bayaran kereta juga habis awal tahun depan. Begitu juga pinjaman peribadi. Jadi sedikit sebanyak adalah juga lebihan wang nanti,” katanya.

Rujukan: SinarHarian

Hidup Menderita Kerana Obesiti, Ini Cara Bagaimana Wanita Ini Berjaya Buang 80kg

By Hafiz.H → Wednesday, August 17, 2016
Berbadan gempal dan gemuk pastinya bukan impian setiap individu. Apatah lagi keadaan tersebut juga boleh membawa risiko masalah kesihatan terhadap tubuh badan.
Bukan itu sahaja, apabila seseorang mengalami masalah berat badan, kutukan dan persepsi negatif masyarakat terhadap diri mereka pastinya membuatkan mereka berasa sedih, merendah diri sekaligus menjadikan mereka tidak yakin akan diri mereka sendiri.

Itulah yang dialami oleh wanita yang bernama Farhiyah Fadzly ini. Berat beliau pernah mencecah 153 kilogram suatu ketika dulu tetapi berkat kesungguhannya, akhirnya beliau berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 80 kilogram. Bagaimana caranya? Mari ikuti kisah beliau.


“Semakin naik badan si farah tu, Kamu tak nasihatkan ke Ani?” Ibu hanya mampu tersenyum bila orang sekililing mempersoalkan dirinya dan seolah-olah tak pandai menjaga saya dan tak prihatin kepada keadaan fizikal saya.

Saya tahu jauh disudut hati ibu, luluh hatinya apabila dia dituduh sebegitu.

Saya pula hanya tertunduk dan hati berasa pedih kerana saya tahu ibu saya tak pernah berhenti nasihatkan saya. Tetapi saya buat tak tahu sahaja. Kasihan ibu.

Maafkan saya ibu, kerana degil tak mau berubah dan ibu disalahkan. Satu hari saya nekad, saya tak mahu lagi ibu disalahkan. Saya nekad untuk berubah.

Menurutnya, inilah keperitan yang orang luar mungkin tak pernah tahu apabila mempunyai berat sebegini.

Diam tak diam, berat saya mencecah 153.3kg. Tinggi tak sampai 150cm, fizikal saya sangat membataskan aktiviti-aktiviti harian saya sama ada di rumah, pejabat dan di tempat awam.

Apabila pergi ke pusat membeli belah, saya tak boleh berjalan jauh disebabkan berat badan yang amat sangat terutamanya pada kaki. Sekiranya jalan lebih daripada biasa, saya akan mengah dan semput.

Jadi, saya terpaksa mencari tempat letak kenderaan yang paling hampir dengan pintu masuk dan sanggup menunggu dan berpusing banyak kali bagi mendapatkan lokasi yang dekat. 

Selain itu, kaki saya juga mengalami bengkak di sebabkan ‘water retention’ yang mana saya rasa tak selasa sepanjang hari walaupun dalam keadaan duduk.
1. Umur baru 20-an tetapi sudah solat duduk

Perkara yang saya paling ralat ketika masalah berat badan ini adalah saya tak dapat solat seperti orang biasa.

Pada umur 20-an saya terpaksa sambahyang di atas kerusi kerana saya tak dapat menampung berat badan saya ketika tunduk dan duduk di bawah. Cuba juga untuk duduk, tetapi payah dan perit hanya tuhan yang tahu.

2. Merasa rendah diri

Saya juga turut mengalami masalah ‘inferiority complex’. Lebih-lebih lagi saya seorang perempuan yang mana saya merasa sangat rendah diri untuk berada di khalayak ramai terutama ketika berada di tempat awam.

Ini kerana saya merasa semua orang memerhati, mengata dan mentertawa saya. Terngiang di kepala seperti ada orang mengata “eee.. gemuknya…!”

Atas sebab itu saya lebih selasa berada di rumah atau bersama teman rapat sahaja.

Namun, jauh di sudut hati saya, saya merasa kasihan kepada teman-teman rapat saya yang terpaksa membataskan had mereka dalam melakukan aktiviti hanya kerana mahu saya selasa dan menjaga hati saya.

3. Tak mahu hati ibu terguris

Saya nekad, saya kuatkan hati dan tak mau hati ibu terguris lagi. Dengan bantuan kakak dan rakan beliau, saya daftarkan diri menyertai program Jom Kurus 1 Malaysia musim ke Empat.

Misi kurus badan saya bermula pada Januari 2015 di mana saya telah menyertai kawasan Ampang di bawah Team Leader Agam.

Pada mulanya, saya tak meletakkan harapan yang tinggi untuk kurus. Cuma lebih kepada mau dapatkan ilmu-ilmu baru dalam fitness dan cara diet yang betul.

Dengan semangat daripada rakan-rakan dan juga keluarga, pada minggu pertama, saya telah berjaya hilangkan berat badan sebanyak 6.6kg!
4. 16 kilogram untuk 6 minggu

Semangat saya terus meningkat. Siapa sangka saya dapat turunkan 6.6kg untuk minggu pertama. Namun coach ada ingatkan, jumlah yang banyak ini adalah air kerana saya gemuk air.

Betul apa yang diingatkan oleh coach, minggu kedua dan ketiga berat saya tak turun. Namun saya tetap fokus dan cuba cari jalan dan mula disiplin menjaga makan.

Alhamdulillah untuk usaha yang berterusan sepanjang program, saya berjaya turunkan berat badan sebanyak 16 kg dalam tempoh 6 minggu.

5. Ibu mula tersenyum

Disebabkan hilangnya KG sebanyak itu, saya mula tanamkan azam untuk teruskan misi saya walaupun ianya mengambil jangka masa yang lama.

Bagi saya yang penting adalah istiqomah dan ‘enjoy’ dengan setiap aktiviti yang saya lakukan.
Saya mula nampak pelbagai perubahan kecil yang berlaku pada diri saya walaupun orang luar tak perasan perubahan itu.

Contohnya sebelum ini saya tak dapat buat senaman seperti org lain, tetapi setelah beberapa lama mengikuti latihan yang disediakan saya mampu ikut aktiviti-aktiviti tersebut seperti orang biasa.

Paling penting, Ibu saya mula tersenyum melihat saya semakin hari semakin kecil.
6. Hilang 80 kilogram, perjalanan yang bukan mudah

Selepas tamat program JK1M musim ke empat, saya mencari program lain sementara menunggu JK1M yang seterusnya. Selama setahun saya berlatih di bawah coach Zack Zakwan dan coach Bo termasuk JK1M musim ke lima dan ke enam.

Banyak ilmu yang telah diajar dan bersama mereka juga saya telah berjaya kurangkan berat badan yang banyak.

Sepanjang perjalanan ini memang ada cabaran yang saya rasa mau untuk give-up antaranya ketika berat badan saya turun semakin lambat.

Sebelum ini, dalam tempoh sebulan, saya boleh turun lebih daripada 6 kg. Sekarang paling banyak pun adalah sekitar 3kg sahaja.

7. Semangat kadangkala jatuh

Apabila keadaan ini terjadi, semangat saya jatuh. Namun atas sokongan daripada sahabat-sahabat dan keluarga, Semangat saya bangkit semula.

Alhamdulillah sehingga Julai 2016 saya berjaya menurunkan berat badan saya sebanyak 80kg. Perjalanan yang bukan mudah tapi saya tahu ia amat berbaloi.

Syukur saya panjatkan kepada Tuhan yang memberi rezeki ini dan sokongan padu dari ahli keluarga serta sahabat-sahabat yang tak pernah berputus asa.

Perjuangan perlu diteruskan kerana sasaran saya adalah mau mencapai capai berat ideal. Insyallah.
Bagi Farhiyah, ini adalah 10 tips utama untuk seseorang itu mengurangkan berat badan dengan jayanya tanpa memudaratkan tubuh badan:

1. Tetapkan sasaran jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

2. Istiqamah dengan apa yang kita lakukan. Biar lambat asalkan kita capai.

3. Melakukan setiap senaman dengan rasa seronok tanpa rasa beban – Enjoy & Fun.

4. Bergaul & berkawan di dalam kelompok yang mempunyai tujuan & minat yang sama – mudah untuk bertukar-tukar pendapat dan ilmu & melakukan aktiviti bersama.

5. Tidur yang cukup.

6. Pengambilan air yg secukupnya.

7. Melakukan aktiviti-aktiviti sekurang-kurangnya 3 atau 4 kali seminggu – kalau boleh elakkan dari rehat lebih dari 2 hari berturut-turut.

8. Mengambil ukuran badan setiap 2 kali seminggu.

9. Perlu ada hari berehat dalam setiap minggu.

10. Perlu ada usaha yang berterusan dalam mencari ilmu fitness & diet – perlu rajin membuat bacaan berkaitan fitness & die dan merujuk kepada mereka yang pakar.

Kredit: Says
Image: Instagram farah_fadzly

Benarkah Orang Islam Tidak Boleh Upah Bibik Yang Bukan Islam Untuk Bekerja Di Rumah?

By Hafiz.H →
Semalam, akhbar The Star Online melaporkan bahawa agensi pembantu rumah terkejut dengan 'arahan baru' yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen yang menghalang mereka daripada mengambil pembantu rumah yang bukan Muslim.
Para majikan mempersoalkan rasional di sebalik dasar itu, yang dikatakan bukan perkara baru oleh pegawai jabatan berkenaan, kerana bimbang kemungkinan mereka langsung tidak akan mendapat khidmat pembantu rumah asing selepas ini.

Presiden Persatuan Majikan Amah Malaysia (MAMA), Engku Ahmad Fauzi berkata, dasar itu akan mengehadkan pembekalan pembantu rumah untuk orang Islam.

Menurutnya agama tidak sepatutnya menjadi halangan dalam soal pekerjaan. Sama seperti mereka yang bekerja di pejabat. Mereka bekerja bukan berdasarkan pegangan agama semata-mata. Begitu jugalah dalam kes pembantu rumah ini.

Menurut sumber, Ahmad Fauzi menggesa Jabatan Imigresen untuk menerangkan rasional polisi tersebut kepada orang ramai.


Seorang pemilik agensi pembantu rumah di Selangor yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, dia telah memohon pembantu rumah bukan Islam kepada umat Islam yang mahukan mereka melalui Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing atas talian tetapi ditolak.

"Apabila saya dihubungi, saya diberitahu untuk pergi ke kaunter untuk menghantar permohonan. Tetapi di kaunter, pegawai di sana berkata dasar itu merupakan arahan daripada Ketua Pengarah," katanya.

Pegawai berkenaan berkata dasar itu wujud dan jika dia masih mahu membuat permohonan itu, mereka akan menolaknya.

"Jika mereka tidak membenarkan orang Islam untuk mengupah orang bukan Islam, mengapa mereka membenarkan perkara tersebut dibuat sejak awal lagi?" soalnya pula.

Perkara itu juga dipersetujui oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dengan pandangan beliau supaya akidah anak-anak orang Islam terpelihara.
Beliau mengakui ia memang tidak salah dari segi hukum agama, namun bimbang anak yang diasuh bukan Islam diresapi ajaran agama lain.

“Dari segi hukum tidak salah, bukan haram bukan makruh majikan beragama Islam mengambil pembantu rumah bukan agama kita,” kata Harussani kepada FMT.

Memberi contoh, beliau berkata pembantu rumah yang mempunyai latar belakang kuat agama Kristian “boleh mempengaruhi anak kita”.

Selain Harussani, dasar itu turut disokong Persatuan Pengguna Islam Malaysia, yang berkata ia bagi menjaga amalan keluarga Islam.

Bagaimanapun, pagi tadi media melaporkan bahawa Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Mustafar Ali berkata ketetapan supaya keluarga yang beragama Islam hanya menggaji pembantu rumah yang menganut agama yang sama cuma panduan umum.
Katanya lagi, panduan umum itu juga memberikan “banyak pengecualian dan pertimbangan”.

Dalam laporan FreeMalaysiaToday hari ini, Mustafar menegaskan tidak pernah mengeluarkan peraturan yang mengundang banyak kritikan itu, dan menjelaskan pekililing umum itu sudah sedia ada sebelum beliau dilantik memimpin Imigresen.

“Pekeliling itu bukan peraturan ketat. Saya juga mahu beri jaminan kepada semua majikan yang beragama Islam bahawa permintaan mereka, permohonan dan rayuan akan diberi pertimbangan sewajarnya.

“Permintaan semua pihak akan dilayan secara saksama," katanya.

Rujukan: Says

Ramai Tak Tahu Tikar Plastik Murah Ini Mengandungi Racun

By Hafiz.H →
Tikar plastik bercorak seperti gambar di atas sememang terkenal terutamanya dikalangai suri rumah dan para ibu dan ayah. 
Namun begitu, kita sebaiknya berwaspada kerana terdapat laporan yang mengatakan kandungan bahan kimia yang digunakan pada tikar tersebut mampu menyebabkan kanser payudara dan mencacatkan pertumbuhan kanak - kanak.

Menurut kajian, terdapat dua bahan kimi yang dikenali sebagai Phtthalate dan Bisphenol A(BPA).


Kredit: SinarFM
Sumber: HarianMetro

Ibu Terkejut Bayi 2 Tahun Hidap Kencing Kotor Hanya Kerana 'Wet Tissue'. Hati-Hati!

By Hafiz.H → Tuesday, August 16, 2016
Umum mengetahui bahawa ada ibu bapa yang memilih untuk menggunakan wet tissue apabila membersihkan najis pada kemaluan bayi mereka.
Wet tissue dilihat sebagai satu alternatif mudah bagi menggantikan air, terutama sekali dalam hal membersihkan kemaluan bayi. Ini kerana wet tissue yang berada di pasaran kebanyakannya dilengkapi dengan pelbagai kandungan organik seperti Vitamin E dan Aloe Vera.

Bahan-bahan yang terkandung ini sememangnya baik untuk kulit bayi dan dipercayai tidak mempunyai kesan sampingan.

Namun begitu, menerusi satu status oleh Info Ibu Hamil, seorang bayi lelaki dikatakan mengalami kencing kotor dan terpaksa dimasukkan ke dalam wad, semuanya berpunca daripada wet tissue.

Asslamualaikum admin hari ni sy nak share pengalaman sy..ni anak sy yg pertama..umur dah 2 bulan 9 hari..baby boy..anak sy ditahan wad dah 2 hari kerana kencing kotor berpunca dari wet tissue.


Menurut doktor pakar, membersihkan najis dan kemaluan bayi menggunakan wet tissue sebenarnya tidak elok, walaupun wet tissue tersebut sememangnya dikhaskan untuk bayi.

Saya: Doktor..cmne ank sy bole kne kencing kotor?? Berpunca pd mase sy pregnant kn dye ke?? Sbb mase sy pregnant kn dye sy ade kne kencing kotor sekali tp xde mkn ubat..then next apointment da xde dah kencing kotor sy tu..

Doktor pakar: Bkn puan..sbenarnya berpunca dari ibu2 mengunakan wet tissue mase bersih kn najis baby..

Saya: Wet tissue??? Wet tissue kn mmg khas utk baby?? Maaf ye bg sy mcm x masuk akal je?? Sy siap pakai jenis utk sensitif skin yg ade vitamin E dan aloe vera lg..xkn lh itu puncanya??

Doktor pakar: Ye puan..puan dgr mmg mcm x masuk akal tp itu lh hakikatnya dan kesilapan ibu2 kite skarang ni..jarang kes mcm ni berlaku..sbb dye tgk pd antibody baby dan juga pada masa umur brapa start guna kn wet tissue tu..kegunaan wet tissue ni x elok sbenarnya..

1- Wet tissue mengandungi bnyk cemical..

2 - Kita x tau sama ade wet tissue ni bersih atau tidak kerana dye buat dari kilang..kita x tau mcmana proses wet tissue ni..

3 - Dan puan juga bley tgk pd wet tissue punya MFG date dan EXP date..contoh kalo dye buat 2016 tp tahan smpai 2019..so kuman yg ade pd wet tissue tu kte x tau brape bnyk yg trdedah di kilang mase dye pack tissue ni..so germs yg ade dah terperap sgt lama pd tissue tu..dan bwk pd baby..

Seelok-eloknya, kemaluan bayi perlu dicuci dengan air yang mengalir serta sabun bagi membasmi kuman.

Dan jika kencing kotor ini melarat dan tidak dirawat, ia boleh merosakkan buah pinggang bayi.
Kes mcm ni memang jarang dgr..tapi jika puan gunakan wet tissue mase bersihkan najis baby mmg sangat tak bagus kerana kuman x hilang lagi pade kemaluan baby..ye puan nmpk bersih bila najis dah xde..tp kuman masih ade..lepas tu puan pakai kn dye pampers dan kuman dari wet tissue dan kuman najis tu dah terperap dekat pampers baru baby mase pakaikan dye..

Jadi bila baby kencing, kuman tu boleh merebak dalam kemaluan baby ye..sebab bila pampers lencun baru puan tukar..sebernarnye x bagus juga pakai pampers ni sebab tu org dulu2 dye pakai lampin dan cuci najis baby dgn air yang mengalir..bukan saya kata pampers x bole pakai still bole pakai lagi tapi kena basuhlah kemaluan baby stiap kali tukar pampers..kalo x cuci dgn air yg mengalir itu lah punca baby ade kuman..

Lagi bagus cuci dengan sabun..kita yang dewasa ni pon cuci bila kencing n buang air besar..baby pon same sebenarnya kena cuci..tapi banyak ibu ambil mudah sebab tu bole kena kencing kotor..nak pakai wet tissue bole..tapi bukan pada kemaluan baby ye puan..sbb baby to sensitive antibody baby masih x kuat macam orang dewasa..seelok eloknya memang cuci dgn air mengalir lebih baik dari guna tissue atau wet tissue..kalo lmbt puan rawat boleh menyebabkn buah pinggang baby rosak ye..

"Ajal memang ditangan Tuhan tapi kita sayangkan anak mesti kita nak anak sihat dan yang terbaik untuk dia."

Kita penat angkat baby stiap kali nk cuci najis xpe sbb baby masih depan mata..jgn kita penat mananggung rindu bila dye dah tiada..nnt kita x bole maaf kn diri kita atas kesilapan yg kita nmpk remeh..yg remeh tulh bole jd serius..ajal mmg ditgn tuhan tp kita syg kn anak mesti kita nk anak sihat dan yang terbaik untuk dye..

Mencegah lebih baik dari merawat..

Doakan anak saya membesar dengan sihat dan cepat sembuh ye..

Muhammad Darwisy Hurairah.

Kredit: Says
Image: InfoIbuHamil

Polis Saman 15 Kenderaan Halang Lalu Lintas Ketika Main Pokemon Go

By Hafiz.H →
GEORGE TOWN - Polis mengeluarkan 15 saman kepada pengguna jalan raya yang meletak kenderaan sehingga menghalang lalu lintas hanya untuk bermain Pokemon Go di sekitar kawasan Lebuh Acheh dan Lebuh Cannon, di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan di sekitar kawasan itu selepas menerima laporan daripada penduduk di situ berhubung kehadiran orang ramai sehingga menganggu ketenteraman mereka.


"Penduduk di kawasan itu mendakwa orang ramai mula berkumpul dan membuat bising di sekitar kawasan perumahan mereka sehingga mencetuskan rasa kurang senang," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, polis yang menjalankan pemeriksaan dari pukul 10 malam hingga 12 tengah malam mendapati pemilik kenderaan sedang leka bermain Pokemon Go dan meletakkan kenderaan mereka sesuka hati sehingga menghalang lalu lintas di kawasan itu.
Mior Faridalatrash berkata, tiada sebarang kesalahan untuk orang ramai bermain Pokemon Go tetapi mereka sepatutnya tidak mengganggu ketenteraman orang lain sehingga membuat bising. - Bernama

7 Lelaki Dipenjara Kerana Gagal Membayar Nafkah Di Terengganu

By Hafiz.H →
KUALA TERENGGANU – Tujuh lelaki dipenjarakan dari 2010 hingga 2015 kerana mengingkari perintah mahkamah untuk membayar nafkah anak-anak mereka, kata Ketua Hakim Syarie Terengganu Wan Mohd Zakri Wan Mohd.

Beliau berkata, mengikut statistik penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah anak oleh Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu, sebanyak 726 kes ingkar direkodkan dalam tempoh berkenaan.
Mahkamah Syariah Terengganu


“Dari jumlah itu, sebanyak 495 kes difailkan di Mahkamah Syariah Terengganu untuk tujuan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah.

“Faktor utama mengapa golongan bapa enggan membayar nafkah anak adalah kerana tidak bertanggungjawab…kita lihat mereka mampu beristeri baharu malah, ada yang beli kereta baharu tetapi culas membayar nafkah anak bersama isteri terdahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian penyampaian bantuan pendahuluan nafkah anak BSK Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu 2016 oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di sini, hari ini.

Seramai 69 wanita menerima wang bantuan pendahuluan nafkah anak iaitu minimum RM1,500 hingga RM3,000 bergantung kepada jumlah yang ditetapkan mahkamah mengikut keperluan ibu dan anak-anak itu.

Azizah Buza, 46, berkata, beliau bersyukur kerana menerima wang pendahuluan nafkah sebanyak RM2,250 untuk menampung keperluan empat anaknya hasil perkahwinan dengan bekas suami.

“Sejak bercerai pada 2007, bekas suami memang tak pernah beri nafkah anak-anak. Jadi, saya terpaksa membesarkan mereka sendirian dengan pendapatan bersih sebagai tukang sapu di sebuah masjid di Marang sebanyak RM712 sebulan.

“Mujurlah saya menerima bantuan bekalan makanan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) setiap bulan, dapatlah mengurangkan beban kewangan saya ketika itu,” katanya yang sudah berkahwin lain sejak lima tahun lepas.

Zunaidah Md Zin, 40, dari Chendering, pula bersyukur kerana menerima wang pendahuluan nafkah sebanyak RM1,650 untuk memelihara dua orang anaknya dengan bekas suami dahulu.

“Sebelum ini, adalah jugak dia bayar sikit nafkah untuk anak-anak tapi gagal membayar pada 2015 dan tahun ini. Mujurlah ada bantuan daripada kerajaan untuk golongan ibu tunggal seperti saya, Alhamdulillah, ia dapat membantu dari segi perbelanjaan harian anak-anak,” katanya. – Bernama

Perhatian! Jangan Buang Gel Silika

By Hafiz.H →
Bungkusan kecil yang mengandungi gel silika ini sering kali dibuang tanpa anda ketahui apakah fungsi ia sebenarnya.

Untuk pengetahuan anda, bahan yang terdapat pada gel silika ini berfungsi sebagai bahan yang mampu mengurangkan kadar kelembapan. Jadi adalah lebih baik sekiranya anda tidak membuang paket gel silika yang terdapat di dalam kotak kasut, beg baru, dan juga di dalam botol vitamin anda tu.
Antaranya kegunaan gel silika yang anda tahu ialah:


1. Gel silika ini mampu menghilangkan bau hapak yang terdapat di dalam beg gym anda dan juga rak kasut anda.

2. Selamatkan telefon pintar anda yang terjatuh atau teredam di dalam air dengan meletakkan di dalam bekas yang dipenuhi gel silika.

3. Meletakkan paket gel silika di dalam kotak yang terdapat gambar-gambar lama boleh mengelakkan gambar-gambar tersebut dari melekat-lekat.

4. Simpan pisau cukur anda bersama paket gel silika kerana ia bolej mengelakkan pisau cukur tersebut dari cepat berkarat

5. Sekiranya bedak asas anda menjadi keras ataupun kandungannya tak macam anda beli mula-mula dulu, apa kataletakkan satu bungkus gel silika atau lebih di dalam beg make-up anda. Tip ini pasti membantu!

Rujukan: SinarFM

Misteri Air Kolam Renang Di Rio Dari Biru Bertukar Hijau

By Hafiz.H → Thursday, August 11, 2016
"Misteri itu telah diselesaikan", itu pengesahan daripada Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA), mengenai ketidakseimbangan kimia menyebabkan air yang masuk ke dalam kolam terjun temasya Rio, bertukar menjadi hijau.
Pada Selasa, gambar air di kolam terjun di Pusat Akuatik Maria Lenk, yang berwarna hijau telah tersebar luas, sekali gus mendatangkan kebimbangan masyarakat mengenai keselamatan atlet, yang beraksi di kolam tersebut.

Perubahan warna air ini telah merebak ke kawasan kolam berdekatan yang digunakan untuk acara sukan polo air, dan FINA, telah menjelaskan isu tersebut berpunca daripada masalah dalam proses rawatan air.

Bagaimanapun, badan induk yang mengawal sukan renang dunia, menegaskan kolam itu selamat untuk digunakan dan tidak mendatangkan bahaya kepada semua penerjun yang bertanding.


"FINA boleh mengesahkan bahawa penyebab kepada warna air di kolam terjun bertukar menjadi luar biasa, sewaktu acara terjun dipertandingkan di Sukan Olimpik Rio, adalah kerana tangki air di kolam tersebut kehabisan beberapa bahan kimia yang digunakan dalam proses rawatan air," jelas satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh FINA.

"Hasilnya, tahap pH air tidak seperti biasa dan menyebabkan perubahan warna tersebut terjadi.

"Jawatankuasa Perubatan Sukan FINA telah menjalankan ujian terhadap kualiti air di kolam tersebut dan mengesahkan tiada sebarang risiko terhadap kesihatan atau keselamatan atlet, dan ia tidak akan menjejaskan pertandingan.

Pengarah Eksekutif Jawatankuasa Komunikasi Penganjuran Sukan Olimpik Rio, Mario Andrada, memberi jaminan kolam itu kembali ke warna asal, iaitu biru, dalam masa terdekat.

"Perubahan mendadak tahap alkali air di kolam tersebut menjadi punca kepada perubahan warna air. Kolam acara polo air juga mengalami masalah yang sama.

"Tahap pH air telah berada dalam standard yang ditetapkan. Kami telah merawat kedua-dua kolam tersebut pada waktu malam dan tahap alkali dalam air telah bertambah baik. Kami menjangkakan warna asal biru akan kembali tidak lama lagi.

"Mereka yang bertanggungjawab boleh dan harus melakukan lebih banyak ujian terhadap kolam tersebut. Kami juga telah membawa satu pasukan pakar bebas untuk mengkaji keputusan yang telah pun saya kongsikan.

"Pakar-pakar bebas juga telah mengesahkan tidak ada risiko sama sekali kepada atlet yang bertanding di kolam tersebut."

Rujukan: Stadiumastro.com

Curi Sebab Mahu Buat Rendang

By Hafiz.H →
Nor Farina Che Ya, 38, dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran RM1,500 tanpa penjamin. 

Majistret Rahimah Rahim membuat keputusan itu selepas mendengar rayuan Nor Farina.

Dia mengaku mencuri di sebuah pasar raya berhampiran Dataran Centrio, Seremban 2, di sini, sekitar jam 6 petang, 5 Ogos lalu.

Barang-barang yang dicurinya adalah daun kunyit, daun pandan, serai, daging kambing, syampu rambut, minyak angin, pakaian dalam, seluar dan tudung, semuanya dianggarkan bernilai RM262.86.
Mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, hukuman maksima yang diperuntukkan adalah 10 tahun penjara dan denda. Bagi kesalahan kedua dan seterusnya pula, pesalah boleh dihukum penjara, denda atau sebatan.
Nor Farina kelihatan tidak dapat menahan air mata sebaik keluar dari mahkamah, semalam.


Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Soo Kok Weng, manakala Nor Farina tidak diwakili peguam.

Nor Farina memberitahu mahkamah, dia menghidap diabetes kronik dan mempunyai anak perempuan berusia 10 tahun yang menghidap penyakit hipoglisemia.

Katanya, dia mencari nafkah dengan mengutip dan menjual kotak serta barang lusuh.

Tambahnya, dia menerima bantuan RM150 setiap bulan, tetapi tidak cukup untuk menampung hidupnya dan anaknya.

Nor Farina memberitahu mahkamah, dia memohon bantuan baitulmal, tetapi tidak berhasil.

Dia berkata, dia mencuri kerana terdesak.

'Saya nak buat rendang...'

“Saya curi daging... curi serai untuk buat rendang... sebab tak mampu,” luah Nor Farina Che Ya sambil berlinangan air mata apabila mengenang kembali perbuatannya mencuri di sebuah pasar raya.

Menurut ibu tunggal berusia 38 tahun ini, dia nekad melakukannya walaupun sedar tindakan itu berdosa dalam Islam dan salah di sisi undang-undang, lantaran tertekan dengan desakan hidup.

“Memang masa buat tu saya tak fikir apa. Saya cuma fikir perut anak yang lapar. Saya kata pada diri sendiri, biarlah saya tanggung dosanya. Apa saya mampu bayar cuma beras pulut yang harganya lima ringgit lebih.

“Macam pakaian tu, saya teringin sangat nak rasa. Bukan untuk saya saja, tapi untuk anak. Saya ambil tudung,” katanya dalam nada teresak-esak ketika ditemui di luar mahkamah, semalam.

Sementara itu, Pengarah JKM Negeri Sembilan, Mohamad Hapil berkata, pihaknya akan menghantar pegawai untuk menyiasat situasi menimpa wanita berkenaan sebelum mempertimbangkan permintaannya.

Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains), Kamal Amran Kamarudin berkata, pihaknya juga akan membuat semakan bagi memastikan kesahihan dakwaan Nor Farina berhubung permohonan bantuan Baitulmal.

Rujukan: SinarHarian

20 Atlit Terhebat Dunia, Nicol David Turut Tersenarai Bersama Ronaldo Dan Bolt

By Hafiz.H →
PETALING JAYA: Akhbar The Telegraph hari ini menyenaraikan 20 atlit dan ahli sukan dari serata dunia yang pada pandangannya merupakan antara terhebat pada masa ini.

Dan satu-satunya atlit Malaysia dalam senarai tersebut adalah ratu skuasy negara, Datuk Nicol David, yang menyertai nama bertaraf lagenda sukan seperti bintang bola sepak Portugal Christiano Ronaldo, pelari terpantas dunia Usain Bolt, Serena Williams (tenis), Michael Phelps (renang), Simone Biles (gimnastik) dan James Anderson (kriket).
Akhbar Britain The Telegraph mengiktiraf Nicol di samping jaguh sukan antarabangsa yang lain.


“Tidak ramai atlit boleh mengaku diri mereka mendominasi dunia skuasy seperti Nicol David,” menurut The Telegraph, yang meletakkan Nicol pada tangga ke-17, walaupun kedudukan atlit dalam senarai itu bukan bersandarkan penilaian tertentu.

Nicol, 32, kini dinobatkan gelaran pemain skuasy nombor 3 dunia, selepas menyandang juara nombor satu dunia selama 108 bulan sejak Ogos 2006.

