Senarai Terhormat – 10 CEO Terkaya Di Dunia 2013

     

“Kepimpinan merupakan satu kapasiti untuk menukarkan visi kepada satu realiti..” – Warren G. Bennis

Ketua Pegawai Eksekutif atau CEO, merupakan satu jawatan yang sangat dimahukan oleh semua orang khususnya yang terlibat dalam dunia korporat. Ini kerana selain menjadi orang penting, anda juga akan dikenali ramai serta berpotensi untuk dibayar dengan gaji yang tinggi.

Namun begitu disebalik kemegahan jawatan CEO ini, tergalas sebuah tanggungjawab yang besar kerana CEO merupakan tunjang kepada sesebuah syarikat. Ini bermakna CEO mampu menjadi penyumbang kepada kejayaan ataupun menjadi penyebab kepada kegagalan sesebuah perniagaan.

CEO yang berjaya merupakan individu yang mempunyai kepimpinan dan visi yang cemerlang. Berikut merupakan antara 10 CEO disegani terkaya di dunia pada tahun 2013 ini.

 

10. Leonid Mikhelson1Berumur 57 tahun dari Rusia.
Merupakan CEO dan pemegang saham terbesar syarikat gas & minyak, Novatek.
Berada pada kedudukan ke-47 di dunia.
Jumlah Kekayaan: $15.4 Billion

 

9. Aliko Dangote2Berumur 55 tahun dari Nigeria.
Merupakan CEO dan Pengerusi Dangote Group.
Berada pada kedudukan ke-43 terkaya di dunia.
Jumlah Kekayaan: $16.5 Billion

 

8. Lakshmi Mittal3Berumur 62 tahun dari India.
Merupakan Pengerusi dan CEO ArcelorMittal
Berada pada kedudukan ke-41 terkaya di dunia
Jumlah Kekayaan: $16.5 Billion

 

7. Mukesh Ambani4Berumur 55 tahun dari India.
Merupakan Pengerusi dan Managing Director (CEO) Reliance Industries.
Berada pada kedudukan ke-22 terkaya di dunia
Jumlah Kekayaan: $21.5 Billion

 

 


 

6. Lawrence “Larry” Page5Berumur 39 tahun dari Amerika Syarikat.
Merupakan CEO Google Inc.
Berada pada kedudukan ke-20 terkaya di dunia
Jumlah Kekayaan: $23 Billion

 

5. Jeff Bezos6Berumur 49 tahun dari Amerika Syarikat.
Merupakan Pengerusi dan CEO Amazon.com
Berada pada kedudukan ke-19 terkaya di dunia
Jumlah Kekayaan: $25.2 Billion

 

4. Sheldon Adelson7Berumur 79 tahun dari Amerika Syarikat.
Merupakan Pengerusi dan CEO Las Vegas Sands
Berada pada kedudukan ke-15 terkaya di dunia
Jumlah Kekayaan: $26.5 Billion

 

3. Bernard Arnault8Berumur 63 tahun dari Perancis.
Merupakan Pengerusi dan CEO Louis Vuitton Moet Hennessy (LMVH)
Berada pada kedudukan ke-10 terkaya di dunia
Jumlah Kekayaan: $29 Billion

 

2. Larry Ellison9Berumur 68 tahun dari Amerika Syarikat.
Merupakan Pengasas Bersama dan CEO Oracle.
Berada pada kedudukan ke-5 terkaya di dunia
Jumlah Kekayaan: $43 Billion

 

1. Warren Buffet10Berumur 82 tahun dari Amerika Syarikat.
Merupakan Pengerusi dan CEO Berkshire Hathaway.
Berada pada kedudukan ke-4 terkaya di dunia
Jumlah Kekayaan: $53.5 Billion

 

Petikan dari CariGold.com

Comments

comments

Pengumuman:

Harian Blogger.Com amat mengalu-alukan sebarang komen atau pendapat dari pembaca semua. Walaubagaimanapun, kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional. Sebahagian Gambar & informasi adalah hak milik pihak tertentu yang digunakan untuk tujuan pengenalan sahaja. Kredit akan diberikan kepada mana-mana sumber yang kami perolehi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *