Browsing "Older Posts"

Coklat pengerat kasih sayang

By hasr → Thursday, November 24, 2016
Coklat pengerat kasih sayang

SEKEPING coklat disertai dengan kehadiran sekuntum ros merah sudah cukup menimbulkan suasana romantik.

Tidak keterlaluan jika dikatakan coklat dan ros boleh menjadi medium pemujuk bagi pasangan yang merajuk.

Melihatnya sahaja sudah mampu membuatkan yang merajuk tersenyum lebar.

Justeru, boleh dikatakan bahawa coklat bukan sekadar sesuatu untuk dimakan namun lebih daripada itu. Coklat mampu memberikan keceriaan malah kebahagiaan. Coklat boleh mengeratkan silaturahim.

Selain itu coklat juga boleh menyatukan dua hati. Lihat sahaja kehadiran coklat di atas dulang hantaran tatkala majlis perkahwinan. Betapa pentingnya coklat pada majlis itu membuktikan bahawa coklat bukan sekadar sesuatu yang manis pada deria rasa tetapi turut meninggalkan kenangan manis dalam kehidupan.

Bangga

Dihasilkan di Malaysia, untuk rakyat Malaysia. Itulah antara kata-kata hikmat yang dipegang oleh Cadbury Confectionery Malaysia dalam menghasilkan coklat bermutu tinggi untuk rakyat tempatan.

Malah coklat ini juga dicipta mengikut cita rasa penduduk di sini. Tidak hairanlah apabila semua produk Cadbury sememangnya mendapat tempat di hati penggemar coklat.

“Kami di sini berusaha untuk meningkatkan keceriaan seseorang. Tiada sesiapa yang memberikan coklat kepada orang lain untuk menjadikan seseorang itu sedih. Coklat dan keceriaan tidak dapat dipisahkan.

“Sama ada dihadiahkan kepada insan istimewa ataupun untuk memujuk, coklat boleh menggembirakan suasana. Itulah yang kami ingin realisasikan. Bukankah seronok apabila kita boleh berkongsi detik bahagia dengan orang lain?,” kata Ketua Hal Ehwal Korporat dan Kerajaan, Mondelez International, Raja Zalina Raja Safran.

Tambah Raja Zalina, antara impian terbesar Cadbury ialah untuk mencipta momen-momen bahagia setiap individu dengan menggunakan coklat.

Mempunyai 349 kakitangan, Cadbury berbangga dengan pencapaiannya sebagai sebuah syarikat pembuatan coklat yang terbaik di Asia Pasifi k.

Pengurus Kilang, Balamurugan Velu berkata, seramai 82 peratus kakitangan di sini ialah Bumiputera dan terdiri daripada 51 peratus wanita.

"Kami mempunyai keutamaan (KPI) iaitu faktor keselamatan terhadap pekerja dan produk. Kami juga berbangga dengan pencapaian pada 2015 iaitu Zero Waste to Landfi ll yang menunjukkan kami bekerja mengikut kepada garis panduan yang diberikan,” katanya.

Menurut Balamurugan, bukan mudah untuk mencapai standard KPI yang telah ditetapkan namun mereka tetap bersatu hati, bekerjasama bersungguh-sungguh meningkatkan tahap keberkesanan untuk mencapai tahap tersebut.

Kasih sayang

Menyebut soal kasih sayang, selalu kita terfikir akan ibu. Masakan ibu dikatakan masakan paling sedap di dunia kerana dimasak dengan penuh kasih sayang.

Justeru Cadbury ingin mengambil petua itu demi menjadikan coklatnya sesedap masakan ibu setiap orang kerana dimasak dengan penuh kasih sayang.

“Kami sarankan kepada seluruh kakitangan di sini supaya menghasilkan

coklat dengan teliti dan disertai dengan kasih sayang. Hasilnya supaya coklat ini akan menjadi yang paling sedap dan penggemarnya mampu tersenyum kala mengunyahnya,” kata Pengurus IL6S dan Pengerusi Halal, Mondelez International, Jamil Jamaran.