Dilahirkan di Pulau Pinang, ibunya Ann Marie David seorang pesara guru sekolah manakala ayahnya, Desmond David seorang jurutera dan pemain bola yang pernah mewakili negeri.

Antara pencapaian Nicol termasuk memenangi 3 emas di kejohanan bertaraf dunia, 2 emas di Sukan Komanwel di samping menjuarai 8 kejohanan terbuka antarabangsa.

Rujukan: Freemalaysiatoday

Kandungan Dalam Gincu Yang Boleh Menyebabkan Kanser

By Hafiz.H → Monday, August 8, 2016
Gincu dengan wanita memang tak dapat dipisahkan, kalau ada yang tak suka pakai gincu, mungkin pilihan mereka ialah lip balm. 
Warna gincu main peranan penting terhadap personaliti kita dan ada sesetengah wanita yang memilih jenis gincu berdasarkan jenama. Haa tahukah anda kandungan yang berada dalam gincu?

Menurut pekerja di unit kanser payudara di Hospital Mt. Sinai di Toronto ada beberapa jenama gincu yang mengandungi ‘lead’. ‘lead’ merupakan sejenis kimia yang boleh menyebabkan kanser, dan katanya kebanyakkan jenama tempatan itu dijual di China, India,UK,Singapore, Hong Kong,USA, dan Malaysia.


Semakin tinggi kandungan lead semakin mudah untuk kita dapat kanser. Berhati-hati semasa memilih gincu kerana ia boleh menyebabkan kita merana seumur hidup. Dibawah ini cara-cara yang boleh anda cuba untuk mengetahui kandungan lead dalam gincu anda tinggi atau tidak.

1. Calitkan sedikit gincu di atas tangan anda
2. Gunakan cincin emas untuk menanggalkan gincu tersebut
3. Jika gincu anda bertukar kepada warna hitam,maka ia mengandungi 'lead'

Rujukan: Anissa Alyssa Full

Bukti Ekonomi Negara Makmur: Banyak Rumah Terbuka Lepas Raya

By Hafiz.H →
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron membidas sebaran di media sosial yang mendakwa ekonomi Malaysia sedang menghadapi kemerosotan.

Sebaliknya, Idris berkata rakyat Malaysia menikmati makanan berlebihan hasil daripada kemakmuran ekonomi yang dibawa oleh Umno selama ini.

Beliau memberi contoh mengenai seorang kenalannya yang mahu mengadakan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri hari ini, walaupun bulan Syawal telah berlalu.


"Dia kata tak apa, boleh sampai 60 hari. Saya kata, buatlah rancangan di ambang Aidiladha.

"Ini kemakmuran ekonomi. Pasal apa dia buat hari (raya) terbuka tak habis-habis, 29 hari tak cukup? Pasal makmur ekonomi," katanya ketika berucap ketika merasmikan mesyuarat bahagian Umno Ampang untuk sayap Pemuda, Wanita dan Puteri hari ini.
"Hari ini larian apa? Marathon kan? Kalau negara tak makmur, boleh lari kat tengah-tengah highway? Dekat Kabul (Afghanistan) semalam, 80 orang mati, dua orang suicide bomber," katanya yang merujuk kepada acara marathon di Kuala Lumpur hari ini.

"Kemakmuran ekonomi ini adalah hasil kerja tangan Umno. Makanan cukup, bahkan melimpah luar. Ini adalah manifestasi sebenar kemakmuran ekonomi," katanya.

"Dan semua ini tak berlaku tiba-tiba," katanya.

Rujukan: MALAYSIAKINI

Hajat Tak Sampai, Bakal Jemaah Haji Meninggal Dunia Di KLIA

By Hafiz.H →
ALOR SETAR, 8 Ogos — “Sewaktu menghantar ayah ke lapangan terbang, ayah lebih banyak berdiam diri dan hanya berpesan agar menjaga diri dan adik-adik,” kata Fakhrul Razi, anak sulung kepada bakal jemaah haji dari Kedah yang meninggal dunia pagi semalam.

Fakhrul, 22, berkata beliau tidak menyangka kata-kata tersebut merupakan pesanan terakhir daripada arwah ayahnya Kamarulzaman Masaod Zainal, 53, dan tidak menyangka ayahnya dijemput pergi sebelum sempat menunaikan rukun Islam kelima itu.
Kamarulzaman Masaod Zainal, 53, yang ingin menunaikan haji bersama isteri meninggal dunia di lapangan terbang KLIA akibat komplikasi tekanan darah tinggi.
“Beberapa hari sebelum ini, ayah ada memberitahu kepada kami sekeluarga jika sepasang suami isteri pergi menunaikan haji tetapi suami meninggal sebelum berangkat ke Tanah Suci maka wajib bagi isteri untuk patah balik kerana berada dalam tempoh edah,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Kampung Titi Gajah di sini semalam.

Tabung Haji dalam kenyataannya semalam memaklumkan bakal jemaah haji berasal dari Kuala Nerang itu meninggal dunia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akibat komplikasi tekanan darah tinggi.


Jenazah diusung keluar dari Masjid Titi Gajah untuk dikebumikan petang semalam.
Allayahram dilaporkan jatuh sakit di KLIA setelah tiba dari Alor Setar dengan penerbangan KT9K pada pukul 12.55 tengah malam dan disahkan meninggal dunia 6.45 pagi semalam setelah dikejarkan ke Hospital Putrajaya.

Allahyarham Kamarulzaman yang merupakan bapa kepada empat anak berusia 14 hingga 22 tahun merupakan pesara syarikat Padiberas Nasional Bhd (Bernas) dan melakukan kerja menoreh getah selepas bersara.

Fakhrul berkata ayahnya menggunakan sedikit wang yang dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi menunaikan haji bersama ibunya, Siti Minah Md Lazim, 49, yang merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Ahmad Kuala Nerang.

“Ayah memang sangat gembira bila dapat tahu terpilih menunaikan haji bersama ibu. Memang ayah menghidap tekanan darah tinggi tapi tidak begitu serius dan dia hanya ambil ubat untuk mengawalnya,” katanya.

Jenazah Allayahram tiba di Masjid Titi Gajah, Alor Setar kira-kira 6 petang dan selamat dikebumikan kira-kira 7 malam tadi.

