Browsing "Older Posts"

Kemaluan suami digunting isteri ketika mabuk

By Harian Blogger.Com → Saturday, April 29, 2017
Mark Betita,33, dikejarkan ke hospital selepas diserang isterinya. - Foto News Wire
ILOILO CITY - FILIPINA . Dek kerana tidak tahan dengan sikap suami kaki perempuan, seorang wanita bertindak memotong kemaluan suaminya dengan gunting.

Mark Betita,33, sedang tidur di kediamannya di bandar Carles di sini ketika isterinya Leizel memotong kemaluannya menggunakan gunting 22 April lalu

Leisel kini ditahan di balai polis di bandar Carles sementara menunggu penyelesaian kes yang difailkan terhadapnya kerana mencederakan suaminya.

"Saya tidak menyesal kerana memotong kemaluannya. Ini sebagai hukuman kepadanya kerana kaki perempuan. Saya bersedia berdepan apa-apa kemungkinan kerana tindakan saya ini," kata Liezel dipetik inquirer.net


Pegawai polis Carles, Alexis Bataga berkata, siasatan menunjukkan Liezel bersama-sama dengan suaminya yang juga penyelia pembinaan minum pada malam kejadian.

"Apabila suaminya mabuk, mereka masuk ke bilik tidur. Tidak berapa lama kemudian, mangsa keluar dalam keadaan berlumuran darah.

"Isteri mangsa didakwa memotong kemaluan suaminya," kata Bataga.

Mangsa dibawa ke hospital namun doktor gagal menyambungkan semula zakarnya.

Leizel menjelaskan dia hanya mahu memberi pengajaran kepadanya.

"Saya bosan dengan sikapnya yang kaki perempuan. Dia mempunyai teman wanita baharu baru -baru ini," kata Liezel.

Liezel mendakwa kekasih baru suaminya itu adalah isteri kepada rakan sekerja lelaki itu namun Mark menafikan dakwaan isterinya dan bertekad memfailkan kes terhadap wanita itu. - Sumber: Sinar Harian                                          

Penduduk gempar sejadah, telekung berdiri sendiri di Kedah

By Harian Blogger.Com →

Ahli Dewan Undangan Jeneri (ADUN) Mahadzir Abdul Hamid (baju biru) yang secara kebetulan berada di kampung terbabit turut menyaksikan kejadian. – Foto Astro AWANI
SIK: Penduduk di sekitar kawasan Jeneri di sini gempar seketika susulan kejadian kain sejadah dan telekung yang dikatakan secara tiba-tiba berdiri tegak seolah-olah seperti kedudukan orang sedang bersolat.

Kejadian itu disedari Zahrizan Ghazali, 47, seorang penduduk Kampung Tok Aris pada jam 1.45 petang semalam sewaktu dia ingin menunaikan solat Zohor bersama anak perempuannya.

Kata Zahrizan pada awalnya, dia sedang membentangkan sejadah untuk menunaikan solat dan masuk seketika ke dalam bilik untuk menyarungkan kain (telekung).

Bagaimanapun, sebaik keluar daripada bilik, dia terkejut melihat sejadah dan kain telekungnya berdiri tegak seolah-olah orang sedang bersolat.

Dia yang terkejut lalu memanggil kelima-lima anaknya bagi memaklumkan kejadian aneh itu.

Perkara itu turut di kongsi Ahli Dewan Undangan Jeneri (ADUN) Mahadzir Abdul Hamid yang secara kebetulan berada di kampung terbabit dalam rutin mingguan beliau menziarahi rakyat.

Katanya kejadian itu perlu dijadikan iktibar.

"Saya menyifatkan kejadian ni sebagai satu yang perlu diambil iktibar dan yang pentingnya kita yakin bahawa setiap kejadian tu ada hikmah.

"Kita sebagai orang Islam percaya bahawa Allah boleh menunjukkan apa juga kebesaran. Cuma elakkanlah kita percaya kepada benda-benda khurafat," kata Mahadzir.

Sebelum ini beberapa kejadian sejadah berdiri pernah dilaporkan berlaku di Terengganu, Kedah dan Johor turut mengemparkan penduduk setempat.





Sumber - Astro Awani

70 pekerja kilang diserang histeria

By Harian Blogger.Com →
Pesakit histeria menerima rawatan di Pusat Rawatan Islam Al-Qalam di Puchong. - Foto Sinar Harian
PUCHONG - Suasana sebuah kilang elektronik di sini malam semalam gempar seketika apabila beberapa pekerja wanita diserang histeria sehingga menyebabkan operasi terpaksa ditutup.

Serangan ini bukan pertama kali kerana beberapa pekerja wanita di kilang berkenaan pernah mengalaminya tetapi serangan kali ini melibatkan jumlah yang ramai.

Seorang pekerja yang enggan identitinya didedahkan memberitahu, sejak kebelakangan ini pekerja kilang itu khususnya wanita sering mengalami gangguan.

Katanya, keadaan itu semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini menyebabkan mereka mendapatkan bantuan daripada Pusat Rawatan Islam Al-Qalam.

PUCHONG - Suasana sebuah kilang elektronik di sini malam semalam gempar seketika apabila beberapa pekerja wanita diserang histeria sehingga menyebabkan operasi terpaksa ditutup.

Serangan ini bukan pertama kali kerana beberapa pekerja wanita di kilang berkenaan pernah mengalaminya tetapi serangan kali ini melibatkan jumlah yang ramai.

Seorang pekerja yang enggan identitinya didedahkan memberitahu, sejak kebelakangan ini pekerja kilang itu khususnya wanita sering mengalami gangguan.

Katanya, keadaan itu semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini menyebabkan mereka mendapatkan bantuan daripada Pusat Rawatan Islam Al-Qalam.