Tags:

Golongan Profesional Malaysia Semakin Ramai Sakit Mental, Naik 17% Sejak 2011

By Hafiz.H Thursday, August 4, 2016
Tahukah anda Klinik Psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL) menerima sehingga 160 pesakit setiap hari?

Majoriti pesakit paling kerap mengalami kemurungan serta pelbagai masalah mental lain seperti skizofrenia.
Skizofrenia sering digambarkan sebagai penyakit gila. Kondisi ini menyebabkan penderitanya mengalami delusi, halusinasi, pikiran kacau, dan perubahan perilaku. Oleh sebab itu, penderita skizofrenia didapati sukar untuk berinteraksi dan melakukan akitiviti secara sosial.

Apa yang mengejutkan ialah sejumlah besar pesakit ini terdiri daripada golongan profesional yang mempunyai status sosial yang tinggi, bukan golongan miskin.

Fakta ini mencerminkan betapa seriusnya masalah kemurungan dikalangan golongan bekerjaya. Statistik dari Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan juga mendapati kenaikan berganda sebanyak 17% rakyat Malaysia yang mengalami depresi; 29% daripada 12% pada 2011.


Apakah TIGA faktor utama mereka mengalami kemurungan?

(1) Tekanan untuk memuaskan hati ramai pihak
(2) Sukar puas hati dengan pencapaian sendiri
(3) Terlalu ambil serius terhadap sesuatu perkara

“Tekanan untuk memuaskan hati ramai pihak, sukar puas hati dengan pencapaian dan ambil sesuatu perkara secara amat serius juga boleh menyebabkan individu murung,” kata pakar psikiatri HKL, Dr Tan Lee Khing, ditemui FMT di HKL pada 1 Ogos.

“Kebiasaannya, individu terbabit berpandangan negatif pada diri sendiri, suka mencari salah orang atau sendiri,” tambahnya, sambil menambah, golongan yang berisiko mengalami depresi termasuk mereka yang menceburi bidang dengan tekanan tinggi, termasuk doktor, jurutera dan ahli politik.

Ia juga mungkin ada hubung kait dengan faktor genetik, kehidupan masa lampau atau cara seseorang dibesarkan.

Dari sudut perubatan pula, depresi disebabkan oleh bahan kimia Serotonin dan noradrenalin yang tidak seimbang di dalam otak.

Jadi, apa cara terbaik untuk sembuhkan depresi?
“Mereka yang berdepan dengan kemurungan ini perlu mendapat sokongan masyarakat. Ramai ambil sikap sambil lewa biarpun menyedari ada di kalangan orang terapat menunjukkan tanda awal kemurungan.”

“Pesakit perlu diberi sokongan moral bahawa penyakit mereka berpotensi sembuh. Pesakit perlu sokongan positif daripada orang tersayang seperti keluarga dan rakan-rakan. Setiap orang memiliki hak untuk gembira dan hidup bebas tekanan,” kata Dr Tan.

Selain itu, kekangan kewangan, penderaan, menjadi mangsa buli dan obsesi turut boleh menjadi pemangkin kepada masalah kemurungan.

“Seseorang yang terlalu sedih dengan masalah dihadapinya dalam tempoh lama akan hilang fokus, kurang selera makan dan cepat putus asa. Dari situ mereka terfikir untuk membunuh diri kerana rasa sudah hilang harapan untuk teruskan hidup,” katanya lagi.

Nasihat Dr Tan kepada orang ramai?

“Jangan ambil mudah terhadap masalah kemurungan. Waspada dengan sekeliling anda terutama ahli keluarga yang berpotensi alami kemurungan untuk segera dapatkan rawatan," tegasnya.

Rujukan: Says

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Golongan Profesional Malaysia Semakin Ramai Sakit Mental, Naik 17% Sejak 2011 "