Tidak hairanlah, apabila melangkah ke dalam kawasan kilang Cadbury, penulis berasakan aura seronok melihat wajah kakitangan di sini yang sentiasa senyum dan berwajah manis kala bekerja menghasilkan coklat untuk dipasarkan ke seluruh negara.

Nyata petua menghasilkan coklat dengan penuh kasih sayang ini memang berkesan.

Produk baharu

Pada Mei 2016, Cadbury tampil dengan produk terbaharu iaitu Cadbury 5 Stars. Nikmat coklat tidak terhingga ini mendapat sambutan hangat apatah lagi dengan sokongan iklan komersial di televisyen.

Tidak menunggu lama, pada Ogos lalu, Cadbury tampil sekali lagi dengan produk terbaharunya iaitu Cadbury Marvellous Creations Raspberry Lemonade.

“Kami membuat produk mengikut kehendak pengguna. Cita rasa pengguna amat diutamakan. Cadbury 5 Stars misalnya mempunyai rasa berbeza di India. Tetapi untuk pasaran di sini, kami cipta cita rasa tempatan,” ujar Raja Zalina.

Selain cita rasa, Cadbury turut mengutamakan soal pembungkusan. Kini banyak produk dibuat dalam pembungkusan yang lebih kecil khusus untuk mereka yang suka makan coklat tetapi tetap mengambil kira soal kesihatan. Jadi mereka tetap boleh makan coklat dengan saiz yang lebih kecil.

“Kami juga mengira kalori dengan teliti dan dipaparkan pada pembungkusan. Bagi anda yang peka terhadap soal pemakanan, boleh rujuk di situ,” tambah Balamurugan Velu.

Keselamatan

Menurut Balamurugan Velu, setiap kakitangan tidak dibenarkan membawa masuk makanan ke dalam premis kilang.

Ini kerana mereka tidak mahu ada sebarang benda asing masuk ke kawasan pembuatan demi menjaga produk yang dihasilkan. Pun begitu, setiap kakitangan diberikan baucar untuk membeli makanan di kafe kilang.

“Kakitangan dan sesiapa sahaja yang mahu memasuki premis kilang ini perlu melalui saringan suhu badan, memakai pakaian khas, memakai kasut khas, menutup rambut, menutup janggut dan misai dan tidak mengenakan sebarang aksesori,” terang Balamurugan Velu.

Tambahnya lagi, sebagai sebuah kilang yang telah mencapai tahap GMP, mereka perlu mengekalkan standard keselamatan untuk setiap produk yang dihasilkan.

Malah setiap individu perlu membersihkan tangan dan mengenakan sanitiser sebelum masuk ke kilang. - Sumber


Lebih baik Mahathir berhenti 'bercakap'

By hasr →

KOTA BHARU - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dinasihatkan agar tidak terus mengeluarkan kenyataan berkaitan politik termasuk menyerang Pas agar rakyat lebih menghormatinya.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, ini kerana kebanyakan perkara yang dibangkitkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu kini pernah dilakukannya ketika menjadi Perdana Menteri dahulu.

“Dia tidak ada kerja sekarang, sebab itu lakukan pelbagai tindakan, bangkitkan semua perkara walaupun kebanyakan yang dibangkitkan pernah dilakukan sebelum ini.

"Sebagai contoh, dulu dia larang rakyat sertai perhimpunan, tetapi sekarang dia lakukan," katanya kepada media selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, Mahathir hanya akan berhenti ‘bercakap’ jika semua pihak mendengar atau mengikuti segala kemahuannya.

“Itu adalah sikapnya sejak dahulu lagi, dan dia akan melakukan apa sahaja tindakan termasuk menyerang Pas yang tidak mengikutnya. Beliau akan berhenti bercakap bila semua orang ikut dia,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Amar turut memberi amaran kepada Mahathir supaya berhenti menyerang Pas sekiranya mahu menjalinkan kerjasama dengan parti itu.

“Kalau Bersatu benar- benar ingin jalinkan kerjasama dengan Pas untuk berdepan BN pada PRU akan datang, Mahathir kena jaga mulut, dan kena ingat, dia bukan lagi Perdana Menteri, kena tahu hadnya,” katanya.

Polis nafi viral lelaki menyamar

By hasr →
Viral iral dalam aplikasi whatsApp berkenaan seorang lelaki menyamar polis untuk menipu.

SERI ISKANDAR - Ibu Pejabat Polis (IPD) Perak Tengah menafikan dakwaan konon pegawai polis dari Ibu Pejabat Kontinjen Bukit Aman dihantar ke kawasan Seri Iskandar bagi membuat siasatan terhadap satu kes jenayah. 

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Aziz Hasan, perkara itu sengaja diviralkan dalam aplikasi Whatsapp bagi menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

“Kita juga tidak mendapat sebarang laporan berkenaan kes penipuan menyamar anggota polis setakat ini. 

“Mungkin ada pihak yang sengaja memviralkan perkara ini sehingga meresahkan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas viral dalam aplikasi WhatsApp yang mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan seorang lelaki yang menyamar sebagai polis dari Bukit Aman dan datang ke Seri Iskandar bagi membuat siasatan. 

Aziz berkata, pihaknya menasihatkan supaya orang ramai tidak mudah percaya dengan setiap maklumat yang disampaikan. 

“Jangan jadi orang pertama mahu menyebar maklumat tanpa mengetahui kesahihannya dan jangan cepat percaya apabila ada sebaran maklumat yang kita tidak tahu dari mana puncanya. 

“Jika ada orang yang mengaku sebagai polis dan mahu membuat pemeriksaan, mintak orang berkenaan menunjukkan kad kuasa atau dokumen pengenalan diri terlebih dahulu.

“Orang ramai juga boleh menghubungi bilik gerakan polis untuk  menyemak status pihak berkenaan dan kita sedia untuk membantu,” katanya. 

Katanya, orang ramai juga boleh membuat laporan polis jika pernah ditipu oleh lelaki yang diviralkan berkenaan. 

“Buat laporan polis dan jangan sekadar memviralkan sahaja supaya kita boleh ambil tindakan sewajarnya. 

“Perkara ini boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat jika ia sebenarnya tidak berlaku,” katanya. - Sumber

SPRM panggil enam saksi siasat kes medan selera

By hasr →
Gambar sekadar hiasan

LABUAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil enam saksi terdiri daripada kakitangan kerajaan dan orang awam bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pembinaan medan selera bernilai RM12 juta di Tanjung Purun.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, setakat ini tiada tangkapan atau rampasan baru dilakukan suruhanjaya itu.

Beliau berkata, pasukan penyiasat SPRM masih meneliti dokumen bagi memastikan jumlah dan nilai projek yang berkaitan dengan kes itu.

Pada Isnin, seorang pengarah agensi kerajaan Persekutuan di Labuan yang berusia 59 tahun dan dua kontraktor berusia dalam lingkungan 40-an ditahan SPRM.

Mahkamah Majistret memerintahkan pengarah itu dan dua kontraktor berkenaan ditahan reman tujuh hari bermula semalam untuk membantu siasatan kes itu.

Berikutan penahanan itu, SPRM membekukan 12 akaun bank pengarah itu dan anggota keluarganya membabitkan RM899,000, yang dipercayai sebahagian daripada berjuta-juta ringgit yang diraih menerusi rasuah.

SPRM juga sedang mengesan akaun bank lain suspek berkenaan. - Bernama


Kasih sayang seorang anak terhadap bapa

By hasr → Wednesday, November 23, 2016
Fotonya memapah bapanya yang lumpuh bersiar-siar setiap hari viral.

ANHUI - CHINA. Seorang wanita 43 tahun menjadi sumber inspirasi selepas fotonya memapah bapanya yang lumpuh bersiar-siar setiap hari viral di China.

Liu Qinxia mula menjaga bapanya yang berusia 83 tahun itu sejak awal tahun lalu selepas dia lumpuh akibat strok.

Tidak mahu melihat bapanya hanya berbaring di atas katil, Lui akan memapah ayahnya dan membawanya bersiar-siar sekurang-kurangnya tiga kali setiap hari.