Rujukan: Bernama

5 Kali Tabung Masjid Kena Pecah, Siak Rayu Carilah Rezeki Yang Halal

By Hafiz.H → Saturday, August 6, 2016
SABAK BERNAM 6 Ogos - "Sepatutnya, dengan kudrat yang ada, suspek boleh mencari rezeki yang halal, bukannya mengambil jalan singkat mencuri wang tabung masjid."

Itu luahan kecewa Siak Masjid Muhammadiah Panchang Bedena, Mohd. Azmin Kosen, 21, selepas tabung masjid berkenaan dipecah pencuri untuk kali kelima sepanjang tahun ini.

Beliau yang sudah bertugas lebih setahun di situ, menyifatkan kejadian terbaharu pada Isnin lalu sebagai yang terburuk.
Masjid Muhammadiah Panchang Bedena, Sabak Bernam.
“Sebelum ini hanya mangga kunci yang dipecahkan tanpa menjejaskan tabung. Jadi hanya mangga kunci yang diganti tetapi kali ini bukan sahaja mangga kunci cuba dipotong, malah peti besi dirosakkan menyebabkan pihak masjid terpaksa mengeluarkan kos yang lebih besar untuk membaikinya.

“Saya sebenarnya geram dan sedih dengan perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya ketika ditemui Utusan Online hari ini.

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian kecurian wang tabung masjid menarik perhatian umum dan menjadi viral dalam laman sosial seperti Facebook dan telah dikongsi netizen lebih 270 kali sejak dimuat naik awal bulan ini.


Sementara itu Nazir masjid tersebut, Hashim Salihin berkata, serik dengan lima kejadian pecah tabung itu pihaknya merancang menggantikannya dengan peti besi yang lebih kukuh sekali gus menyediakan tahap keselamatan lebih terjamin.

Katanya, tabung di masjid berkenaan pernah dipecahkan pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri, akhir Julai lalu dan dua lagi pada awal tahun ini.

Seorang jemaah masjid menunjukkan tabung yang dipecahkan pencuri.
“Setelah beberapa kali berlaku kejadian serupa, pengurusan masjid menggantikan mangga kunci yang lebih berkualiti.

“Dahulu guna mangga kunci biasa sahaja. Kena ketuk dengan tukul sudah boleh tanggal. Jadi kali ini, kami tukar dengan mangga kunci yang lebih berkualiti.

“Kalau dilihat, mangga kunci ini tidak terjejas. Pemotong besi yang digunakan gagal memotong mangga tersebut membuatkan suspek menukar taktik dengan memotong bahagian telinga penutup tabung,” katanya.

Hashim memberitahu, daripada kelibat suspek dan kenderaan yang digunakan, dipercayai perbuatan itu dilakukan orang luar tidak dan berkemungkinan penagih dadah.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah, Superintenden Nor Azmi Isa berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berhubung kejadian tersebut.

“Pihak Polis akan sentiasa membuat pemantauan berhubung kejadian pecah tabung di masjid-masjid. Bagaimanapun, pihak pengurusan masjid diminta melaporkan segera kejadian supaya polis dapat mengambil tindakan lanjut,” katanya.

Rujukan: UtusanMalaysia

Status Facebook Pasangan Gay Melayu Jadi Viral

By Hafiz.H →
Kuala Lumpur: "Masih ada harapan untuk mereka kembali ke pangkal jalan. Jika menggunakan kata-kata cacian, ia akan menambah lagi sakit hati dan mereka akan berterusan dengan hubungan sedemikan kerana layanan kita itu.”

Demikian nasihat Ustaz Dr Abd Basit Abd Rahman, penceramah bebas yang juga Musyrif (Penyelaras) Pondok Sungai Durian mengenai viral pasangan kekasih lelaki di negara ini yang secara terang-terangan mengakui hubungan songsang itu di Facebook (FB).

Kemaskini status pasangan berkenaan di FB yang disertakan dengan beberapa keping gambar turut menerima kecaman netizen selepas ia dikongsi beberapa Fanpage.
Status dan gambar yang dimuat naik di FB sehingga mengundang reaksi negatif.


"Bahasa menerusi komen yang banyak memaki dan mencaci itu bukan bahasa orang Islam. Islam berasal dengan akhlak dan fakta. Kalau mereka silap semua perlu menegur dengan baik dan menerangkan bahawa ia menyalahi ajaran agama.

“Biarpun perbuatan mereka itu ternyata bertentangan dengan fitrah manusia, namun ia bukan lesen untuk kita memaki hamun dan menghamburkan kata-kata cacian," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Abd Basit berkata, jika sesiapa mempunyai ilmu dan kepandaian, mereka sepatutnya memberi nasihat secara tertib mengikut ajaran Islam dengan menggunakan ayat al-Quran atau hadis.

Dalam masa sama, beliau turut menasihati pasangan itu supaya kembali ke pangkal jalan kerana ia adalah satu kerosakan fitrah manusia dan perbuatan itu tidak boleh diterima.

Pendapat sama disuarakan pendakwah bebas, Ustaz Haslin Baharim.

"Kalau orang itu buat maksiat dan terkutuk sebagainya, maka kita daripada sudut sebagai pendakwah, pandangan itu perlulah pandangan yang baik. Tidak perlu cacian, maki hamun atau hinaan.

"Kita perlu memberikan pandangan dengan cara yang berhikmah dan menggunakan kebijaksanaan. Kalau kita maki, dia akan semakin tercabar dan seronok. Nanti dia akan kata 'lantak laa aku nak buat apa pun. Apa kau kisah'," katanya.

Beliau berkata, sebagai rakyat Malaysia dan saudara sesama Islam, kita perlu beri pandangan secara umum supaya mereka mampu kembali ke pangkal jalan dan bertaubat.

"Beri pandangan yang baik selagi usia masih ada di muka bumi ini. Sesungguhnya perbuatan itu perbuatan yang terkutuk dan dilaknat oleh Allah SWT.

"Bukan apa, orang kalau kita kutuk lagi dia marah. Dalam dunia dakwah beralah bukan beerti mengalah," katanya.

Rujukan: HarianMetro

Kutip Berpuluh Ribu Sebulan, Masjid Jangan 'Ketat' Bantu Orang Susah

By Hafiz.H → Friday, August 5, 2016
KUALA LUMPUR, 5 Ogos — Masjid yang menerima derma sehingga puluhan ribu ringgit sebulan disaran supaya tidak “kedekut” membelanjakannya untuk menolong masyarakat.

