Tags:

Gesa Harimau Malaysia tarik diri

By hasr Wednesday, November 23, 2016


KULIM - Pas Kulim-Bandar Baharu menggesa pasukan bola sepak negara, Harimau Malaysia menarik diri daripada menyertai perlawanan Piala AFF di Myanmar sebagai solidariti membantah kekejaman rejim Junta terhadap orang Islam di sana.

Naib Yang Dipertuanya, Mohd Khairi Salleh berkata, rejim Junta bertindak kejam dan melampaui norma kehidupan apabila mencabuli hak etnik Rohingya yang beragama Islam, termasuk membunuh.

"Junta terlalu melampau, sepatutnya kerajaan yang dipilih secara demokrasi mengutamakan hak semua termasuk etnik Rohingya. Malaysia sebagai sebuah negara majoriti Islam juga sepatutnya menggunakan saluran Asean untuk menekan pentadbiran Yangoon secara politik.

“Langkah menarik diri daripada terlibat dalam sukan berprestij itu adalah pengajaran buat Myanmar yang menindas etnik Rohingya,” katanya.

Mengikut laporan media, beribu-ribu penduduk Rohingya di Rakhine, yang berdekatan dengan sempadan Bangladesh, meninggalkan kampung halaman mereka bagi mengelak menjadi mangsa kekejaman yang dikatakan melibatkan pasukan keselamatan Myanmar.

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Gesa Harimau Malaysia tarik diri "