Kedua beranak itu akan bergerak secara perlahan sepanjang Liangming Road di bandar Hafei dan kebiasaannya mereka akan berjalan 300 meter atau kira-kira setengah jam.

Walaupun serba kekurangan, namun ia tetap tidak menghalang Liu untuk mengalas tanggungjawab menjaga bapanya walaupun mempunyai 3 adik beradik yang lain.

Sebelum ini, Liu dan suaminya bekerja bagi menampung dua anaknya yang bersekolah namun selepas bapanya lumpuh, dia berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada bapanya.

Setiap hari, Liu akan membawa bapanya berjalan-jalan, menyuap makanan, memandikan serta mengurut bapanya.

Menurut Liu, ini masanya dia membalas jasa kedua bapanya yang sebelum ini bersusah payah membesarkan dia dan adik beradiknya yang lain.

Sementara itu, jiran Liu turut kagum dengan pengorbanan wanita itu menjaga bapanya.

"Dia akan memapah bapanya untuk bersiar-siar setiap hari. Kami lelaki pun mungkin tidak boleh lakukan apa yang dilakukan oleh Liu," katanya dipetik Sohu News.

Ketabahan wanita itu mendapat perhatian malah netizen mengelarnya sebagai "anak terbaik di China".

Ibu tampar, tumbuk bayi 42 kali ditahan polis

By hasr →
Sedutan rakaman yang viral di laman sosial.

TASHKENT - UZBEZKISTAN. Seorang wanita ditahan selepas rakaman beliau menampar dan menumbuk bayinya viral di laman sosial.

Laporan Mirror UK mengatakan wanita berkenaan berbuat sedemikian terhadap anaknya kerana mangsa tidak berhenti menangis.

Ketika kejadian, wanita tersebut tidak menyedari tindakannya dirakam oleh anak rakannya yang berusia lapan tahun.

Jurucakap polis, Almas Sadubaev mengesahkan wanita tersebut dikenal pasti sebagai Aygul Kozhabaevna dan mengaku melakukan perkara tersebut.

Selain berhadapan dakwaan melakukan kekerasan terhadap kanak-kanak, Aygul juga bakal menghadapi tuduhan tinggal di Uzbezkistan secara tidak sah. - Sumber

Boikot Piala AFF: FAM kena tetap pendirian

By hasr →
Ketua Penerangan Umno,Tan Sri Annuar Musa pada temubual bersama wartawan Bernama di Ibu pejabat Mara hari ini. - Foto Bernama

UMNO mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat ketetapan sekiranya berhasrat memulau dan membawa pulang skuad negara daripada beraksi di Piala AFF Suzuki yang sedang berlangsung di Yangon, Myanmar.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan itu berada di tangan FAM, namun beliau bersetuju dengan langkah tersebut sekiranya terbukti pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingnya dilakukan kerajaan Myanmar.

"Mungkin ia antara pilihan bagi menunjukkan ketidakpuasan menerusi sukan tetapi sekiranya ada kaedah lain yang lebih efektif dan bijaksana, maka saya fikir sukan tidak perlu digunakan untuk perkara berkaitan politik.

"Kadang-kadang pemboikotan melalui sukan, kesan itu tidak sampai. Jika sukan buat boikot tersebut tapi politik tidak ada, tidak jadi apa. Lagi pun untuk Malaysia menarik diri ia perlu diteliti oleh persatuan sukan bukan oleh kerajaan," katanya ketika ditemui Bernama.

Annuar turut menjelaskan mengikut statut Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), kerajaan tidak boleh campur tangan secara langsung dalam pendirian sukan tersebut dan amalan politik harus dipisahkan daripada bola sepak.

"Sukan itu melepasi politik, di mana tidak ada politik dalam sukan dan ia lebih bersifat mendukung semangat kesukanan," katanya.

Menurut beliau sekiranya wujud keadaan ekstrem dan menyentuh kewibawaan sesebuah negara, Malaysia boleh membuat keputusan untuk menarik diri daripada menyertai sesuatu kejohanan sukan.

Annuar memberi contoh di mana kerajaan Malaysia sebelum ini pernah memboikot penyertaan pada Sukan Olimpik Moscow 1980 kerana membantah serangan Kesatuan Soviet ke atas Afghanistan.

Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden FAM dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berkata oleh kerana hal itu berlaku dalam negara Asean, maka ia wajar menggunakan peringkat diplomatik bagi menghentikan penganiayaan terhadap umat Islam minoriti di Rakhine.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin juga mengesahkan cadangan beliau supaya Malaysia memboikot Piala AFF telah dibawa dalam mesyuarat Kabinet minggu lepas.

Khairy dalam akaun Twitternya berkata: "I raised this issue in Cabinet last week. Will do so again this week and stand guided by decision". (Saya bangkitkan isu ini dalam Kabinet minggu lalu. Akan berbuat demikian sekali lagi minggu ini dan akan mengikut keputusan."

Kenyataan itu dilihat sebagai susulan terhadap gesaan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menyeru pasukan negara menarik diri daripada Piala AFF Suzuki sebagai bantahan terhadap tindakan kerajaan Myanmar terhadap etnik Rohingya. - Bernama

Gesa Harimau Malaysia tarik diri

By hasr →


KULIM - Pas Kulim-Bandar Baharu menggesa pasukan bola sepak negara, Harimau Malaysia menarik diri daripada menyertai perlawanan Piala AFF di Myanmar sebagai solidariti membantah kekejaman rejim Junta terhadap orang Islam di sana.

Naib Yang Dipertuanya, Mohd Khairi Salleh berkata, rejim Junta bertindak kejam dan melampaui norma kehidupan apabila mencabuli hak etnik Rohingya yang beragama Islam, termasuk membunuh.

"Junta terlalu melampau, sepatutnya kerajaan yang dipilih secara demokrasi mengutamakan hak semua termasuk etnik Rohingya. Malaysia sebagai sebuah negara majoriti Islam juga sepatutnya menggunakan saluran Asean untuk menekan pentadbiran Yangoon secara politik.

“Langkah menarik diri daripada terlibat dalam sukan berprestij itu adalah pengajaran buat Myanmar yang menindas etnik Rohingya,” katanya.

Mengikut laporan media, beribu-ribu penduduk Rohingya di Rakhine, yang berdekatan dengan sempadan Bangladesh, meninggalkan kampung halaman mereka bagi mengelak menjadi mangsa kekejaman yang dikatakan melibatkan pasukan keselamatan Myanmar.

India negara paling banyak korban selfie

By hasr → Monday, November 21, 2016
NEW DELHI - INDIA. Sebuah analisis terbaru mendakwa India menduduki tempat tertinggi dengan angka kematian berpunca daripada aktiviti selfie.

Menurut laporan Washington Post, analisis tersebut dihasilkan oleh cendiakawan dari Universiti Carnegie Mellon dan Indraprastha Institute of Information di New Delhi.

Analisis bertajuk 'Me, Myself and My Killfie: Characterizing and Preventing Selfie Deaths' berkenaan mengatakan terdapat 126 kes kematian ketika mengambil selfie di seluruh dunia.

Daripada jumlah tersebut, 76 kes berlaku di India.

Gambar hiasan
Pakistan menduduki tempat kedua dengan 9 kes kematian dan diikuti oleh Amerika Syarikat dengan 8 kes, Rusia (6 kes), China dan Filipina (4 kes) dan Sepanyol (3 kes).

Indonesia, Portugal, Peru dan Turkey pula mengumpul 2 kes diikuti oleh Romania, Australia, Mexico, Afrika Selatan, Itali, Serbia, Chile, Nepal dan Hong Kong melaporkan 1 kes.

Penyelidik juga melaporkan lelaki lebih cenderung mengambil selfie merbahaya berbanding wanita.

Majoriti mangsa pula berusia kurang dari 24 tahun.

Antara kematian selfie 'biasa' melibatkan jatuh bangunan dan jatuh gunung (29 kes) diikuti dengan dilanggar kereta api (11 kes).

Lelaki maut 'cair' dalam kolam berasid

By hasr →
Norris Geyser. Gambar kecil: Colin Nathaniel Scott
WYOMING - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki dilaporkan maut dalam keadaan ngeri selepas terjatuh dalam sebuah kolam air panas yang berasid di Yellowstone National Park.