Mufti Pahang berkata masjid tidak perlu berbangga dengan jumlah kutipan tinggi, sebaliknya derma itu perlu digunakan sebaik mungkin agar golongan memerlukan mendapat manfaat.
Keratan akhbar menunjukkan anggaran hasil kutipan derma orang ramai di masjid-masjid utama seperti dalam tinjauan akhbar Harian Metro.
“Janganlah terlalu ketat dalam mengagihkan wang derma dan jika mengetahui terdapat golongan memerlukan, bolehlah dermakan untuk meringankan beban mereka.

“Institusi pendidikan juga boleh dibina, sekali gus mewujudkan individu berilmu dalam kalangan masyarakat Islam,” kata Datuk Seri Abdul Rahman Othman kepada wartawan HarianMetro.


Masjid Sultan Azlan Shah di Ipoh menerima RM24,000 sebulan hasil derma jemaah pada hari Jumaat, kata imam besarnya Abdul Farid Salleh.
Berdasarkan tinjauan akhbar itu, masjid-masjid utama di seluruh negara menerima purata sedekah antara RM2,000 hingga RM10,000 setiap hari ini.

Dalam masa sebulan, jumlah itu boleh mencecah antara RM20,000 hingga RM100,000 atau antara RM500,000 hingga RM1 juta setahun.

Hasil kutipan ini, tambah Abdul Rahman, boleh diagihkan kepada ibu tunggal, anak yatim atau mereka yang kurang bernasib baik tanpa perlu melalui jabatan agama negeri masing-masing.

“Derma itu perlu digunakan sebaik mungkin. Janganlah disimpan saja,” katanya.

“Mungkin boleh mengadakan pelbagai program atau menambah kemudahan premis supaya masyarakat Islam boleh berniaga.”

Rujukan: Themalaymailonline

'Video Parodi Oleh Astro Boleh Menyebabkan Karier Saya Di U.S Berakhir' - Yuna

By Hafiz.H →
Penyanyi, Yunalis Zarai atau Yuna, berang dengan tindakan pihak Astro menerusi rancangan Meletop menyiarkan video parodi 'Crush' yang dianggap biadab dan boleh mengakibatkan kariernya berakhir di Amerika Syarikat. 

Ini kerana bagi Yuna, tindakan pihak Astro itu seolah-olah menghina orang berkulit hitam.

"Kawan-kawan semua, saya harap kamu semua tahu bahawa parodi yang dibuat oleh Astro boleh menyebabkan karier saya di negara ini berakhir. Tindakan itu biadab dan tidak menghormati rakan saya, Usher.

"Sekiranya Usher melihat video ini, pastinya dia tidak mahu dikaitkan langsung dengan Malaysia. Tolonglah didik diri sendiri," katanya.


Penyanyi, Yunalis Zarai atau Yuna, berang dengan tindakan pihak Astro menerusi rancangan Meletop menyiarkan video parodi 'Crush' yang dianggap biadab dan boleh mengakibatkan kariernya berakhir di Amerika Syarikat.

Ini kerana bagi Yuna, tindakan pihak Astro itu seolah-olah menghina orang berkulit hitam.

"Kawan-kawan semua, saya harap kamu semua tahu bahawa parodi yang dibuat oleh Astro boleh menyebabkan karier saya di negara ini berakhir. Tindakan itu biadab dan tidak menghormati rakan saya, Usher.

"Sekiranya Usher melihat video ini, pastinya dia tidak mahu dikaitkan langsung dengan Malaysia. Tolonglah didik diri sendiri," katanya.


Meskipun pihak Astro telah memadamkan video tersebut selepas dikecam netizen, namun Yuna bimbang video itu boleh menjadi isu yang serius di negara barat itu.

"Kerosakan telah berlaku, kamu terlalu obses dengan parodi bodoh sehingga terlupa mengenai maruah. Berhenti kongsikan video tersebut kerana ia tidak kelakar. Sebaliknya hanya menyakitkan hati saya," katanya melalui Facebook.

Penerbit program Meletop bagaimanapun telah membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Twitter mereka semalam.

"Sekali lagi kami di pihak krew dan warga kerja #MeleTOP ingin memohon maaf di atas penyiaran video tersebut,"

Rujukan: Pixelmedia

"Rogol tetap rogol. Tidak boleh ditutup dengan perkahwinan" - Rohani Abdul Karim

By Hafiz.H →
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan membuat intervensi sebelum kelulusan diberikan kepada mana-mana individu yang didakwa atas kesalahan merogol daripada mengahwini mangsa bawah umur, kata Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Merujuk kepada kes seorang lelaki 22 tahun yang digugurkan daripada tuduhan rogol selepas mengahwini mangsanya yang berusia 14 tahun, beliau berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia merupakan satu jenayah yang harus dikenakan hukuman jika sabit kesalahan.
Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata perkahwinan bawah umur perlu mendapat kebenaran keluarga.


"Perkahwinan bagi gadis bawah umur 16 tahun perlu mendapat kebenaran daripada keluarga, Mahkamah Syariah dan Ketua Menteri atau Menteri Besar di sesebuah negeri.

Jadi kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat akan membuat intervensi supaya perkahwinan seperti itu tidak diteruskan," katanya dalam sidang media, di sini semalam.

Semalam, Reuters melaporkan seorang lelaki yang melakukan rogol statutori terhadap remaja berumur 14 tahun di Sarawak pada tahun lepas, terlepas hukuman penjara selepas mengahwini mangsanya.

Tuduhan ke atas lelaki itu digugurkan selepas sijil perkahwinan dikemukakan dan gadis itu menarik balik aduan tersebut.

Rohani berkata pihak kementerian telah dimaklumkan bahawa timbalan pendakwa raya (DPP) akan membuat semakan semula kes itu di mahkamah tinggi.

"Rogol tetap rogol, pesalah mesti menjalani hukuman jika sabit kesalahan, ia tidak boleh ditutup dengan perkahwinan," katanya.

Kementerian yang memegang amanah di bawah Akta Kanak-kanak mengambil berat hal itu mahu orang ramai mengetahui hak kanak-kanak, kata Rohani.

Rujukan: Themalaymailonline