Tags:

NUBE Bidas Bank Muamalat Guna Taktik Pindahkan Beratus Kilometer Supaya Staf Berhenti

By Hafiz.H Thursday, August 4, 2016
PETALING JAYA: Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) menyifatkan Bank Muamalat majikan yang tidak bertanggungjawab kerana menggunakan taktik memindahkan pekerja bagi memberi tekanan supaya mereka berhenti kerja.

Setiausaha Agung NUBE, J Solomon berkata tindakan sewenang-wenangnya memindahkan tiga kakitangan bawahannya dari tiga cawangan berbeza di Semenanjung Malaysia ke ibu pejabat di Kuala Lumpur sebagai tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, Bank Muamalat sengaja memindahkan kakitangan terbabit ratusan kilometer jauhnya dengan keluarga semata-mata untuk memaksa meletak jawatan, selepas mereka menolak tawaran skim pemisahan sukarela (VSS) yang dikeluarkan bank itu.
“Ketiga-tiga pekerja tersebut tidak diberi sebarang tugas untuk lebih tiga minggu dari 18 Julai sehingga ke hari ini.


“Apabila pekerja ini mempertahankan hak mereka dan mempersoalkan pemindahan yang dilakukan, pihak Bank Muamalat memaksa mereka memilih antara kenaikan pangkat, menjadi pemandu atau terus letak jawatan.

“Sebagai taktik terakhir pada 1 Ogos lalu, Bank Muamalat menawarkan kenaikan pangkat daripada pembantu pejabat kepada kerani pemasaran dengan petunjuk prestasi utama (KPI) dan sasaran,” katanya kepada FMT hari ini.

Sebelum ini, tiga kakitangan bawahan Bank Muamalat dari tiga cawangan berbeza di Semenanjung Malaysia mendakwa mereka rasa tertindas selepas diarahkan berpindah tugas ke ibu pejabat di Kuala Lumpur pada 18 Julai lalu.

Solomon berkata bank juga enggan menerima nasihat Kesatuan Sekerja bagi pihak majikan untuk menyelesaikan perkara berkenaan.

“Meskipun tindakan Bank Muamalat melanggar peruntukan Perjanjian Bersama MCBA/NUBE tetapi mereka masih berdegil dan enggan menarik balik arahan pemindahan tersebut.

“Jelas sekali, urutan keseluruhan pemindahan ini memberi kesan ke atas pekerja miskin dan menyebabkan mereka berada dalam keadaan kesulitan,” katanya.

Katanya, majikan seperti Bank Muamalat menyebabkan pekerja dizalimi, mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan ibu bapa serta berdepan dengan kos kehidupan yang tinggi.

Rujukan: Freemalaysiatoday

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " NUBE Bidas Bank Muamalat Guna Taktik Pindahkan Beratus Kilometer Supaya Staf Berhenti "