Kejadian yang berlaku Jun lepas itu didedahkan CNN semalam, mengatakan Colin Nathaniel Scott, 23, bersama kakaknya menceroboh kawasan larangan, Norris Geyser.

Ketika kejadian, Colin mahu mencelup jari ke dalam kolam untuk mengenal pasti suhu kolam tersebut tetapi tergelincir dan jatuh.

Pasukan penyelamat yang menemui mayat Colin yang maut akibat suhu air panas bagaimanapun gagal menarik mayat ke tebing kerana ribut petir pada hari tersebut.

Keesokan harinya, mayat Colin dilaporkan sudah cair, termasuk tulang-tulangnya disebabkan keadaan air kolam yang berasid.

Geyser tersebut dilaporkan berasid kerana ia dipanaskan oleh air bawah tanah yang bersuhu sangat tinggi dan menyebabkan air mengandungi asid sulfurik.

Ais sulfurik tersebut dihasilkan oleh mikroorganisma yang telah memecahkan agen hidrogen sulfide yang terkandung dalam batu dan tanah.

Penolong ketua Ranger, Lorant Veress menegaskan kepada semua pelawat supaya mematuhi semua papan tanda larangan di kawasan tersebut.

"Yellowstone adalah kawasan 'liar' dan merbahaya dan telah diubah untuk menjadi selamat, tetapi risiko bahaya itu tetap ada," kata Lorant.

Jambatan tenggelam, puluhan kayu balak sangkut

By hasr →
GUA MUSANG - Jambatan sementara Pulau Setelu yang menjadi penghubung utama penduduk bandar ini ke Jeli, hampir tenggelam sepenuhnya sejak jam 4 petang, petang tadi.

Pengerusi Presiden Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kala Star, Mokhtar Dahari Ibrahim berkata, air deras bersama puluhan kayu balak yang hanyut menyebabkan aliran di jambatan ini tersekat.

"Semalam hujan lebat dan berterusan sehingga malam. Namun, pada hari ini, tiada hujan. Tapi kemungkinan hujan di kawasan atas dan air Sungai  Nenggiri makin deras.

Arus deras turut membawa puluhan kayu balak.
"Sejak jam 4 petang hingga 8 malam (semalam), laluan berkenaan masih belum boleh dilalui menyebabkan kesesakan di kedua-dua hala.

"Kerja-kerja membuang kayu balak yang tersangkut di jambatan berkenaan sudah dibuat oleh orang kampung bagi membantu pengguna melepasi jambatan berkenaan," katanya lagi.

Sebelum ini, jambatan asal berkenaan runtuh dalam kejadian banjir besar pada dua tahun lalu akibat rempuhan ratusan tan kayu balak yang hanyut di sungai berkenaan.

Sehingga jam 9 malam ini berpuluh-puluh kenderaan dari kedua-dua hala masih terkandas sejak jam 4 petang.

Ditambah pula hujan yang mulai turun sejak jam 8 malam tadi.

Lapangan terbang California dilanda banjir buih

By hasr →
Lapangan terbang California dilanda banjir buih.

CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT . Lapangan terbang Mineto San Jose 'ditenggelami' buih selepas sistem pemadam api kebakaran gagal berfungsi.

Menurut News.com, buih yang dihasilkan sistem berkenaan terlalu banyak sehingga melimpah ke garaj pesawat penerbangan dan kawasan persekitaran.

Buih tersebut dihasilkan bahan kimia kalis api (fire-retardant) dan berisiko menyebabkan kegatalan kulit jika disentuh.

Bagaimanapun, orang awam dilaporkan 'degil' dan tetap bermain dengan buih-buih tersebut.

"Bagaikan parti buih yang gagal," kata wartawan tempatan, Jonathan Bloom.

Kapten Bomba Mineto San Jose, Mitch Matlow berkata, sistem tersebut 'terlebih berkesan'.

"Kalau ada kebakaran, sistem ini memang sudah memadamkan kebakaran sekelip mata," kata Mitch.