Pelakon Fast and Furious, Paul Walker Meninggal Dunia dalam Kemalangan (6 Gambar)

     

Pelakon siri Fast Furious, Paul Walker dilaporkan meninggal dunia di dalam sebuah kemalangan ngeri yang berlaku di Santa Clarica, California semalam.

 

2

 

Paul yang terkenal dengan watak Brian O’Connor dikatakan gagal mengawal Porshe Carrera GT baru milik beliau sebelum melanggar sebuah tiang telefon di tepi jalan yang mengakibatkan kenderaan tersebut meletup.

 

3

 

Turut meninggal di dalam kemalangan ini ialah seorang penumpang yang masih belum dikenal pasti. Beliau dilaporkan berada di Santa Clarica untuk mengadiri sebuah pameran kereta yang dianjurkan untuk mengutip derma untuk mangsa Taufan Haiyan di Filipina.

 

5

 

UPDATE-1: Paul Walker dikhabarkan sebagai penumpang dalam kejadian maut ini dan bukannya sebagai pemandu seperti laporan awal.

Kematian beliau sangat mengejutkan kerana hanya 2 hari yang lalu sebuah teaser untuk Fast and Furious 7 menunjukkan babak beliau di majlis pengkebumian Hahn (lakonan Sung Kang) yang terbunuh di dalam kereta yang juga terbakar.

 

UPDATE:

.

.

1

 

Kami difahamkan penggambaran filem Fast and Furious 7 masih belum selesai dan kematian watak utamanya pasti akan menyebabakan pertukaran jalan cerita. We will miss you Brian O’Connor.

 

1

Paul Walker, 40, dilaporkan meninggal dunia dalam kemalangan kereta di California pada petang Sabtu Semalam. Gambar – Paul Walker menghadiri  tayangan perdana “Fast & Furious 6″ di London, England, pada 7 Mei yang Lepas.

 

2

Gambar terakhir Paul Walker muncul di hadapan media dalam rancangan “Late Night with Jimmy Fallon”

 

3

Dari kiri : Lukas Evans, Michelle Rodriguez, Ludacris, Gal Gadot, Paul Walker, Justin Lin, Elisa Pataky, Vin Diesel, Gina Carano, Tyrese Gibson dan Ssung Kang menghadiri tayangan perdana “Fast & Furious 6″ di London, England, pada 7 Mei yang Lepas. Inilah barisan pelakon yang membintangi siri Filem “Fast and Furious”

 

Sumber

 
Latest Comments
  1. Ben Rafik December 1, 2013
  2. Ct Maisara December 1, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *